Jagung Rebus & Bubur Jagung Dari Kampung Halaman

Mak mana pun kalau anak-anak balik kampung ada sahaja yang nak di kirimkan bawa balik ke rumah. Walaupun ianya berbeli dan bukan dari kebun sendiri kan. Mak ana macam tu lah. Baru-baru ni mak dengan abah ke Pasar Tani yang baru beroperasi di Bazar Nanas, Kampung Selabak yang tak jauh pun dari rumah kami. Macam-macam mak beli hari Rabu lepas. Murah-murah katanya. Mak beli 7 tongkol jagung cuma RM5. Kalau kat sini setongkol pun RM2 di pasaraya NSK tu. 

Mak beli sebab tahu kami nak balik hujung minggu tu, dia simpan dan bagi kat ana suruh bawa balik ke rumah sebab masa kat kampung tak sempat nak masak. Ana bawa balik bukan setakad jagung, jantung pisang, pucuk manis, buah pisang muda dan macam-macam lagi lah. Rezeki dari kampung. 




Dah sampai rumah, Kak Long nak makan jagung rebus. Jagung ni memang kesukaan kami sekeluarga di rumah. Ana buang kulitnya dan rebus, bila dah nak empuk baharulah masukkan garam. Alhamdulillah lemak manis jagung ni, lembut je isinya bila di makan. Petua nak tahu jagung tu lembut atau tak, kena lah pilih jagung yang muda. Jagung muda ni isi butir nya warna kuning muda. Kalau kuning tua tu bermakna dah tua dan boleh jadi butirnya dah keras lah kan. 




Ana cuma rebus 3 tongkol je, lebih ada lagi 4 tongkol simpan esoknya cadang nak buat bubur jagung. Tengahari esoknya, ana hiris-hiriskan isi jagung dan rebus dengan santan cair dahulu, masukkan gula secukup rasa. Dan bila dah empuk isi jagung, baharulah masukkan santan pekat, secubit garam untuk menaikkan rasa lemak santan dan seikat daun pandan. Masak sambil kacau selalu. Kalau ada sagu pun sedap masukkan, tapi kat rumah tak ada stok sagu, jadilah satu menu bubur jagung original, gitu.. 




Alhamdulillah, rezeki yang amat di syukuri dari pemberian mak. Sedap lemak manis bubur jagung kami. Selera sekeluarga sebagai juadah minum petang. Walaupun cuma 4 tongkol tapi bila dah di masak di hiris dan di kikis isinya dapat juga seperiuk kecil. Cukuplah untuk sajian kami berempat kan. 



Jagung Rebus & Bubur Jagung Dari Kampung Halaman Jagung Rebus & Bubur Jagung Dari Kampung Halaman Reviewed by Ana Jingga on January 25, 2019 Rating: 5

3 comments:

Powered by Blogger.