Resepi Penne Pasta Marinara
Pasta ni ada pelbagai variasi dan jenis nya. Kalau ikut citarasa ana sekeluarga, paling suka menggunakan pasta jenis angel hair dari spaghetti . Ini kerana angel hair lebih halus dan cepat di masak berbanding saiz pasta spaghetti yang lebih tebal dan agak besar. Dari segi rasa pasta ni sama je ye lah cuma berbeza dari segi bentuk nya sahaja kan.
Baru-baru ni, ana macam nak mencuba pula kelainan dalam memasak pasta dengan mencuba pasta penne. Ana gabungkan dengan sos marinara untuk sedikit kelainan kerana di rumah ni selalunya kami makan bolognese atau carbonara sahaja. Kali ni macam nak try sos marinara pula tetapi tetap memilih jenama Prego kerana keenakkan rasa sos pasta yang asli dan sedap.
Resepi Penne Pasta Marinara
Penne pasta marinara ni di masak oleh Kak Long dan Adik Ika. Dua beradik ni sibuk pagi-pagi dah ke dapur nak masakkan menu sarapan pagi sekali gus tengahari orang panggil brunch la kiranya. Bila ana rasa.. ermm sedap juga dan rasa pastanya tak lah kenyal seperti macaroni. Meh kita tengok apakah bahan yang Kak Long dan Adik Ika gunakan dalam resepi pasta penne marinara mereka. Ini versi dua beradik ni lah, kalau korang nak resepi asli kena lah google dari blog pakar masakan antarabangsa kay.
Bahan-bahan yang di gunakan :
Separuh paket pasta penne
1 tin sos spaghetti cendawan marinara Prego
Separuh daging kisar Ramly
1 tin cendawan butang
Sepeket bebola ikan ( marinara selalunya menggunakan bahan makanan laut seperti udang, kepah dan sebagainya )
1 biji bawang merah di dadu
1 ulas bawang putih di cincang
Cara masak penne marinara mudah :
1. Didihkan air sehingga menggelegak dan masukkan sedikit minyak dan secubit garam. Masukkan penne yang korang nak masak tu dan masak sehingga bertukar kepada warna putih dan lembut.
2. Toskan dan ketepikan terlebih dahulu.
3. Tumiskan bawang merah, bawang putih.
4. Masukkan daging kisar dan gaul sebati hingga masak.
5. Masukkan cendawan butang yang di hiris dan juga bebola ikan tadi. Gaul seketika.
6. Akhir sekali baharu lah masukkan sos cendawan marinara Prego dan tambah air mengikut kepekatan yang korang kehendaki. Tapi jangan sampai terlalu banyak berkuah kay. Agak-agak untuk basahkan penne pasta tadi sahaja.
7. Rasakan dengan garam dan siap dah sos marinara yang simple.
Sos cendawan marinara Prego ni lebih kurang sahaja rasanya dengan sos bolognese . Ada rasa kemasaman yang lebih dalam sos marinara ni. Tapi sedap juga di makan bersama pasta penne tadi. Selamat mencuba kay. Resepi kita ikutlah cara kita nak menyediakannya, bukan.
4 Comments
Susah nak menyebutnya.
ReplyDeleteTentu sedap agaknya
hehe nama sepanyol agaknya WP :)
Deletehmmmm jenis masakan kegemaran aida, AJ.
ReplyDeletekalau boring dgn nasi, mula la buat gaya pasta plak.
kejap spageti.
kejap makaroni.
penne ni pun pernah beli. anak kata kenapa mee ni lubang besar sgt?? :) ha ha ha ha ha
samalah kat rumah ni pun Aida, bila anak-anak balik depa ada jer nak reka cipta resepi pasta :)
Delete