Tetiba teringin nak makan kuih cucur badak pepetang hari ni. Pergi je ke kedai Acheh beli empat ketul ubi keledek. Sekilo RM4.50 sekarang ni ubi keledek. Ana beli tu dalam RM2.50 je, kira murah lah kan. Dapat 12 biji cucur badak gebu geban besar gedabak. Makan dua biji pun dah kenyang, Alhamdulillah. Betullah agaknya faktor usia yang kian meningkat ni laju je teringin kuih-kuih menu ibunda ni. Sebelum ni pun masak kuih tradisional lama badak berendam, kali pun pun badak juga tapi cucur badak ataupun kami panggil coq badak. Kenapa perlu badak, ana pun tak tahu lahh ye .. :) 



Resepi dan Cara buat cucur badak 


Tahu, memang mudah je nak buat dan masak cucur badak ni, tapi tak semua orang pernah buat sendiri kan. Meh la ana nak kongsikan cara dan versi ana membuat kuih cucur badak. Mana tahu ada pengantin baharu yang nak try masak cucur badak untuk mak mertua, boleh lah Google dan singgah sini kita belajar buat cucur badak. Hehe :) 

Mula-mula kita sediakan intinya terlebih dahulu.

Bahan inti cucur badak 


Kelapa parut
Serai 1 batang di hiris halus
Bawang merah 2 ulas di hiris halus
Bawang putih 1 ulas dihiris halus
Udang kering ( ana gunakan udang geragau kering sahaja) - digoreng tanpa minyak seketika
Serbuk kunyit
Cili pes ( ikut kepedasan yang korang nak )
Garam
Minyak untuk menumis




Cara masak inti cucur badak :


1. Tumbuk lumat atau blend kering bahan yang di hiris tadi bersama udang kering.

2. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan yang di tumbuk.

3. Masukkan pes cili dan masak hingga garing. Tambahkan sedikit air jika terlalu kering. 

4. Masukkan serbuk kunyit sedikit dan garam secukup rasa, kacau sebati.

5. Masukkan kelapa parut dan masak sehingga kering. Siap dan ketepi kan. 



Sekarang jom kita membadak kan adunan cucur badak nya pula .

Bahan-bahan resepi cucur badak :


Ubi keledek 
Tepung gandum

Cara buat cucur badak : 


1. Buang kulit dan bersihkan ubi keledek. Potong kecil-kecil supaya cepat empuk ubinya. 

2. Bila dah empuk, lenyetkan ketika masih panas. Hati lah ye panas kan.. :) Macam mana nak tahu ubi dah empuk ? Ubi yang direbus dah jadi lembut tu maknanya dah empuk lah anak-anak ye.. :) 



3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit ke dalam bahan ubi lenyet tadi. Sambil mengulinya sehingga adunan tidak melekat pada jari dan boleh di bentuk.

4. Bulatkan adunan tepung dan kemudian leperkan untuk meletakkan intinya. Ana suka buh inti banyak-banyak baru sedap kan. Inilah untungnya buat sendiri berbanding yang kita beli. Buh je banyak mana inti kita nak ikut citarasa masing-masing.




5. Kaupkan semula adunan dan bentuk bulat dan leperkan supaya mudah masak bila di goreng nanti. Kalau melekat lumurkan sahaja dengan tepung gandum. Letakkan seekor udang kering sebagai hiasan di tengah-tengah adunan cucur badak korang tu, kalau tak letak pun tak apa, tak mengubah rasa pun hehe :) 






6. Panaskan minyak dan gorengkan cucur badak satu persatu. Balik-balikkan supaya masak dua-dua bahagian. Angkat toskan minyak dan selamat menikmati salah satu lagi resepi ibunda yang enak ni. 




~ Semoga bermanfaat , In Shaa Allah ~ 

12 Comments

  1. Sedapnya 😋 cucur badak..
    Rajin ana.. akak beli jer sbb mkn sorang 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni pun bila ada anak-anak bercuti di rumah Yati, kalau tak ana pun beli je hehe :)

      Delete
  2. Kalau cucur gajah lagi besar agaknye ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, gambar closed up tu WP idak le besar mana tu :)

      Delete
  3. Sedapnya nampak cucur badak kak Ana.
    Makan petang-petang time panas lagi yummy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan sesekali menu tradisi lama semula kan Mrs A :)

      Delete
  4. Mok mentua ekin panggil cucur keria yg bersalut gula cucuk badak ore tua kelantan panggil kut gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh macam tu, kak ana pula cucur keria yang macam donat tak berinti tu ekin, salut gula :)

      Delete