Cara menukar User Profile dari Google + kepada Blogger
Rata-rata pemilik akaun Google Plus ( Google + ) telah sedia di maklumkan bahawa kesemua akaun akan di tutup pada April 2019 akan datang. Perkara ini pastinya akan memberi sedikit sebanyak kesan kepada blogger macam ana ni, di mana sedikit sebanyak terdapat juga trafik yang masuk dari perkongsian di Google + pada setiap entri yang ana akan share di sana. Dan ana tak pasti pula tentang jumlah follower dengan profile Google + akan turut terjejas atau tidak. Itu kena rujuk mereka yang pakar dalam bidangnya.
Sesuatu yang ana bimbangkan ialah mengenai Profile yang terdapat pada setting blog masing-masing. Jadi sebelum apa-apa berlaku, ana terfikir untuk menukar user profile dari Google + kepada Profile Blogger. Sememangnya ana adminkan dua akaun profile admin di blog www.anajingga.com kerana bimbang sekiranya terjadi sesuatu pada salah satu akaun, ana masih boleh sign-in dari profile email alternatif. Dan satu lagi profile yang ada sebagai admin blog ini ialah salah seorang sahabat blogger yang dah bagaikan adik sendiri iaitu Arzmoha. Maknanya ada ada dua back-up admin untuk access ke blog. Sayang juga kan blog yang dah lama kita bina andai tiba-tiba lenyap. Sama seperti akaun media sosial lain, di mana kita boleh setting kepada co-admin untuk menyelamatkan akaun. Mudah-mudahan tak adalah terjadinya apa-apa .
Berbalik kepada isu penutupan kesemua akaun Google + pada April nanti, ana awal-awal telah pun menukarkan profil blog dari Google + kepada Profile Blogger semula. Jadi ana nak kongsikan lah andainya ada yang tercari-cari cara untuk menukar profil akaun blog, cara nya pun amat mudah sebenarnya, namun kadang-kadang kita terlepas pandang juga kan.
Cara menukar User profile dari Google + kepada Blogger
1. Mula-mula mestilah kita kena log-in ke akaun Blogger masing-masing kan. Kemudian klik ke bahagian Setting - User Setting .
2. Di paparan User Setting pilih User Profile . Sekiranya sebelum ini kita menggunakan User Profile Google + , sekarang tukarkan kepada Blogger.
3. Seterusnya akan di paparkan pengesahan untuk kita confirmed kan dan Klik sahaja ke Switch to a Blogger Profile .
4. Dan selesailah pertukaran user profile kita dari Google + kepada Blogger. Klik pada Continue to Blogger semula.
5. Di sana bolehlah kita upload gambar profile dan butiran yang hendak kita paparkan. Mudah kan.
Ana tak pasti sama ada apabila kesemua akauan Google + akan di tutup nanti, user profile blog akan bertukar secara automatik ataupun bagaimana tetapi sebagai langkah persediaan awal, ana dah pun menukarkan kedua-dua admin kepada profil Blogger seperti awal-awal penulisan blog dahulu. Semoga bermanfaat, In Shaa Allah.
3 Comments
Ok dah tukar. Terima kasih atas info ini.
ReplyDeleteSama2 Khaty )
DeleteTerima kasih kak , terus buat lepas baca ni
ReplyDelete