Masa mula-mula adik ana, Lan dan Jue cadangkan nak bercuti ke Hotspring Sungai Klah ni, ana macam berbelah bagi juga. Maklumlah kan.. laa nii tengah musim panas lit lit ya amat. Sejak penghujung Disember lagi sampai la ke hari ni, hari-hari panas membahang. Tapi bila Lan bagitau nak bawa mak dan abah sekali, mak pula nak merasa merendam kaki di takungan air panas tu, ana ikutkah sahaja lah. Niat baik adik kan kena lah kita ikutkan. 

Walaupun mak dah tak berapa larat berjalan jauh sekarang ni akibat sakit lututnya tu, Lan usahakan juga dengan membawa kerusi roda ke situ nanti katanya. Alhamdulillah, hari yang dijanjikan semuanya berakhir dengan keseronokan sekeluarga. Tambah meriah bila sepupu kami, mak saudara pun join sekali. Seronok lah abah, cucu-cucunya semua ada yang paling feveret Hilmi lah anak sepupu ana yang berusia 4 tahun tu, bukan main suka lagi sampai penat Tok Nan layan di main air kolam. 



Apa yang menarik di Sungai Klah Hot Springs


Apa yang menarik bila sebut pasal Sungai Klah, Hot Springs ni ye ? Meh la ana nak berkongsi pengalaman ana sekeluarga mandi mandi disini. Mana tahu ada yang belum pernah ke sini, boleh lah dapatkan serba sedikit gambaran apa yang menarik di Hotspring Sungai Klah ni. 

Kami sekeluarga datang dari KL dan berjanji dengan adik ana tunggu di bandar Sungkai tu sahaja. Sampai Sungkai kami sarapan pagi terlebih dahulu, sebabnya di dalam Taman Rekreasi Air Panas Sungai Klah ni, kita di larang membawa sebarang bentuk makanan dan minuman, hokay. So jangan sekali-kali cadang nak berkelah di dalam taman kerana waktu nak masuk nanti, beg korang akan di periksa dan sekiranya ada cubaan seludup makanan walaupun jajan, korang kena tinggalkan di kaunter pemeriksaan nanti. Ermm... ingat kay, so baiklah kita sarapan dahulu kenyang-kenyang di luar sebelum masuk. Tapi usah risau, di dalam taman ada banyak gerai dan kiosk yang menjual makanan dan minuman, cuma harga nya mahallah sedikit dari di luar. Jajan pun ada jual di dalam tu. 





Orait, pertama nya mesti korang nak tahu berapa harga tiket masuk ke Felda Residence Hot Springs ni kan ? Kat atas tu tertera harga tiket pada waktu entri ini di terbitkan. Perubahan yang berlaku mungkin di masa akan datang. Waktu nak masuk pula dari 8 pagi hinggalah pukul 6 petang. Berendamlah sampai petang kay, tak ada siapa yang marah lepas korang beli tiket. 

Selepas membeli tiket, terus ke laluan masuk dan korang akan di pasangkan tag di tangan, pemeriksaan beg dan kemudian beraturlah menunggu trem yang akan membawa kita masuk ke kawasan rekreasi . Tak jauh pun tapi dah ada kemudahankan, baik naik je lah.




Kolam pertama yang akan kita lalui ialah kolam mandi dan mainan kanak-kanak. Awas!! Kalau anak-anak dah nampak port ni, alamat kat sini sahaja lah korang bertabah ye.. Hehe :) Pancuran air dan slot permainan ni memang menarik minat anak-anak kecil. Pepandai lah ye nak pujuk bawa ke kolam lain lepas ni. 



Dari situ kita teruskan perjalanan menuju ke beberapa lokasi yang ada di sekitar taman seperti kolam air panas untuk aktiviti merebus telur, kolam terapi air panas untuk terapi, kolam mandi utama ( kolam air sejuk ) , kolam mandi air panas dan sebagainya. 



Kami terus ke laluan kolam merebus telur dan adik ipar ana, Jue beli semangkuk telur berharga RM5 untuk di rebus di dalam tadahan kolam air panas yang di sediakan di situ. Lalu jer semerbak aroma telur rebus kat sekitar kolam. 





Telur mentah yang korang beli tu, masukkan dalam bekas yang bertali di tepi kolam tu dan rendamkannya ke dalam kolam air panas. Kolam-kolam air panas di sini semuanya di labelkan suhunya jadi korang agak-agaklah ye tahap mana yang mampu korang bertahan. Suhu kolam telur rebus pastilah tinggi kan, jangan pula korang berendam dalamnya, lecur nanti :) 



Finally kami sampai ke kolam utama, kolam air sejuk lah kan untuk berenang dan main air. Kolam utama ni memang besar dan luas. Tahap kedalaman paras air pun di tandakan untuk kanak-kanak dan dewasa. Semua pun boleh masuk dalam kolam ni cuma untuk kanak-kanak tu pastikan lah kita awasi dengan teliti agar tidak masuk ke kolam dewasa yang lebih dalam. 

Terdapat dua buah slide di sini, satu bersaiz kecil dan satu lagi bersaiz lebih besar. Sesuatu yang agak tak best, Adik Ika mengalami luka kecil selepas turun dari slide ni begitu juga dengan Hilmi, tak pasti apa puncanya mungkin ada geseran yang tajam pada slide yang melukakan tangan kanak-kanak ni. Ana tak berapa pasti tentangnya. 




Alhamdulillah, cuaca pun tak lah terlalu panas ketika itu. Mak berehat di bawah wakaf yang di sediakan di sekitar kolam renang utama ni sementara anak menantu dan cucu serta Tok Nan bermandi-manda. Oh ye lupa pula, kat sini di sediakan bilik persalinan, bilik mandi dan tandas di sebelah kolam utama ni, mudah lah kita nak bersihkan diri selepas mandi nanti kay. 




Kalau korang nak mandi kolam air panas pula lepas ni, jangan salin pakaian dahulu la kan, kerana kolam air panas terletak di hujung sebelah belakang pintu masuk tadi. Di sebelah kolam utama ni ada satu lagi tempat mainan kanak-kanak yang basah juga. Dan waktu kami beriadah di sini, ada pula Spiderman berkeliaran menjaga keselamatan pengunjung agaknya. 




Haa, Spiderman ni friendly tau, tengok tu bukan main seronok Hilmi dengan Alif bergambar dengan super hero pujaan mereka ni. Tok Nan pun bergambar sekali dengan Mr Spiderman ni, hehe :) Kami terus jer salin pakaian sebab tak berminat pula nak mandi di kolam air panas tu. Maklum lah berendam sini sahaja hampir dua jam lebih. Kemudian kami ke Taman Terapi air panas untuk mak dan mak-mak saudara ana mencuba merendamkan kaki masing-masing. 




Kawasan sekitar ni sejuk dan redup sebab banyak pokok-pokok besar meneduhinya. Juga terdapat beberapa buah kolam dan laluan air panas di sekeliling dengan suhu yang berbeza-beza. Ana cuba juga masukkan kaki ke dalam laluan aliran air panas tu tak mampu bertahan sebab agak panas juga suhunya. 






Kawasan taman terapi ni kebanyakannya warga emas lah yang merendamkan badan dan kaki masing-masing. Mungkin ada sebab mengapa mereka merendamkan kaki di dalam kolam air panas ni, ana tak berapa pasti. 



Kanak-kanak lebih seronok lah bermandi manda dan bermain di kolam yang disediakan khas untuk mereka kan. Ada yang berpendapat mandi atau berendam di kolam air panas ni boleh melegakan pelbagai penyakit, antaranya bagi yang sakit kaki dan sakit kulit , Waallahu a'lam. Tak salah mencuba kan, kalau serasi tu menjadilah. Tapi kalau nak mandi dan berendam air panas, kat rumah pun boleh kan kerana untuk sembuh tu kita perlu lakukannya secara berterusan. 



Dan akhir sekali kami singgah melawat ke kolam mandi air panas di hujung jalan sebelum keluar. Terdapat tiga biji tempayan besar di sini berisi air sejuk. Ana tak pasti untuk apa, mungkin untuk bilasan selepas mandi air panas agaknya. 




Inilah pemandangan di sekitar kolam air panas, kami tak pergi dekat pun sebab waktu masa ini dah tengahari. Cuaca pun dah mula meninggi. Tak payah lah nak masuk ke kolam air panas di sekitarnya pun dah panas ya amat. Tapi ada juga yang berenang dan berendam di dalam kolam air panas ni, hebat depa. 

Kami singgah solat Zuhur di surau yang di sediakan sebelum menunggu trem mengambil kami semula untuk keluar kaunter tiket masuk tadi. Pakir kenderaan di sini agak luas dan percuma sahaja, don't worry kay. 

Alhamdulillah, satu pengalaman yang baharu buat ana dan anak-anak yang pertama kali ke Hot Springs Sungai Klah, Sungkai ni. Sungkai ni laluan kami lah dalam perjalanan balik dari KL ke Teluk Intan. Tapi tak pernah pun singgah sehinggalah adik dan adik ipar ana bercadang membawa keluarga kami ke sini. Seronok tengok mak abah gembira. Di sekitar kawasan Felda ni juga terdapat beberapa homestay dan chalet untuk yang ingin bercuti di sini atau sewa sahaja lah di Felda Residence. 

16 Comments

  1. Wah mcm best je sini. Boleh masuk wishlist ni. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah boleh lah yeaslmn ada kesempatan bawa family ke sini

      Delete
  2. Bestnya dapat pergi ramai-ramai kan kak.. Tapi saya jugak yang berhuhuhu.. walaupun suami saya orang Sungai Klah, tapi takdenya nak bawak saya ke situ... Last pegi pun masa pergi dengan ummie dan adik-adik tuepun atas permintaan ummie.. Kata suami, ramai sangat orang kat situ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selaluny maacam tu lah shikin kan, lagi dekat pakt tak pi la hehe :0

      Delete
  3. menarik ni.
    aida lom pernah gi. lalu je.
    bab telur rebus tu yg aida byk baca tau.
    ohsem. lain dari tempat lain :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalunya kalau ada hotsprings ni salah satu aktiviti dia rebus telo la kan aida hehe :)

      Delete
  4. Hot Spring Sg Klah ni dalam mukim tempat sy tinggal lah hehe. meriah orang setiap hari kat situ hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh anamizu tinggal di sungkai la ye :) meriah kan :)

      Delete
  5. Replies
    1. tak pasti pula kena check kat laman web atau FB Sungai Klah Hotspring, rasanya kalau cuti umum atau hujung minggu pasti buka lah kan :)

      Delete
    2. boleh lah untuk riadah mandi manda :)

      Delete
  6. Assalamualaikum, boleh tanya.. jalan sepanjang dalam tu sesuai ke untuk wheelchair? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..sesuai ada laluan bersimen ,saya bawa mak dengan wheelchair juga puan..

      Delete
  7. Salam nak Tanya harga masuk berapa eh ? Ke Masih sama ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam, maaf sangat entri lama ni 2019, saya tak pasti harga sekarang berapa,cuba search di internet ataupun FB Page depa kalau ada.. :)

      Delete