Bolehkah bertemu kucing kesayangan di syurga kelak ?

Bila ana terjumpa poster di bawah di Instagram @Dzulkiflialbakri atau pun Mufti Wilayah, Dato' Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tentang persoalan ' bolehkan bertemu kucing kesayangan di syurga ?' , tertarik untuk ana kongsikannya semula di sini. Ana pencinta kucing dan ana pasti ramai lagi di luar sana juga yang menyayangi kucing malah memelihara haiwan kesayangan Rasulullah saw ini di rumah. Pasti ia satu yang amat menarik untuk kita fahami bersama, bukan. 


kredit poster/sumber IG @drzulkiflialbakri 



Bolehkah bertemu kucing kesayangan di syurga 


Sepanjang hidup ni, entah berapa banyak kucing yang pernah hadir dalam hidup kita, kita sayangi mereka, kita beri kasih sayang dan jagaan yang sebaiknya dan hukum alam, tiada satu pun yang akan kekal dan abadi. Semua akan mati, berlalu pergi kecuali Allah swt yang kekal abadi. Pasti, kadang-kadang hadir rasa rindu pada kenakalan dan kecomelan telatah anak-anak kucing kesayangan kita dan adalah menjadi impian dan harapan untuk kita bermain dan bertemu mereka semula di syurga kelak. 

Berdasarkan poster di bawah, jelas kita fahami penerangan dari Dato' Mufti bahawa firman Allah swt :
 " Buat mereka ( penghuni syurga ) apa sahaja yang mereka mahukan dan disisi kami ada penambahan (nikmat) . - Surah Qaf 

Huraian dari Dato' Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pula menerangkan : Setiap manusia perlu berusaha bagi memastikan dirinya di tempatkan Allah swt ke dalam syurga melalui amalan soleh di dunia. Saat seseorang itu berada di syurga , segala kemahuannya akan di turuti sebagai ganjaran dari Allah swt ".

Jadi tugas kita di atas dunia ini ialah untuk mencari jalan untuk ke syurga dengan mentaati perintahNya dan meninggalkan laranganNya. Semua kita mahu ke syurga dan berusahalah kita ke sana selagi ada kesempatan usia yang ada kerana bila di syurga kelak, janjiNya akan menunaikan segala kemahuan dan keinginan kita termasuklah bertemu dengan kucng-lucing yang kita sayangi di atas dunia ini dahulunya. In Shaa Allah. Aamiin. 


Ikutilah mana-mana laman sosial Dr Zulkifli Al Bakri untuk banyak menjawab kemusykilan dan persoalan yang di huraikan. Alhamdulillah. 

Bolehkah bertemu kucing kesayangan di syurga kelak ? Bolehkah bertemu kucing kesayangan di syurga kelak ? Reviewed by Ana Jingga on March 29, 2019 Rating: 5

8 comments:

  1. Teringat kata ustaz...di dunia sabar betul-betul..itu tak boleh ini tak boleh pasti ada sebab Tuhan melarang dan meyuruh.....kalau nak itu ini dengan senang.....nanti di syurga.....yang dulu di dunia tak boleh..Tuhan ganti..boleh bila dah di syurga..cuma kita nak dengan tak nak sahaja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya PC, dunia ni semuanya sekadar ujian sahaja. di sana lah yang kekal abadi. Sama-sama kita mencari jalan ke syurga..Aamiin

      Delete
  2. terima kasih di atas perkongsian.. semoga kita semua ditempatkan di kalangan org2 beriman..

    ReplyDelete
  3. Di syurga kita boleh dapatkan apa yang kita mahukan

    ReplyDelete
  4. semoga semua kita berakhir dgn husnul khotimah tq ana atas perkongsian ni

    ReplyDelete

Powered by Blogger.