Dah lama juga tak update drama siri yang ana ikuti. Tak tahu kenapa sekarang ni agak jarang nak ikut sangat drama-drama tempatan. Faktor usia la tu, tapi kadang-kadang bila dah usai semua urusan dan tanggung jawab , ana bosan juga. Selalunya duk mengadap tv pun selepas jam 10 malam, tukar lah channel TV satu persatu. Kebanyakan drama bergenrekan cinta remaja ni dah tak boleh nak masuk sangat denga usia senja ni. 

Tiba-tiba tersangkut pula dengan Drama Cinta Henti yang seang di tayangkan di TV3. Ermm.. Elizad Sharifuddin antara pelakon yang lakonannya cukup ana minati. Melekat lah kesudahnya melayan drama siri ni. Plot dan jalan cerita pun agak menarik jadi kita layan lah sambil merehatkan diri di waktu malam kan. 




Drama Cinta Tanpa Henti 


Terbaru di slot Samarinda TV3, Drama Cinta Tanpa Henti akan bersiaran pada 26 Februari 2019 setiap malam jam 10 hari Isnin hingga Khamis. Bersiaran selama 20 episod drama ini diarahkan oleh Zamri Zakaria, skrip Eja Lorena dan terbitan produksi OrangeTree Production Sdn Bhd. Lakonan mantap Aeril Zafrel, Elizad Sharifuddin, Nadia Brian, Farahdhiya, Isa Khan, Shahz Jaszle, Nynaa Harizal, Arash Mohd, Sherie Merlis, Marisa Yasmin, Hafidz Roshdi.

Sinopsis Drama Cinta Tanpa Henti 


Kisah Sumayyah ( Elizad )  anak kepada Tuan Rahim ( Arash Mohammad)  disebut-sebut sebagai pewaris yang mengambil alih Edruce Airlines. Sumayyah berkahwin dengan Hisyam (Aeril Zafrel) , seorang pelukis jalanan tetapi mendapat tentangan dari Tuan Rahim. Dibuang keluarga, Sumayyah meneruskan kehidupan bersama Hisyam sehingga dia disahkan mengidap penyakit. ~ kredit sumber 
/kbergetar04.blogspot.com .

12 Comments

  1. Banyaknye drama baru.. dh ketinggalan jauh ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana pun jarang dah follow lea, ni tak tahu kenapa sangkut lak nak follow hehe :)

      Delete
  2. minat juga tengok drama melayu ni..pelakon pun hebat

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan etuza sesekali layan juga kalau kena dengan jalan cerita nya

      Delete
  3. haa.. bila melibatkan lakonan Ariel Zafriel ni yang kalah ni.. kang ada yang tercongok depan tv jek ni kang.. hee~

    ReplyDelete
  4. tgk iklan je baru...nampak best...

    ReplyDelete
  5. menarik drama ni tapi x dpt nak layan sgt sebab tidur awal. hehe

    ReplyDelete
  6. tengok sikit2 tak follow.. suka hero tapi heroin kureng sikit =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. terbalik lak ct kak ana suka elizad, hero pula tak minat sangat hehe :)

      Delete