Idea Hantaran Perkahwinan Yang Simple Tapi Elegan

Inilah hasil gubahan idea hantaran perkahwinan dari sepupu ana, Effa. Sebelum ni pun di selalu juga menyiapkan gubahan hantaran untuk ipar duainya, cuma kali ni dia mengambil tempahan hantaran perkahwinan buat kawan katanya. Not bad, nampak simple tapi elegan, kan. Hantaran yang di hasilkannya adalah dari pihak perempuan untuk pengantin lelaki. 




Hantaran Perkahwinan Yang Simple Tapi Elegan 


Hantaran tali pinggan dan wallet lelaki 


Dalam menatarias gubahan perkahwinan ni pertamanya kita perlu elakkan pembaziran. Jangan berlebihan dalam satu-satu gubahan cukup sekadar memberi seri pada setiap dulang hantaran. Bukan apa, semua hiasan tu nanti tak ada gunanya kerana pengantin akan mengambil barang hantaran sahaja. 


Hantaran toiletries 


Dulang hantaran kaca ni di sewa dari sepupu ana seorang lagi yang juga pakar dalam mengambil tempahan gubahan perkahwinan. Haa.. Kalau korang nak sewa dulang hantaran pelbagai jenis boleh lah tengok kat SINI . Itupun entri lama tu sekarang ni lagi macam2 hantaran yang lawa disediakan oleh Shikin. 


Hantaran songkok dan kain pelikat 


Effa pula, nampaknya dah kira lulus lah dalam menghasilkan gubahan hantaran dengan gaya terkini. Pemilihan bunga yang sederhana sesuai dengan saiz dulang serta padanan warna yang senada mencuri perhatian. Jadi bagi yang tercari-cari idea nak buat hantaran tu, mungkin boleh mendapatkan inspirasi dari 7 dulang hantaran termasuk sirih junjung hasil kreativiti Effa. Good job, Effa :) 



sirih junjung moden
Sirih junjung 


Hantaran sejadah dan Al-Quran 


Hantaran jam tangan dan kemeja lelaki 

Idea Hantaran Perkahwinan Yang Simple Tapi Elegan Idea Hantaran Perkahwinan Yang Simple Tapi Elegan Reviewed by Ana Jingga on March 19, 2019 Rating: 5

10 comments:

  1. Minimalis tapi wow itu yang terbaik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu jangan sampai pembaziran kan PC :)

      Delete
  2. Buat simple simple pun cantik kan.

    ReplyDelete
  3. walaupun simple tapi mmg nampak elegan sgt

    ReplyDelete
  4. yup.. skrng ni zaman semua simple2 je. penah ada viral hantaran dalam kotak cantik.
    semua orang pun tatau ada apa dalam kotak hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann CT siap berbungkus dengan kain kan :)

      Delete

Powered by Blogger.