Pokok Bunga Cosmos Bagai Dalam Filem Bollywood

Balik kampung kali ini, kejap sangat namun Alhamdulillah banyak yang sempat dilakukan bersama keluarga. Balik pun berdua sahaja dengan suami kerana anak-anak  ada test Isnin pagi, takut lewat sampai ke kampus semula kerana kami balik pagi Ahad dan malam tu balik semula ke sini. Sempat juga hadiri kenduri kahwin anak buah dan mesyuarat keluarga atas urusan mak saudara ana yang bakal menunaikan umrah. Pastinya nak ziarah mak dan abah lah kan, lama benar rasanya tak jengok walaupun baru sebulan lebih selepas kami balik sebelumnya. 



Pokok Bunga Cosmos



Petang tu sambil borak-borak dengan mak, ternampak pokok bunga cosmos mak bukan main menguning di belakang rumah. Ana pun keluar lah dengan mak, Subhanaallah cantiknya bagaikan dalam filem hindustan pula. Terus fefeeling Kajol dalam filem Dilwale Dulhania Le Jayenge :) Hehe. Tapi memang cantik lah ia macam padang bunga cosmos dah rupanya, nak guling-guling je tak boleh sebab berpasir hehe :)



bunga cosmos di laman rumah ana tak sebanyak bunga cosmos mak :) 


Bunga cosmos ni senang sangat membiak jika kena pada tempatnya. Mak bukan tanam pun, di biarkannya sahaja ia merebak sendiri dari benih nya yang tua bertaburan di tiup angin. Musim panas ni antara hikmahNya ialah musim bunga lah kan. Pelbagai jenis bunga mekar di mana-mana. Mak cuma jirus air pada waktu pagi kerana panas sangat kesian pokok kering nanti katanya. 


Itulah mak, walau dah uzur tetap sayang dengan pokok-pokok bunga dan tanaman yang lainnya. Tangannya tanam apa pun serasi, In Shaa Allah menjadi. Ana ada juga cabut beberapa anak pokok cosmos ni bawa balik sekali dengan biji benihnya. Nak try tanam kat rumah ni semula, sebab yang balik dahulu bawa balik benih tak berapa menjadi, cuma tinggal sepokok sahaja yang nampak hidup subur. Mudah-mudahan tumbuh segar lah bunga cosmos di laman ana macam pokok mak yang meliar ni... aamiiin. 

Pokok Bunga Cosmos Bagai Dalam Filem Bollywood Pokok Bunga Cosmos Bagai Dalam Filem Bollywood Reviewed by Ana Jingga on March 27, 2019 Rating: 5

6 comments:

  1. woo namanya bunga Cosmo. selalu juga nampak bunga2 kuning macam ni tapi tak pasti bunga apa yang kite tengok tu hehe..

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. haah daun macam ulam raja, warna bunga je berbeza, ulam raja berwarna ungu kalau tak silap ana kan :)

      Delete
  3. Wah cantiknya, kembang berseri-seri

    Bunga cosmos ni ada pelbagai warnakan AJ? Senang dibiak dgn biji benihnya. Tapi itulah dah lama tak jumpa pokok ni, teringin nak minta benihnya hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah ada juga warna lain tapi selalu jumpa hat warna kuning kan. senang hidup dan membiak ni kalau serasi PH :)

      Delete

Powered by Blogger.