Kari Sotong Sumbat
Rakyat di rumah ni kalau masak sotong tu kurang sikit selera depa berbanding udang. Selalunya sotong ana masak sambal atau pun masak kicap sahaja. Kali ni rasa macam nak masak kari sotong pulak. Sebelum tu ana ada tengok satu video masakan sotong depa sumbat dengan telur dan masak jadikan sambal. Mengambil inspirasi itulah, ana olahkannya masak kari sotong sumbat dan campurkan dengan kentang.
Eh! Sedap pula, sotong jadi gemokss nampak menyelerakan untuk di makan. Cuma tak bernasib baik sangat sebab tak jumpa sotong yang besar-besar kat kedai Acheh, jadilah dapat yang agak sedang saiznya. Kalau sotong besar lagi nampak cun kan. Jom lah ana kongsikan semula resepi disini.
Masak kari sotong sumbat
Bahan-bahan masak kari sotong sumbat
Sotong ikutlah banyak mana nak masak dan pastilah kena bersihkannya
Dua biji telur ( ikut juga bilangan sotong tu kalau sikit cukuplah sebiji telur sahaja )
Serbuk rempah kari Makanan Laut Mak Siti
Santan
Bawang merah
Bawang putih
Daun kari
Air asam jawa
Ubi kentang di belah empat
garam secukup rasa
Cara masak kari sotong sumbat
1. Dadarkan telur dan hiris nipis-nipis.
2. Sumbatkan ke dalam sotong ketat-ketat dan asingkan kepala sotong dari badannya.
3. Sediakan bahan masak kari seperti biasa. Tumbuk atau blend bawang merah dan bawang putih.
4. Bancuhkan sepeket Serbuk Rempah Kari Makanan Laut Mak Siti dengan sedikit air asam jawa.
5. Panaskan minyak dan tumiskan daun kari sehingga naik baunya.
6. Tumiskan bawang yang di tumbuk dan masukkan rempah kari. Kacau hingga pecah minyak.
7. Masukkan kentang dan gorengkan seketika biar sebati dengan adunan rempah tadi.
8. Masukkan santan dan kacau selalu sehingga mendidih, baharulah masukkan sotong agar tidak kecut bila terlalu lama di masak. Masukkan dengan kepala sotong sekali jangan lupa pula eh :)
9. Bila dah mendidih kali kedua rasakan dengan garam secukupnya dan siaplah hidangan kari sotong sumbat versi anajingga dot com.
Sedap di makan dengan nasi dan ikan masin, nak cicah roti pun sedap ni. Selamat mencuba .
12 Comments
Menarik kari sotong ni..
ReplyDeletekalau peminat sotong pasti suka kan Nieyla
Deletekak..aku selalu sumbat kepala sotong sekali lepas tu buh kayu kecik tu hahaha. So semua sotong tembam sama dengan aku....
ReplyDeletehaha ko ni Kolin kan kelakar beno, baik-baik ko telan lak kayuu kecik tu sudah hehe :0
Deletewah resepi ni menarik jugak ni. sebelum ni dok buat kari sotong ja. yg ni kari sotong sumbat, memang kena cuba ^_^
ReplyDeletecubalah nanti kay umi :)
DeleteKari sotong sumbat resepi baru bagi Mrs. A ni.
ReplyDeleteNanti nak cubalah
nanti cuba lah Mrs A :)
Deletemesti sedap
ReplyDeleteAlhamdulillah sedap Pha Is :)
DeleteBoleh cuba.
ReplyDeletejumpa sotong nanti kak mala cuba kay hehe :)
Delete