Lebih Mudah Order Domino's Pizza Secara Online


Domino's Pizza baharu sahaja berpindah cawangannya dari berhampiran NSK, Rawang kini dekat sangat dengan kediaman kami ni. Cawangan baharu ini terletak di Maison Boulevard, berhampiran sahaja dengan Aeon Rawang tu. Kebetulan voucher Domino's ada beberapa lagi yang belum di redeem, sementara anak-anak ada di rumah ni, Kak Long nak redeem katanya sebagai makan malam kami sekeluarga. 



 Order Domino's Pizza Secara Online 




Bila menggunakan voucher, kita hanya boleh menebusnya melalui pembelian secara online sahaja. Bagaimana cara menebus voucher Domino's secara online ni ? Mudah sahaja.. Langkah pertama, kenalah sign-up akaun di https://www.dominos.com.my/ terlebih dahulu. Isi kan butiran yang di perlukan dan lepas sahaja akaun korang lulus, pembelian seterusnya korang akan dapat satu pizza percuma tau. Boleh redeem kemudian dengan pembelian. Ini untuk yang kali pertama sign-up sahaja lah. 





Cara nak membeli atau memesan Domino's secara online pula, log-in sahaja di https://www.dominos.com.my/ . Masukkan voucher kod di ikuti dengan butiran pada voucher yang di minta. Pilih lah menu yang korang nak dan buat tempahan pukul berapa korang nak pi ambil di cawangan Domino's yang korang pilih. 




Sampai di kaunter nanti, berikan sahaja nama korang dan nombor telefon, dah siap sedia dah pesanan Domino's Pizza tanpa perlu menunggu. Jelaskan sekiranya ada bayaran yang dikena kan secara tunai atau debit kad. Mudahkan. Order secara online dan pergi ambil sahaja di mana cawangan yang korang pilih tadi. Nak lagi senang kalau malas nak keluar tu order sahaja lah melalui Domino's Delivery di talian 1-300-888-333 . Hat ni lagi senang tunggu sahaja depan rumah depa mai hantar. 




Domino's Pizza Garlic Cheese Onion Ring


Antara menu yang Kak Long pesan malam tu ialah 2 Regular Pizza, 2 Pan Pizza ( 1 tu Eggstra Shiok ) , 1 Cinnastix ( perisa kayu manis )  dan 1 set Garlic Cheese Onion Ring. Ada dua minuman tin sekali dalam pakej tak ingat dah pakej yang mana kami redeem malam tu. Alhamdulillah sangat-sangat berbaloi dan mengenyangkan kami sekeluarga. Terima kasih Domino's Pizza Malaysia. 


Domino's Pizza Eggstra Shiok


Domino's Pizza Cinnastix 

Lebih Mudah Order Domino's Pizza Secara Online Lebih Mudah Order Domino's Pizza Secara Online Reviewed by Ana Jingga on April 02, 2019 Rating: 5

10 comments:

  1. Lea pun biasa order online.. pasti p collect jerk.. mudah keje..

    ReplyDelete
  2. suka order online... mudah.. hehe

    ReplyDelete
  3. lama kolin tak makan dominos hahahha...nanti kita order

    ReplyDelete
  4. betul !! lepas tu selalu dapat kupon discount. hehe..
    kadang2 tu order depa da hapai nama wakakak malu =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn.. itu yang buat lajuuu nak mengorder tu CT hehe :)

      Delete

Powered by Blogger.