Ketika entri ini di terbitkan, In Shaa Allah tak sampai beberapa hari lagi bakal menjelangnya Ramadan 1440H. Allahu.. betapa cepat masa berjalan, rasa baharu sahaja meninggalkan kenangan terindah Ramadan 1439H kini jika diizinNya, dipanjangkan usia, kita akan bertemu semula Ramadan Kareem. Bagi kaum hawa khasnya, selain dari mengejar ganjaran pahala ibadah sepanjang Ramadan nanti, memikirkan menu masakan juga antara yang paling menjadi keutamaan kita. 

Tak kiralah yang masih bujang atau yang berkeluarga, sebolehnya kita nak kan menyediakan juadah yang terbaik buat diri sendiri mahupun keluarga kan. Ramai di antara kita memilih untuk memasak sendiri menu-menu harian untuk sahur mahupun iftar, kelak. Melain kan bagi yang kesuntukan masa, tak terkejar dengan urusan kerja dan anak-anak kecil, bazar Ramadan lah pilihan yang ada. Tapi bila ada kelapangan waktu, di hujung minggu misalnya, pasti mereka juga akan ke dapur untuk memasak. 




Juadah iftar Ramadan ni agak mudah juga untuk di fikirkan kerana terdapat ruang waktu untuk penyediaan dan selalunya se simple manapun tetap akan berselera untuk di nikmati. Berbeza dengan juadah untuk sahur. Ana sendiri di rumah ni, dengan anak-anak sendiri pun kalau sahur depa kurang sangat nak makan hat berat-berat. Selalunya ana sediakan menu sarapan pagi untuk sahur ni, seperti nasi goreng, roti, sandwich, dan sebagainya. Ada lah selera depa nak makan, berbanding makan makanan berat seperti nasi. 

Serbuk Rempah Sup Mak Siti


Ana ada satu cadangan lah untuk korang yang tak berapa selera nak makan sahur ni. Apa kata korang masak sup ayam atau sup daging atau sup tulang ke, untuk iftar. Kemudian lebihannya nanti atau korang asingkan sedikit untuk sahur dan makan pula dengan roti. Sup cicah roti. In Shaa Allah selera kan. 

Dan untuk ana sekarang ni lebih suka menggunakan Perencah  Serbuk Rempah Sup Mak Siti. Ianya segar dari ladang, dan mudah dibeli di kedai-kedai, pasaraya mahupun secara online sekarang ni pun boleh borong tau. 





Serbuk Rempah Sup Mak Siti ni pun tak begitu pedas atau panas bila di makan. Ianya sedang-sedang sahaja dengan selera kami sekeluarga. Mudah untuk di masak dan menjadikan kuah sup lebih pekat berbanding perencah sup yang lain yang pernah ana gunakan sebelum ni. Ia adalah dalam bentuk pes perencah yang hanya perlu di bancuh dengan sedikit air, tumis dan lengkap segala neka bahan rempah yang diperlukan dalam menu sup korang. 

Alhamdulillah. Jadi ana nak cadangkan kepada ibu-ibu di luar sana boleh mencuba sendiri pelbagai rempah ratus keluaran Mak Siti yang ada di pasaran untuk menu-menu iftar dan sahur Ramadan nanti. Mak Siti merupakan produk keluaran Bumiputera dan Halal. Alhamdulillah.. Kita support produk-produk Bumiputera dan Halalan Toyyiban kan.. 

8 Comments

  1. Sedap juga sahur roti cecah sup tu kak Ana. Hehe. Tak lama je lg dh nak puasa kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah time sahur ni kak ana suka menu yang simple2 je Yea :)

      Delete
  2. Betul kak..kejap dah dekat Ramadhankan..alhamdulillah..untuk sahur dan berbuka..memang kena ligat juga memikirkan menu ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah dengan izinNya bakal kita temui, itu antara cabaran mak mak kan PC :)

      Delete
  3. Memang mudah dan sempoi menu sahur ni. Boleh try nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang-kadang nasi tak leh masuk waktu sahur ni kan Mimie :)

      Delete