Orang Teluk Intan ni bab udang galah tu memang dah tersohor sangat lah kan. Ini kerana kampung kami ni di kelilingi sungai Perak yang kaya dengan habitat udang galah. Rezeki pula bila besan abah ni aktivitinya menangkap udang galah dengan menahan sangkar bubu di perairan sungai. Lumayan juga hasil tangkapan udang galah Tok Ya kalau kena musimnya. 




Selalu yang besar-besar Tok Ya akan jual pada peraih di pasar tapi kalau ada lebihan tu, rajin di sedekahkah sahaja pada saudara mara. Kebetulan balik nak buka puasa di kampung awal Ramadan lalu, ada rezeki udang galah yang adik ipar ana bawa. Dah sebelahkah awal-awal untuk ana bawa balik ke rumah untuk juadah kami sekeluarga. 




Selalunya udang galah ni ana masak lemak, tak pun kalau malas ana goreng je dengan kunyit. Kali ni tak tahu lah terlebih rajin, siap masak rendang udang galah tuu. Memang lah sedap kalau masak rendang, udang galah ni tak macam udang laut akan kecut atau mengecil bila kita masak kan terlalu lama. Tapi udang galah di kekal gemuk walaupun kita masak agak lama, tapi usahlah lama bebeno kata orang Perak, hilang lah kemanisannya dan jadi liat nanti. 

Mudah sangat masak rendang kali ini kerana ana mencuba menggunakan Serbuk Rempah Rendang Mak Siti nii. Kita cuma sediakan bahan asas merendang sahaja yang lain dah terkandung dalam Serbuk Rempah Rendang Mak Siti. Cuma bancuh kan jadikan pes dan masaklah seperti biasa. Senang cerita meh laa anak buatkan tutorial cara-cara nak masak rendang udang galah dengan Serbuk Rempah Rendang Mak Siti. Tapi tak lah semestinya korang kena masak udang galah kan, masaklah rendang ayam ke, daging ke, itik ke ikutlah bahan apa yang korang ada, In Shaa Allah sedap.


Resepi Rendang Udang Galah dengan Serbuk Rempah Rendang Mak Siti 





Bahan-bahan :

Udang galah bersihkan dan toskan
Bawang merah
Serai
Lengkuas
Daun Limau Purut atau daun kunyit pun boleh jer
Santan Kelapa
1 pek Serbuk Rempah Rendang Mak Siti
Asam keping
Garam secukup rasa


Cara masak rendang udang galah dengan Serbuk Rempah Rendang Mak Siti

1. Blend bawnag merah, hirisan serai, hirisan lengkuas hingga lumat.

2. Panas sedikit minyak dan tumis seketika.

3. Bancuh 1 pek Serbuk Rempah Rendang Mak Siti dengan sedikiit santan atau air jadikan sebatian pes.



4. Masukkan sekali dalam bahan tumis dan masak hingga pecah minyak seketika. 




5. Masukkan santan dan biarkan ia sekali didih kemudian bolehlah masukkan udang galah.

6. Kacau sebati, balik-balik kan udang dan biarkan sehingga rendang menjadi pekat mengikut kepekatan yang kita kehendaki. Rasakan dengan garam secukup rasa.




7. Bila dah hampir pekat, masukkan hirisan daun limau purut atau pun daun kunyit. Matikan api dan siap untuk satu hidangan rendang yang cukup mudah dan sedap. 




Dengan menggunakan Serbuk Rempah Rendang Mak Siti ni, kita dah tak perlu memasukkan kerisik lagi kerana ia akan terus menjadi pekat. Tiada rasa rempah, tetapi rasa rendang asli juga, jangan risau. Ana jadikannya agak kering untuk rendang udang galah kali ini. Selalunya ana suka jenis rendang yang berkuah sedikit kalau untuk ayam atau daging. Terpulanglah pada citarasa masing-masing kan. Serbuk Rempah Rendang Mak Siti ini boleh sahaja di dapatkan dari mana-mana kedai runcit atau pasaran tempatan, In Shaa Allah.




~Selamat mencuba~ 


10 Comments

  1. Wowww baru di sebut-sebut nak masak rendang udang, sekali boleh lak keluar di sini...sedapnyaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe jadi tak masak rendang udang tu SL :)

      Delete
  2. Ajerr bukak blog kak ana sementara tunggu nak berbuka puasa ni tertengok pulak rendang udang kak ana. Sedapnya lahai

    ReplyDelete
  3. Pergh!! Terliur nengoknya.. mujurlah dah berbuka.. hehehe.. senang guna rempah mak siti tu ye kak ana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang Sha jimat masa rasa pun sedap macam rendang asli lebih kurang :)

      Delete
  4. Udang galah sungai
    pastilah sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sedap udang galah sungai ni WP :)

      Delete