Hari-hari duk memikirkan apa nak masak kan khasnya kita-kita ni lah mak mak, isteri-isteri sekelian. Kadang-kadang duk termenung lah depan peti sejuk tu memikirkan menu. Bukan setakad menu, urus belanja rumahtangga pun kena fikir juga. Belanja dapur ni sama penting dengan keperluan utiliti dalam belanjawan rumahtangga. Kita isteri ni lah sebagai menteri kewangan dalam rumahtangga kena bijak dalam berbelanja.




Seboleh-bolehnya nak masak yang sedap-sedap untuk keluarga,  tapi dalam masa yang sama nak berjimat.  Ada ke produk yang segar tapi murah..  Ada tu ada,  cuma kena rajin lah kan survey. Haa!!  Sambil korang nak survey-survey tu, ana nak kongsikan lah dengan korang pengalaman ana sendiri bila pertama kali masuk sebuah pasaraya yang banyak produk segar tetapi boleh dibeli pada harga yang murah. Tak lah terlalu murah.. Mana ada kannn,  maksud ana mampu untuk kita marhein ni membelinya,  In Shaa Allah.




Pasaraya Segi Fresh


Kat mana tu??  Okay kisah dia macam ni.  Ana singgah dengan suami ke Pasaraya Segi Fresh baru-baru ni.  Saja lah kann,  kami berdua ni nak habiskan waktu cuti suka meronda kata orang Perak.  Masuk je pasaraya Segi Fresh di Balakong ni,  makk aii!!  Boleh tahan lah harga barangan yang ditawarkan. Terus capai troli dan pusing satu pasaraya khasnya kat bahagaian pasar segar ni lah.  Haa!!  Macam-macam plan nak masak untuk iftar bila anak-anak balik nanti ni.




Sudahnya nak penuh troli ana isi.  Mula-mula kami cari lauk pauk dulu.  Terfikir Adik Ika suka makan udang,  ana ambil lah udang,  sebelah ada sotong merah,  sauk juga seekor nak masak sambal.  Pastu Kak Long pula suka chicken wings,  ana ambil 10 kepak besar-besar saiznya.  Suami kata beli lah daging lama tak makan daging masak itam,  dan terambil sekali lamb chop nak ber western pula bila Adik balik nanti. Dia je yang pakar masak western kat rumah ni.  Ermm..  Selesai bab lauk pauk.








Pusing troli ke bahagian sayuran. Nak padankan dengan lauk ana pilih sawi pak choy,  kacang buncis,  lobak merah,  tomato,  salad dan cili api. Eh!  Ada jagung lak situ,  ambillah 4 tongkol setongkol harganya 99 sen je kata ko. Murah ya amat.








Kami kat rumah ni antara yang wajib ada pastilah buah-buahan.  Feveret suami pisang,  tuu diaa ada pisang montel,  ana pula teringin nak makan jambu batu. Beli juga buah mangga cokonan dan epal hijau.  Boleh buat jus nanti untuk iftar kan.






Masuk ruang bahan kering,  haa tadi kata nak masak western kan,  kena lah beli bawang holland.  Teringat pula ikan bilis kat rumah dah habis,  ceduk lah sikit.  Kami kalau beli ikan bilis ni berkira juga,  biar yang mahal sikit asalkan tak keras kan.  Tapi murah lah sini berbanding tempat yang selalu kami beli sebelum ni.  Ana juga ambil beberapa biji ubi kentang murah ya amat cuma RM2.30 sahaja.






On the way ke kaunter boleh lak singgah kat barangan tin.  Adik suka buat koktail buah.  Tengok produk jenama Trader's Choice kat sini pun boleh tahan juga murahnya. Ana ambil laici, longan, susu cair dan susu pekat.  Macam-macam juga produk Trader's Choice ni rupanya  contoh ada jem,  minuman coklat malt,  coffee 2 in 1 pun ada.  Baru ana tahu.






Dah nak penuh troli,  pii laa queue kat kaunter nak bayar. Tuu diaa.. Semua barang yang ana sebut tadi cuma sekitar  RM150 sahaja. Wahh jimat dah nii. Seminggu punya bajet masak In Shaa Allah.  Bayangkan kalau ana ke kedai runcit sehari je dalam RM30 lebih.  Nii cukup stok dah tak yah ke kedai seminggu lebih kan. Lengkap lak tu menu ada lauk, buah, sayur dan barangan kering. Alhamdulillah.










Balik rumah seronok duk kemas petiais. Susun buah atas meja makan. Dan petang tu kami iftar masak chicken wings ala Korea dengan mash potato , jagung rebus,  onion rings dan wedges. Haa sebab tak makan nasi kan kami gantikan dengan ubi kentang yang duk borong tadi tu.








Air pula ana buat air longan campur sirap gula perang. Sejuk je tekak. Isi longan Trader's Choice ni pun besar-besar dalam dia.  Buah potong ana potong sahaja buah mangga cokonan tadi.  Alhamdulillah manis.



Sahur pula ana buat udang goreng tepung makan dengan nasi goreng. Ye laa kan dah iftar tak makan nasi sahur kena lah ada nasi buar alas perut.  

Jadi itu lah kisah ana ke pasaraya segar Segi Fresh yang nak dikongsi kan dengan korang. Tapi serius memang jimat dan yang penting produk segar-segar sesuai dengan namanya Segi Fresh sebab ia memang fresh.



Korang pii laa mana-mana cawangan yang berhampiran naa.  Try tengok macam mana setuju tak dengan ana.  Kita kena bijak kan dalam berbelanja ni.  Tapi jangan sebab nak jimat kita abaikan khasiat dan kesegaran dalam setiap menu yang di sajikan khasnya buat insan yang kita sayangi.  Ana yakin untuk mereka yang ada bisnes katering, kedai makan pun pasti akan ke Segi Fresh untuk mendapatkan stok produk kering dan basah secara harga borong. 

8 Comments

  1. Seronoknya kak ana shopping kat Segi Fresh..kat seremban takde..kalau ada best shopping barang basah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah berbaloi shopping barang basah di Segi Fresh ni SA, segar dan murah2 :)

      Delete
  2. syoknya tgk shopping kt pasar segar segi tu...murah2 ye...haus plak tgk air longan tu..fav

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe sedap tu mama air longan kak ana tu :)

      Delete
  3. Nak cuba longan dialah.. besar besar saiz buah longan tu..mengancam..

    ReplyDelete