Resepi dan cara masak Rendang Daging Hitam

Masya Allah.. inilah antara menu kesukaan ana kalau jumpa di majlis perkahwinan. Rendang Daging Itam kami panggil. Tak tahu lah kat tempat lain panggil apa kan. Rasa dia memang sedap dan ianya hitam sebab menggunakan kicap sebagai bahan utama. Lama dah nak cuba sendiri masak tapi macam belum ada keberanian. 

Rendang daging hitam 


Selesai event di Pasaraya Segi Fresh hari tu, ada ana ambil daging batang pinang dalam sekilo juga. Sebelum ni ibu saudara ana Cu Ijan, ada kongsikan resepi cara nya masak daging rendang itam ni. Ana siap star kan dalam whatsapp group Piknik Jom kami tu. Dan tengahari Jumaat yang lepas, selesai solat Zohor, terus ana mulakan proses nak buat rendang daging hitam ni. 

Ana kongsikan semula di sini sebagai rujukan ana sendiri di masa depan, dan manalah tahu ada manfaatnya juga buat mereka yang terjumpa entri ini dalam carian nak cari resepi masak rendang daging hitam ni boleh cuba versi Cu Ijan yang ana guna pakai ni, kan. In Shaa Allah.

Resepi dan cara masak Rendang Daging Hitam

1 kg daging *
Cili kering ( ikut tahap kepedasan masing-masing ) *
Bawang merah *
Bawang putih *
Halia *
Serai *
Lengkuas *

~ Hiris semua bahan di atas dan blend tapi jangan terlalu hancur

kerisik 
gula merah dalam sesenduk
kicapTamin 
Santan pekat ( dalam semangkuk )


Bahan perapan rendang daging hitam 


~ Hiris nipis daging dan perapkan bersama semua bahan di atas tadi dalam masa sejam atau lebih. 

~ Bawang merah dan bawang putih - hiris halus 

~ Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih. 

~ Masukkan perapan daging tadi dan biarkan masak sampai empuk. Boleh tambah air jika terlalu kering sedikit demi sedikit. 

~ Bila dah empuk baharulah masukkan santan pekat  

~ Masukkan kerisik dan hati-hati jangan masukkan garam kerana kicap pun dah masin. Boleh lah rasa kan sedikit dahulu kan, tambah garam hanya jika perlu sahaja. 

~ Biarkan mendidih dan kering mengikut kepekatan yang korang inginkan. 

~ Siap lah satu menu yang sedap pada citarasa ana, Alhamdulillah. 


rendang daging hitam sebelum kering sepenuhnya 


Tambah sedap kalau makan dengan acar timun, salad orang kita Melayu ni kan. Mudah sangat nak buat acar timun ni. Hiris kan timun, lobak merah, bawang merah dan cili api. Gaulkan bersama sedikit cuka masakan, rasakan dengan garam dan gula. Siap. Nak sedap buh dalam peti ais seketika sebelum makan. Cukup dah dua menu ni makan dengan nasi tak payah lauk lain dah, In Shaa Allah bertambah nanti. 



Acar timun 

Resepi dan cara masak Rendang Daging Hitam Resepi dan cara masak Rendang Daging Hitam Reviewed by AJ on May 28, 2019 Rating: 5

16 comments:

  1. Sedapnya kak ana...macam sennag je nak buat ni..SA nak cuba la

    ReplyDelete
    Replies
    1. senag in shaa Allah SA, tapi tak pedas lah ye hehe :)

      Delete
  2. not a fan rendang but looks soo good !

    ReplyDelete
  3. kalau lauk ni..mahu bukak tutup saji kak...meratah je kejenya...ehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Sha, memang sedap makan meratah macam tu jer :)

      Delete
  4. Tiap2 tahun pn is3 buat rendang hitam daging kambing

    ReplyDelete
    Replies
    1. daging kambing, Subhanaallah lagi la sedap WP :)

      Delete
  5. nanti nak buat menu org mai beraya lerrrrr

    ReplyDelete
  6. sedapnya rendang daging masak hitam tu

    ReplyDelete
  7. Sedapnya.. Save dulu.. daging ada tu, nak cari bahan lain je..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.