Antara Longan dan Laici, yang mana lebih sedap ?

Kalau tanya ana, antara longan dan laici mana yang lebih sedap, pilihan ana ialah longan. Longan ni adalah buah mata kucing dan laici pula dari buah laici lah kan. Ana suka minuman longan berbanding laici kerana isi buah longan dalam tin ni selalunya ia lebih keras dan agak kurang manis berbanding isi buah laici yang agak lembik. Dari segi rasa pun ada beza sikit antara keduanya. Longan kurang manis kalau di bandingkan dengan laici. Tapi terpulang lah pada selera masing-masing. Tak ada siapa marah pun korang suka minuman mana sekali pun asalkan ianya mempunyai logo Halal yang di yakini, kan. Halalan Toiyiban, itu yang paling penting kerana makanan dan minuman ni jadi darah daging kata orang tua-tua. 

Kalau membuat air longan ni, ana suka gunakan air gula merah sebagai bahan pemanisnya. Bukan gula merah buat kuih tu, tapi brown sugar atau gula perang tu. Air nya akan jadi manis-manis buah je dan akan ada sedikit rasa kelainan berbanding dengan menggunakan air gula putih ni. Haaa.. lagi pun kalau kita beli minuman air longan di pasar malam atau gerai pun depa bancuh dalam gula merah juga kan sebab tu air mata kucing tu warna hitam. Cumanya kalau yang kita bancuh di rumah tu jadi warna perang sahaja lah macam yang ana bancuh di bawah ni. Sedap tau, korang cubalah nanti. 




Untuk air laici pula, selain dari bancuhan air yang biasa dengan air gula tu, ana suka pelbagaikannya seperti air lemon laici ni. Bancuhan air laici dan air gula pastu hiriskan lemon dan perahkan sedikit jus lemon ke dalamnya. 




Selain itu sedap juga dijadikan air buah tembikai laici atau pun yang viral sekarang ni minuman detox dengan laici yang di campurkan dengan pudina dan serai serta lemon dan asam boi. Semua pun sedap-sedap berbanding dengan bancuhan laici plain kan. Macam yang ana nyatakanlah, terpulang pada kreativiti dan selera masing-masing. Boleh sahaja kita mencipta resepi menu baharu dengan mencuba mencampurkan dengan pelbagai pilihan bahan. Korang pula suka longan ke laici ??? 

Antara Longan dan Laici, yang mana lebih sedap ? Antara Longan dan Laici, yang mana lebih sedap ? Reviewed by AJ on June 10, 2019 Rating: 5

5 comments:

  1. Husband saya pun suka longan lagi daripada laici kak ana. Sebab buah laici tu isi die lebih sedap dan tak pecah pecah lembik

    ReplyDelete
  2. Dua-dua kegemaran PC ni kak..cuma longan ni lebih rangup..laici macam akak kata lebih lenbik isinya..

    ReplyDelete
  3. Sha suka dua-dua.. Tapi macam kak ana cakaplah longan dia lebih pejal dan laici dia lembik sikit.. Buat air longan pun sedap juga petang nie..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.