Alhamdulillah, apa sahaja yang baik akan ana cuba kongsikan bersama. Kalau lah korang perasan apabila ada sahaja produk terbaharu dari Safi Malaysia, pasti ana berkesempatan untuk mencubanya sendiri. Dari awal usia muda dahulu lagi ana pengguna tegar SAFI hinggalah ke saat ini masih kekal dengan SAFI. Bukan apa, faktor utamanya pastilah ia mudah untuk di beli dari mana-mana farmasi atau pasaraya berdekatan. Keduanya ia salah satu produk yang sesuai dengan kulit ana dan SAFI sendiri sentiasa berinnovasi menghasilkan pelbagai pembaharuan formulasi untuk rangkaian produk mereka. SAFI juga adalah produk yang selamat dan sehingga hari ini belum ada yang mendapat kesan tidak baik dengan penggunaannya, setahu ana lah kan. Cuma keserasian pada wajah seseorang itu sahaja yang perlu ada untuk memberi kesan yang baik dengan penggunaannya.

Ana menggunakan rangkaian pembersih wajah SAFI ni terdiri daripada pencuci wajah, penyegar (toner) dan pastilah di lengkapkan dengan pelembab wajah (moisturizer) . Tiga serangkai ini adalah rutin wajib pada ana sepanjang usia ni, apatah lagi bila kian hari kian tinggi umur di pinjamkanNya. Begitu juga lah dengan wanita di luar sana kan, 3 serangkai ini lah yang harus di gunakan setiap hari untuk memberi kebersihan dan perlindungan pada wajah seharian. 






Terbaharu, ana di perkenalkan dengan SAFI BALQIS OXYWHITE WHITENING HYDRATING LOTION , produk terbaharu dari rangkaian SAFI BALQIS OXYWHITE. Dan apa yang amat membuatkan ana tertarik ialah ianya adalah formulasi gabungan penyegar & pelembab dalam satu langkah. Wahh!! Pastilah lebih mudah dan jimat kan. Selepas membersihkan wajah, terus sahaja sapukan SAFI BALQIS OXYWHITE WHITENING HYDRATING LOTION tanpa perlu lagi dua produk penyegar dan pelembab dah. Jimat belanja , jimat masa. Terima kasih SAFI atas penghasilan produk yang amat relevan untuk kami wanita masa kini. 


SAFI BALQIS OXYWHITE WHITENING HYDRATING LOTION




Apakah kelebihan Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion ini yang perlu kita tahu ? Jomm ana nak cerita sikit dengan korang semua....


SAFI BALQIS OXYWHITE WHITENING HYDRATING LOTION adalah gabungan formulasi penyegar & pelembap dalam satu langkah untuk penjagaan kulit yang ringkas namun memberikan kesan lembapan yang optimum. Safi Balqis OxyWhite Losyen Pencerah Menghidrat bertindak:

• Memberikan 2x penghidratan*dan kesegaran dengan satu penggunaan.

• Meningkatkan rintangan perlindungan kulit untuk mengunci lembapan secara mendalam dan optimum sepanjang hari dengan 5 jenis Hyaluronic Acid

 Macro Hyaluronic Acid

 Nano Hyaluronic Acid

 Bio-Hyaluronate

 Oligo-Hyaluronic Acid

 Super Nano Hyaluronic Acid

• Mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit

• Mencegah kulit menjadi gelap akibat radiasi infrared (IR) dengan pelindung IR.OXYWHITE = NANO OXYGEN + NANO BIOWHITE

Nano Oxygen membebaskan oksigen tambahan ke dalam epidermis kulit agar segar, bermaya dan berseri manakala Nano BioWhite memperlahankan kesan pembentukan pigmentasi untuk tona kulit sekata dan cerah sempurna.





Ana menggunakan SAFI BALQIS OXYWHITE WHITENING HYDRATING LOTION WITH IR PROTECTION dua kali sehari selepas mencuci muka. Pastilah di waktu pagi dan malam sebelum lena beradu untuk memberikan kelembapan pada wajah. Cara penggunaannya sama sahaja seperti menggunakan penyegar biasa kerana ia datang dalam tekstur cecair pekat. Tuang kan ke atas tapak tangan atau facial cotton dan ratakan pada seluruh wajah. Ianya cepat meresap ke dalam kulit wajah tanpa ada rasa melekit. Ana suka juga kerana dapat merasa kedinginan pada wajah dan bauan yang sangat soft bila di pakai. 




Jadi bagi korang wanita di luar sana yang sebelum ini telah pun amat serasi dengan rangkaian produk SAFI BALQIS OXYWHITE, boleh lah bertukar kepada SAFI BALQIS OXYWHITE WHITENING HYDRATING LOTION WITH IR PROTECTION kerana ia telah pun menggabungkan penyegar dan pelembab dalam satu pemakaian sahaja. Hadir dalam saiz 100ml dan boleh didapati dari mana-mana farmasi dan pasaraya berhampiran. Boleh juga di beli secara online dari mana-mana platform jualan online tanahair. Layari sahaja ke www.safi.com untuk info produk rangkaian SAFI Malaysia. 


4 Comments