Trending sejak dari tahun lepas lagi rasanya gubahan bunga orkid menjadi buruan untuk hiasan dekorasi dalam ruang tamu rumah. Ke mana sahaja, pasti terpandang sepasu gubahan bunga orkid menjadi penyeri ruang dalaman rumah-rumah. Memang cantik dan berseri sangat. Namun harga untuk sepasu orkid ni bukanlah murah. Bergantung pada kualiti bunga orkid itu sendiri. Ada sahaja yang murah namun kualiti nya pun setanding harga lah kan. Tak termasuk kos pasu dan upah gubahannya lagi. 




Ana dan suami dah survey banyak kedai bunga dan pasti akan dapati perbezaan harga untuk setangkai bunga orkid ni mengikut kualitinya. Di Kaison contohnya setangkai kami dapati pada harga RM16 lebih kurang, di SSF pula sekitar RM35-45 dan di Romantika pula antara RM15-17 macam tu. Juga terdapat di jual di kedai-kedai bunga siap dengan gubahan di jual antara RM80-RM300 . Semua pun mengikut kreativiti dan kualiti bunga orkid. Jenis yang paling cantik dan mahal pastilah yang jenis latex dan fabrik. Kalau plastik tu murah lah, tapi tak berapa cantik dan tak real sangat. Tapi kalau hat tu sahaja bajet korang, okay je kan. Ikutlah kemampuan masing-masing, janji ada minat dan keinginan untuk menghias ruang rumah kerana rumahku syurgaku.



Ana akhirnya memilih 4 tangkai bunga orkid berwarna krim di Romantika , Selayang Mall untuk di jadikan gubahan bunga orkid. Nak jimat kami gubah sendiri selepas melihat beberapa tutorial di Youtube dan kebetulan di Romantika itu sendiri sedang menggubah bunga orkid pasu ni. Jelas sangat lah kan dah depan mata. Dan ana suka untuk kongsikan semula di sini untuk kita semua mencuba gubah sendiri mengikut bajet sendiri. Jommssss..



Tutorial & Cara Menggubah Orkid  



Bahan-bahan yang diperlukan

Beberapa tangkai bunga orkid - ikut pilihan masing-masing dan saiz gubahan yang di kehendaki
Daun bunga orkid - ana beli di Romantika ( satu pek ada 3 helai bercantum RM4 ++)
Lumut kering - ana guna dua plastik
Daun hiasan tambahan jika perlu
Batang buloh atau plastik untuk mengikat tangkai orkid supaya tegak
Dawai pengikat - boleh beli di kedai barang hantaran atau kedai bunga
Gam putih - boleh beli di kedai buku
Pasu
Span kering - ana guna dua ketul



Tutorial & Cara Menggubah Sepasu Bunga Orkid



1. Potong span kering mengikut saiz pasu dan isikan sehingga penuh permukaan pasu.




2. Picitkan gam putih dan ratakan di atas span kering untuk melekatkan lumut kering di permukaan pasu sepenuhnya. 




3. Tepekkan permukaan pasu dengan lumut sepenuhnya dan biarkan kering. 



4. Pacakkan tangkai bunga orkid mengikut idea gubahan masing-masing. Ana menggunakkan 4 tangkai bunga orkid dan pacakkan di empat penjuru di bahagian tengah pasu. (Abaikan karpet kami yang bergulung tu ye sebab nak buat kerja gubahan ni nanti habuk span kering dan lumut tu bertabur melekat kat karpet, sebab tu kami gulung hehe ) 




5. Ikat bahagian batang bunga orkid dengan buluh kecil atau pun batang plastik untuk mempastikan batang tangkai bunga orkid kita tegak berdiri dan mudah nak lenturkan bunganya nanti. Kalau tak tangkai bunga orkid ni akan tumbang kerana ianya ringan. Ikat dengan dawai halus pengikat tu sahaja. 



6. Dibahagian dasar pasu, pacakkan daun orkid memenuhi ruang permukaan lumut dan boleh lah kalau nak tambahkan daun hiasan lain mengikut kreativiti masing-masing. Semua tu sebagai kemasan bahagian bawah pasu dan untuk mencantikan gubahan dan agar nampak asli dengan daun orkid serta akarnya. 





7. Lenturlah bunga orkid mengikut sudut yang ingin di letakkan. Dan siaplah satu gubahan bunga orkid viral tetapi dengan cara kita sendiri malahan dengan kos yang jauh lebih murah. Sepasu gubahan di atas tu termasuk pasu lebih kurang RM100 lebih sahaja. 

Gubahan orkid ini sesuai diletakkan sebagai centre piece di ruang rumah dan biarkan ia sahaja untuk satu sudut. Dan pilihlah warna yang senada dengan paduan warna dalam ruang rumah kerana tips dekorasi yang cantik adalah tidak terlalu banyak warna dalam satu-satu ruang. Paling banyak pun cukup 3 warna yang senada kalau tak jadi caca marba dah ruang kita nanti kan. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat, In Shaa Allah. 

8 Comments

  1. Orkid tiruan ada yang sangat halus buatan nya nampak macam bunga asli.
    Buat sendiri gubahan lebih memberi kepuasan hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada harga akan ikut gred bunga orkid , macam2 pilihan ikut bajet masing2 kan :)

      Delete
  2. Kalau pandai deko sendiri memang jimat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak jimat dan boleh ikut bajet sndiri WP :)

      Delete
  3. tq for this tuto, AJ.
    last weekend ke Nilai3.
    beli karpet.
    ada la round jugak ke kedai bunga.
    konon nak beli pokok pisang viral, tapi x jadi.
    kemudian kemudian nanti.
    ternampak la pekedai tu sedang gubah orkid.
    hmmmm nampak mudah.
    aida takut nanti, bila aida yg tukang gubah nyer, tak menjadi! ha ha ha ha ha :)
    nak beli yg da siap, mahal ekk! lebih RM200 kalau yg cantik2 tu hu hu hu hu hu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je aida cuba je hehe , in shaa allah jadi, betul harga dah siap gubah memang mahal, kalau dapat orkid yang gred baik tak apa juga takut harga tak setanding gred bunga orkid nya :)

      Delete