Apa istimewanya makan di BBQ Lamb KL Kemensah ?
Sebelum ni ana selalu terlihat ramai yang update di media sosial malahan di kaca tv makan-makan dalam sungai di BBQ Lamb KL Kemensah ni. Alaa.. tempat yang makan dalam sungai tu laa, Siapa sangka akhir nya kami sekeluarga pula di rezeki kan menikmati dan mengalami sendiri pengalaman makan di situ. Dah lama suami menyimpan hasrat nak bawa kami sekeluarga makan di situ, Alhamdulillah... hari Selasa lepas rezeki kami menjamu selera makan malam di dalam suasana yang amat berbeza. Jom ana nak kongsikan pengalaman kami makan malam di BBQ Lamb KL Kemensah.
Kampung Kemensah ni tak asing sangat bagi kami kerana sebelum ni kami tinggal di Ukay Perdana. Kampung Kemensah bersebelahan sahaja dengan Ukay Perdana, betul-betul jalan masuknya di sebelah pintu utama Zoo Negara tu. Terus masuk ke dalam selepas Taman Zoo View korang sampai lah ke perkampungan Melayu itu lah Kampung Kemensah. Memang unik sangat kawasan Kampung Kemensah ni kerana di situ juga terdapat air terjun untuk mandi manda. Cuma ana belum pernah sampai ke situ. Seronok kan, sebuah perkampungan Melayu yang agak tradisional namun terletak di bandaraya Kuala Lumpur. Dan di situ lah lokasi BBQ Lamb KL Kemensah yang viral tu.
Kami bertolak dari Rawang lepas solat Asar dan memang bercadang nak makan malam di sana untuk menikmati suasan malam yang berbeza. Jemu juga kan, asyik makan malam di pusat membeli belah tak pun kedai tomyam atau restoran makanan segera. Bila dapat peluang makan malam di dalam sungai dengan deruan air yang mengalir ni, teruja ya amat rasanya.
Apa istimewanya makan di BBQ Lamb KL Kemensah
Kami sampai ke BBQ Lamb KL Kemensah dalam jam 6:30 petang. Sampai di kaunter , di sambut mesra oleh staff dan kami di beri pilihan untuk makan di dalam sungai ( River Dining ) atau pun di daratan ( Riverside ) . Dua-dua port lepak tu pun cun-cun. Anak-anak teruja nak makan dalam sungai, lagi pun ada dua meja kosong di bawah tu.
Kami di berikan cadangan menu BBQ set untuk 4 orang, rambang mata juga nak pilih sebab ada set Skewer, set Seafood (makanan laut), set Fish (ikan), set Bird ( burung puyuh) , set Mix Meat ( campuran daging, kambing dan ayam) dan couple set pun ada untuk 2 orang makan serta lain-lain menu. Kami memilih set Mix Meat yang di sertakan dengan 4 pinggan nasi herba, 4 koktail buah-buahan, sup, 4 jenis sos, buah-buahan segar, salad sayuran dan 1 jug minuman teh o ais lemon. Set ini berharga RM 150 sahaja.
Sementara menunggu hidangan di hidangkan, suami dan anak-anak seronok mengharung air sungai yang cetek mengalir di kawasan meja makan. Lama dah tak harung air sungai yang jernih macam ni. Rindu pula zaman kanak-kanak dahulu di kampung ana Teluk Intan, belakang rumah arwah Tok tu sungai lah. Cuma air sungai di BBQ Lamb KL Kemensah ni jernih dan cetek tapi sungai di kampung ana dulu tu dalam, jangan main harung, hanyut entah ke mana nanti.
Suasana di persekitaran BBQ Lamb KL Kemensah ni teduh dan mendamaikan sekali. Deruan air, angin yang berhembus dingin maklumlah di kelilingan pokok-pokok dan di atas kawasan agak berbukit , sejuk lah kan. Alhamdulillah tak hujan kalau tak tak dapat lah makan malam di kawasan terbuka macam ni. Juga terdapat kolam buatan dengan air terjun buatan di bahagian atas sungai. Ermm.. kat situ cantik juga persekitarannya, sakan Kak Long berselfie.
Tak lama lepas tu, sampai lah set hidangan kami ke meja. Wahh!! Teruja tengok set BBQ Mix Meat yang terhidang dalam dulang. Serius banyak tau, memang kenyang dan cukup untuk 4 orang makan. Ada BBQ ayam (chicken grill), daging itik salai ( smokey duck ),ada BBQ daging (beef tenderloin ) dan pastilah ada BBQ kambing (lamb grill). Kan nama pun BBQ Lamb semestinya tumpuan kami nak makan BBQ kambing lerr .
Dengan lafaz doa makan dan Bismillah.. kami pun santap lah hidangan yang lazat ni di dalam sungai yang mengalir. Usah risau airnya cetek sahaja, hat separuh betis je. Sejuk pulak tu lagi lah laju je menyuap makanan ke mulut ye tak. Ada 4 sos pilihan untuk kami jadikan pencicah. Ana paling suka sos mayo dengan mint ( pudina ) tu, suami pula suka cicah dengan sambal kicap, tekak Melayu sangat kan.
Sambil borak-borak selesai menu utama, dah hampir waktu Maghrib, kami ke surau di bahagian atas. Haa masa suami ke surau, kami minta lah staff tolong angkat kan menu pencuci mulut ke wakaf di Riverside kat atas pula nak sambung makan, bukan apa takut hanyut lak dessert kami kan. Lagipun dapat lah merasa makan kat wakaf tepi kolam air terjun pula lepas ni, sebab sebelum ni ruang makan di situ ada pelanggan lain.
Kami sambung menghabiskan pencuci mulut dan buah-buahan di atas pula. Barulah best dapat makan di dalam air dan juga di wakaf tepi air terjun, berbaloi datang jauh-jauh. Tapi nasib lah kan, sebab wakaf tu kebetulan kosong, rezeki namanya. Cuma ana cadangkan pada tuan pemilik BBQ Lamb KL Kemensah ni kalau boleh asingkan surau lelaki dan wanita, sebab hanya ada satu surau, jadi kami kena tunggu selesai lelaki solat baru kami dapat solat. Boleh kan Tuan Zainuddin, hehe 😉😉
Kebetulan ana sempat juga berkenalan dengan Tuan Zainuddin dan isteri ketika di sini, rupanya orang Ipoh. Ate orang Perak, sekapei ler kami. Bangga sangat dengan pencapaian Tuan Zainuddin merealisasikan sebuah idea yang unik dengan menikmati makanan menu BBQ di dalam sungai ni. Memang rare dan amat unik. Tahniah, semoga perniagaan tuan akan terus sukses dan berjaya , Aamiin In Shaa Allah.
Jadi, kalau korang teringin nak menikmati hidangan BBQ pelbagai pilihan, dalam suasana yang santai dan nyaman di kawasan perkampungan Melayu, bawa-bawalah singgah ke BBQ Lamb KL Kemensah ni. Hidangan pun sedap, berbaloi dan yang awesome suasana yang berbeza. Boleh lah nak raikan bersama keluarga atau pun kengkawan.
Kalau korang nak bawa anak-anak pun okay jer kawasan ni bukanlah dalam hutan pedalaman. Di sekitar perkampungan Melayu, seberang jalan tu pun ada surau dan rumah-rumah penduduk. Cuma jalan masuk tu biasa lah jalan kampung berbukit jadi agak sempit lah bila berselisih kenderaan. Ruang parkir pun ada di sediakan dan percuma je.
Korang boleh sahaja datang untuk makan tengahari atau pun mulai Ramadan lepas BBQ Lamb KL Kemensah telah mula beroperasi sebelah malam. Haa!! Cuma kalau hujung minggu tu menurut staff kat sini, kena lah bersabar menanti kerana selalunya full house. Datang awal atau boleh sahaja rsvp dahulu sebelum datang kan, takut kempunan pula hehe 😊😊
Ana sertakan serba sedikit info yang ana ambil dari laman FB Bbq Lamb KL Kemensah .
*Waktu operasi*
*Isnin-Khamis*
12pm~10pm(last order 9pm)
*Jumaat.*
4pm~10pm(last order 9pm)
*Sabtu, Ahad & Cuti Umum*
Sessions 12pm~2pm
Sessions 2pm~4pm
Sessions 4pm~6pm
Sessions 6pm~8pm
Sessions 8pm~10pm
Pilihan makan di *Riverside* dan *River dining* sepanjang waktu operasi.
Sebarang pertanyaan atau rsvp klik:
lokasi : https://goo.gl/maps/YxpwHeR9j6p
12 Comments
sangat menarik
ReplyDeletesimpan next
menarik dan unik Anum, boleh lah ke sini nanti :)
DeleteDah banyak baca review org tentang tempat ni..
ReplyDeleteteringin juga ni nak pergi...
Pii laa Nieyl, rasai suasana makan yang berbeza :)
DeleteBest kan dinner dekat sini.. liez dah pergi hr tu tapi xde lg dinner dlm air lagi..
ReplyDeletesekarang ni dah buka untuk dinner lak liez unik kan :)
DeleteMakin lama makin besar and menarik tempat ni.
ReplyDeletebetul tu Aisya banyak peningkatan di sini sekarang :)
DeleteSA dah 2 kali makan kat sini..memang best dan rasa nak repeat lagi lepas baca review kak Ana ni...
ReplyDeletejom la SA, repeat lagi hehe :) ada menu2 baharu tu
Deleteteringin nyer...
ReplyDeleteyg pasti kalau aida gi, Ijat takkan nak makan punyer.
mesti dia leka main air, AJ.
surely lencun dia nanti ha ha ha ha...
boleh je nak mandi, kena bawa baju spare nanti Aida :)
Delete