Musim durian kembali nampaknya, kalau dulu nak makan durian ni sekali setahun je baru dapat merasa tapi sekarang ni Alhamdulillah, setahun beberapa kali munculnya musim durian. Kalau bukan dari tanahair sendiri durian dari negara jiran. Cuma harga lah sekarang ni antara yang mahal untuk di nikmati. Bila bermulanya trend jual durian timbang kilo ni harga pun boleh tahan. Cuma yang agak terkilan bila yang dibeli tak setanding harga yang di bayar. 


durian kampung 


Sepupu ana terkena juga beli durian timbang dalam 4 biji saiz tak berapa besar dalam RM50 juga lah, sekali bila buka dua biji je yang boleh di makan dua lagi rosak dah isinya.. Sedihkan bila terkena macam ni. Sebab tu baru-baru ni viral kisah seorang penjual yang jual durian timbang isi buah duriannya sahaja. Walaupun mahal tapi sah-sah isi nampak elok atau tidaknya kan. 


cendol durian 


Di rumah ni suami dan anak-anak sahaja yang gemar makan durian. Ana ni walaupun orang Perak jati tapi kurang menggemari durian, tapi kalau tempoyak tu lajuu. Macam-macam lah kan. Dulu kalau di kampung arwah mertua tu banyak pokok durian, setiap kali musim mesti arwah mak dan ayah call suruh balik ambil durian, siap bawa balik ke rumah sedekah jiran-jiran. Tapi sejak arwah dah tak apa ni, pokok durian pun dah tak berapa nak berbuah. Tak berjaga agaknya, Waallahu a'lam. 


serimuka durian 


Durian ni sedap di makan mentah terus, ada yang suka dijadikan serawa atau kuah durian. Dan yang paling popular pulut durian lah kan. Kalau dapat pulut susu tu lagi lah sedap, cukup lemak berkrim lah kan. Pulut durian ni makan dengan santan, selalunya ana masak dahulu santannya hingga mendidih. Lagi pekat lagi sedap. 


pulut durian


Masa kami kecil-kecil dahulu arwah tok ana suka makan nasi durian. Pernah dengar tak ? Ye, isi durian tu di makan dengan nasi, bubuh juga santan pekat gaul dan makan. Alaa.. sama je lah kekdahnya macam makan pulut durian ni cuma bezanya nasi sahaja lah. 


bubur kacang durian 

Sekarang ni Alhamdulillah pelbagai menu terhasil dari durian ni, seri muka durian, bubur durian, cendol durian, asikrim durian , crepe durian dan macam-macam lah. Pastinya semua tu sedap bagi peminat durian. Cuma jangan lah makan berlebihan ye dak :) Sebab apa sahaja yang kita makan berlebihan ni pasti akan mengundang mudarat pada tubuh, bersederhana sahaja lah dalam apa juga yang kita lakukan di atas mukabumiNya ni.. In shaa Allah selamat dunia akhirat.. Aamiin. 

24 Comments

  1. Paling sedap serimuka durian tu haaaa kalau di beri pilihan ...sedapnyaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu SL kalau dapat yang betul2 kaw tu memang sedap ya amat kan :)

      Delete
  2. semua berkaitan durian sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha peminat tegar oyan Anum ni rupanya :)

      Delete
  3. skrg ni dah banyak menu yg berasaskan durian kan.. seri muka durian pun sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap kan Dilah seri muka durian ni :)

      Delete
  4. paling sedap serawa durian.. emmm nyummyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap juga makan dengan roti jala atau pun pulut kan MD :)

      Delete
  5. Bubur kacang durian makan dengan biskut tak pun roti..sedapnya laaaaa.

    ReplyDelete
  6. Kalau durian fresh, lebih enak dimakan begitu sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha khas buat peminat durian tegar nii Wak :)

      Delete
  7. Mrs. A suka serawa durian dimakan dengan pulut.

    Kuih serimuka durian tu nampak sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ikut kan rasa nya sama jer kan MRS A gabungan pulut santan dan durian keduanya :)

      Delete
  8. Nieyl kalau durian suka makan camtu, ataupun dlm cendol dan serawa selain dari tu x berapa suka sgt...

    ReplyDelete
  9. Semua sedap menunya kalau berkait dengan raja buah ni kan Kak Ana.

    Yang serimuka durian tu belum pernah cuba lagi ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap juga seri muka tu Rubiah :) nanti boleh la cuba ye :)

      Delete
  10. Kalau kat kat kampung...makan nasi putih, susu cair tambah sikit garam dan gula! Memang sedap..x caya ley try....hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah juga makan dengan nasi tapi kami makan dengan santan KN :)

      Delete
  11. Semua pernah try kecuali kuih seri muka durian tu. Sedapnyaa!

    ReplyDelete
  12. sabtu lepas, dpt makan seri muka durian, AJ.
    syurgaaaaa...
    mr.asben order kan kat opismet dia. sedap!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann Aida, sedap ya amat kan seri muka durian ni :)

      Delete