Dunia tanpa sempadan masa kini, menjanjikan segala informasi di hujung jari. Boleh dikatakan kebanyakan dari penghuni bumi kini mencari rujukan dan sumber dari internet. Bukan kerana apa, alasannya satu iaitu mudah di capai. Dengan satu klik semua yang kita perlukan muncul di hadapan mata. Cuma perlu kewarasan dan kebijaksanaan akal untuk menilai adalah ia benar atau tidak. Oleh itu amatlah penting sebagai pelayar internet kita perlu tahu dari mana sumber yang sahih dan boleh di jadikan rujukan untuk kita guna pakai dalam realisasi kehidupan. 

Baru-baru ini, ana diperkenalkan dengan satu laman web yang ana yakin dan percaya ianya adalah sebagai salah satu hub rujukan dengan pelbagai informasi khususnya buat kita kaum wanita. Sambil skroll satu demi satu artikel yang di terbitkan, Alhamdulillah ia nya amat baik dan bermanfaat untuk kita wanita ni lah. Tulisan yang baik, tidak ada provokasi dan informasi yang di sampai adalah bernas. Laman web yang ana maksudkan itu ialah Bidadari.my . Apa yang menarik tentang Bidadari.my ini ? Jom ana cerita serba sedikit dan selepas itu korang bolehlah layari sendiri , pasti melekat punya lah dengan pelbagai kategori artikel terbitannya.




Apa istimewanya website di Bidadari.My ? 


Ia merupakan sebuah laman web untuk bacaan umum tetapi pada ana ia lebih menyampaikan info dan panduan serta tips berguna khasnya kepada kaum wanita. Merangkumi beberapa topik asas antaranya Keluarga, Kesihatan, Resepi, Petua dan Tips. Segala info dan tips yang pastinya lengkap untuk menambah ilmu dan pengetahuan dalam menjalani rutin seharian kita sebagai wanita, isteri dan ibu. 




Ana tertarik bila singgah pada topik di bawah label Keluarga tu.. Banyak kupasan menarik yang ana dapat dari terbitan artikel yang boleh di jadikan panduan untuk kita menjalani rutin kehidupan berfamili. 




Antara artikel yang menarik ialah 10 cara untuk mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak yang boleh kita cuba guna pakai dalam realiti kehidupan seharian. Turut di terbitkan beberapa entri mengenai Tips Kehamilan seperti buah apakah yang baik di makan ketika hamil, susu kambing untuk bayi sama ada ianya fakta atau sekadar mitos, masalah adab di zaman serba moden ni yang dikupas dengan cukup menarik dan banyak lagi lah yang harus korang layari dan baca sendiri. 




Tidak setakad tips kekeluargaan, Bidadari.my juga ada membicarakan tips Kesihatan untuk kita ambil tahu beberapa panduan penyakit dan kesihatan dari sumber tidak di ragui.



 Antara yang sempat ana tinjau ialah 10 sebab mengapa period lambat datang walaupun tidak hamil. Kupasan yang sangat menarik untuk kita tahu punca nya yang mungkin boleh memberi jawapan kepada persoalan kesihatan yang kita alami selama ni. Lain-lain terbitan yang tak kurang menarik ialah seperti Bahaya Kulit Ayam Untuk Wanita ( penggemarnya kena tahu ni ), Fakta Mengenai Appendiks yang Harus kita tahu dan sebagainya. 




Macam skema je :) Eh! Rilekss... Tungguuu.. Tak semua yang fakta-fakta sahaja di terbitkan di Bidadari.my ni :) Korang juga membaca artikel yang santai dan fun tau. Khasnya di dalam paparan Petua dan Tips . Banyak tips menarik yang di kongsikan antaranya pastilah tips kesukaan ramai, Travel dan Shopping. Paling ana suka ialah artikel 5 Jenama Handbag Yang Digilai Isteri. Haa !! Korang boleh lah share entri ini kat FB suami masing-masing, bagi hint gitu , kan menarik tu :) 




Di samping itu juga ada banyak petua-petua menarik untuk kita aplikasikan dalam rumahtangga. Ada petua Cara Melebatkan Rambut, Cara Memutihkan Gigi , Panduan Saiz Bra Yang Sesuai pun ada tau. Kan ana dah kata memang syok layan Bidadari.my ni. Tak percaya korang layari lah sendiri.




Tapi ana pasti pilihan topik kegemaran wanita pastilah Resepi . Usah risau Bidadari.my turut menerbitkan pelbagai resepi masakan harian dan yang rare untuk memberi idea dan inspirasi untuk kita kaum wanita menambah selera makan keluarga. Inilah istimewanya laman web ini yang merangkumi pelbagai aspek keperluan informasi khusus nya buat wanita dan keluarga. 




Dah selesai mentelaah pelbagai info menarik jangan lupa singgah ke kategori resepi, mana tahu ada idea baharu nak masak untuk keluarga dan tersayang. Korang pernah cuba masak ikan pari rebus atau kari udang ala India atau pun meggi ketam ? Haa!! Semua resepi ni korang boleh je dapat kannya di Bidadari.my



Jadi inilah dia ruang yang sesuai untuk korang semua dapatkan pelbagai info kekeluargaan, masalah kesihatan dan kehamilan, tips travel dan juga resepi-resepi eneka pilihan. Jangan lupa layari ke :

Laman web : 


7 Comments

  1. bagus ni..akk save siap² web ni :) tq sharing

    ReplyDelete
  2. X pernah pergi web ni lagi. Info yg sgt bagus. Lepas ni boleh save kat fon terus. Dok sesaje boleh baca. Tq ana for the info

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuu laa IL bila pertama kali buka dah macam tersuka nak following terus kan :)

      Delete