Dessert Thai Yang Sedang Viral - Cha Bang Ang Minuman Sedap
Sana sini lah orang ramai duk posting minuman boba pearl sekarang ni kan, macam-macam kisah di perkatakan. Minuman kesukaan ramai masa kini. Pada ana apa sahaja menu sama ada makanan atau minuman selagi kita tak ambil berlebihan In Shaa Allah tidak lah memudaratkan ya tak? Bersederhana dan tak berlebihan, lagi pun bukan murah pun harga segelas minuman-minuman viral ni.
Erm.. kalau korang suka minuman-minuman bersusu, ana baru-baru ni dah cuba pun buat minuman pencuci mulut Thai yang juga tengah viral tu, Cha Bang Ang namanya. Sedap tau, lemak manis dengan rasa susu, bahan-bahan pun mudah nak hasilkan, halal semuanya dan cepat je nak buat. Tak perlu boba pearl bagai cukup letak cincau dan biji selasih sahaja. Meh la ana kongsikan resepi dan cara buat Cha Bang Ang ni.. Korang cuba sendiri kalau sedap boleh dah di jadikan hidangan pencuci mulut ala-ala koktail gitu kan.. :)
Resepi dan cara buat Cha Bang Ang ( Thai Dessert )
Bahan-bahan yang diperlukan :
1 pek cincau ( potong dadu kiub kecil-kecil )
Gula karamel ( Didihkan 1 cawan gula perang + 1 cawan air )
3 sudu biji selasih ( Rendam dalam air panas hingga kembang ) - boleh juga gunakan chia seed
Ais kiub
Susu segar full cream 2 cawan
Susu cair 1 cawan
Susu pekat manis 3 sudu besar
Esen Vanila 1 sudu teh
Garam secubit
Cara buat Cha Bang Ang
Apa lagi campurkan semua bahan dan masukkan ais. Siap. Sedap dan sejuk pula tu.. Selamat mencuba naa...
8 Comments
mengancam betul.. kena cuba buat ini..
ReplyDeletesedap Sha cuba lah senang sangat ni hehe :)
DeleteSedapnya.... Rasa segar ja.
ReplyDeletesedap kak Mala :)
Deletetengok gambar pun dah terliur.. :)
ReplyDelete...
sedap tu ain :)
Deleteibuuu nape share gambar resepi lagi ni hahahaha.. sedapnya tengok dessert ni. betul kita setuju. nak try semua boleh tapi kena berpada.
ReplyDeletehehe sedap tau Amy kena try lemak manis je rasanya :)
Delete