Allahu.. sekarang ni Kak Long sedang mengikuti intern di Kuala Lumpur. Berulang-alik dari Rawang ke Kuala Lumpur setiap hari bekerja. Ia satu pengalaman baru buatnya, In Shaa Allah. Minggu pertama tak ada masalah sangat bila pergi dan balik dengan ayah. Tapi minggu kedua ni, bila ayah out-station, Isnin lepas Kak Long cuba naik KTM Komuter dari Putra ke Rawang. Buat masa ni memang ada gangguan jadual perjalanan komuter akibat kes kemalangan tren kargo di antara Kuang dan Rawang. Notis pun dah di war war kan social media bahawa akan berlaku kelewatan jadual antara sejam gitu.

Namun petang Isnin lepas, Kak Long naik tren jam 6 lebih tersangkut di antara stesen Sungai Buloh dan Kuang selama hampir dua jam. Naya sungguh kan, Maghrib entah ke mana kesian penumpang yang terkandas tak boleh nak pi mana-mana sebab ia antara stesen, kalau di stesen tu boleh juga keluar dan cari pengangkutan alternatif lain sama ada MRT atau ana ambil lah di mana-mana stesen tersebut. Nak tak nak sabar lah dalam tren dan akhirnya sampai ke stesen KTM Rawang dalam jam 9:15 malam lebih kurang. 





Ermm.. tak tahu nak cakap apa sebab KTM Komuter ni memang selalu sahaja ada kelewatan atau gangguan perjalanan, bukan sekali dua dah banyak kali bertahun dah rasanya sampai suami pun sanggup naik motor ke pejabat dari nak naik komuter ni. Macam-macam isu walaupun ianya tidak dapat di elakkan namun pengurusan agak mengecewakan. Tapi itulah sahaja pilihan pengangkutan yang ada bagi pengguna Tanjung Malim ke Pelabuhan Klang melalui Rawang dan sekitarnya untuk ke destinasi lain menuju ke Kuala Lumpur selain bas yang dua kali lima juga lah perjalanan operasinya. 

Untuk pengetahuan semua, sambil ana ikuti update terkini dari FB dan Twitter KTMB ni, ana dapati ada perubahan jadual perjalanan KTM Komuter terkini yang di update pada 22hb Julai 2019 hingga 4hb Ogos 2019. Ana nak kongsikan disini untuk rujukan mereka yang mungkin perlu menggunakan perkhidmatan KTM Komuter khasnya anak-anak yang belajar dan bakal masuk kampus semula tak lama lagi, ramai penuntut yang menggunakan komuter sebagai pengangkutan mereka balik ke rumah dan kampus khasnya dari Shah Alam ke Tanjung Malim. 

Bukan setiap jam ada tren sekarang ni, hanya pada waktu-waktu puncak dan tertentu kena selalu rujuk laman web KTMB atau pun social media KTMB untuk update terkini jadual perjalanan. Sehingga waktu entri ini di terbitkan jadual perjalanan adalah seperti yang tertera di pautan berikut : http://www.ktmb.com.my/TrainTime.html . Semoga kemudahan KTM Komuter akan dapat terus di perbaiki dengan lebih efesyen di masa hadapan demi keselesaan pengguna yang amat-amat memerlukannya. In Shaa Allah. 


0 Comments