Antara dessert kegemaran ana ialah puding koktail ni. Sedap sangat sejuk je masuk ke tekak sebagai pencuci mulut selepas menikmati juadah berat kan. Kalau rajin ana buatlah puding koktail ni dengan kastadnya tapi bila malas melanda jiwa raga, ana gantikan sahaja puding kastad tu dengan jelly sumi. Sedap juga hehe , kanak-kanak lah paling suka.

Menu puding kastad koktail ni resepinya kali ini ana minta dari sahabat lama yang juga ex-officemate masa ana bekerja di RB Setiawangsa dahulu. Tiap kali ada potluck, Rose suka bawa puding ni sebab memang laku habis dessert dia ni. Dan sekarang Kak Long pula sedang intern di RB, di bawah seliaan Rose, dan baru-baru ini, RB ada potluck, dan Rose siap bekalkan puding ni untuk ana di rumah. Dia kirim pada Kak Long, Allahu.. terharu sangat lah atas ingatan mu, mek Rose ku sayang. 




Rasa puding koktail kastad Rose ni masih sama macam dahulu lagi, lembut sangat puding kastadnya bila di makan bersama kuah susu dan mixed fruit tu. Alhamdulillah. Ana minta semula resepi Rose dan simpan di sini, esok-esok nak buat dessert ke boleh lah cari balik puding kastad koktail versi Rose ni. Dan boleh juga di jadikan perkongsian ilmu buat pembaca yang sedang mencari menu apakah yang sesuai untuk pencuci mulut atau potluck ? Korang boleh je buatkan puding kastad koktail sedap ni .. 

Resepi Koktail Puding Kastad


BAHAN A UNTUK PUDING KASTAD :

8 cawan air,
1 tin jagung creamer,
3/4 cawan tepung jagung,
3/4 cawan tepung kastard.
1/2 tin susu pekat.

Larutkn dulu tepung² tu dengan air supaya tak berketul. Panas dengan api perlahan. Kacau jangan  berhenti sampai  gelegak jap. Tuang dalam acuan.. Sejukkan. 


BAHAN B UNTUK KUAH :

2 tin susu cair... tambah sikit susu pekat untuk rasa manis. 

Panaskan kejap tapi jangan sampai mengelegak.

Makan bersama buah-buahan mixed fruit dalam tin tu, Allahu sedapnya. Selamat mencuba naa ..

2 Comments

  1. memang menu potluck ni kak.. senang dan cepat.. yg penting best.. hehe

    ReplyDelete