Kalau bab menu tengahari ni,memanglah pening nak fikirkan nak masak apa hari ni ye tak ? Ibu-ibu ni itulah masalah harian yang harus di fikirkan sepanjang hayat gamaknya, kata orang Perak. Pergi ke kedai Acheh pagi tu, setelah termenung seketika di depan tong-tong ikan warna oren, terpandanglah seekor ikan nyok-nyok yang sedang-sedang saiz nya. Selepas di potong dapatlah 6 bahagian , Alhamdulillah cukup untuk kami sekeluarga. 

Dah bawa balik, ada dua pilihan sama ada nak masak kari atau sup. Dua-dua pun sedap kalau di jadikan lauk dengan ikan nyok-nyok ni. Tapi anak ana Adik Ika tak berapa suka makan kari ikan, jadi ana pilihlah nak masakkan sup ikan nyok-nyok. Mudah nak buat cadangan masak kat rumah ni sebab ana ada stok Rempah Ratus Mak Siti. Terima kasih sangat kat Mak Siti bekalkan kami stok rempah ratus pelbagai masakan. Masih tak habis-habis lagi ni. 


Sup ikan nyok-nyok 


Daun sup, daun bawang dan bawang goreng pun masih ada , kena sangatlah guu nya nak masak sup ikan dengan Serbuk Rempah Sup Ikan Mak Siti. Mudah sangat nak masakkannya. Jom ana nak kongsikan khas buat pembaca kesayangan, resepi Sup Ikan Nyok-nyok dengan Serbuk Rempah Sup Ikan Mak Siti. Sempoi je resepi ni 😉😉

Resepi Sup Ikan Nyok-nyok




Bahan-bahannya :

Seekor ikan nyok-nyok ( dipotong kepingan kepala belah dua dan bersihkan sebaiknya )
1 peket Rempah Sup Ikan Mak Siti 
Ubi kentang atau lobak merah 
Halia 
Bawang putih
Bawang merah
Air secukupnya
Daun bawang
Daun sup
Bawang goreng 
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara masak Sup Ikan Nyok-nyok


1. Tumbuk atau blend bawang putih, halia dan bawang merah. 

2. Panaskan minyak, tumis bahan yang di blend tadi dalam periuk.

3. Bancuhkan sepeket Serbuk Rempah Sup Ikan Mak Siti dengan sedikit air sehingga menjadi pes.




4. Masukkan ke dalam periuk dan tumis hingga pecah minyak. 

5. Masukkan air secukupnya untuk mendapatkan kuah sup ikan.Kacau sebati. Biar mendidih sekali.

6. Masukkan isi ikan nyok-nyok dan kentang yang di potong kecil-kecil.

7. Biarkan mendidih hingga empuk kentang dan ikan masak sepenuhnya, rasakan dengan garam.

8. Bila dah masak matikan api bolehlah di hidangkan bersama hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.Siap.




Rasanya sedap dan kuah sup pun jadi pekat tidak cair. Sup tidak terlalu pedas dan boleh di makan anak-anak kecil. Rempah Sup Ikan Mak Siti ni juga sedap cukup sempurna rasa sup yang terhasil, In Shaa Allah. Boleh di hirup macam tu jerr.. Cubalah ye, dapatkannya di kedai-kedai terpilih atau boleh beli secara online. 

8 Comments

  1. Wahhh sedapnya kak ana! Tak pernah pulak makan ikan nyok nyok ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin kat tempat FJ lain kut nama dia hehe :)

      Delete
  2. Sedapnya sis. Tiba-tiba terfikir nak buat ikan masak sup untuk lunch nanti. Hehe...

    ReplyDelete
  3. Sejak pindah dari tg.karang selangor dulu lama dah acik tak makan ikan nyok nyok

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempat baru tak ada jual ke acik ikan nyok-nyok ni :)

      Delete
  4. dap nyer.
    aida lom beli lagi rempah mak siti ni.
    ada ari tu cari di aeon ayer keroh. x jumpa.
    capai la rempah faiza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang ni ada jual secara online terus dari MAK SITI aida, cubalah cari kat FB atau IG depa :)

      Delete