Kalau di rumah ana ni, anak-anak lebih berminat dengan menu-menu ringkas untuk sarapan pagi dan juga makan malam. Tengahari sahaja selalunya ana sediakan menu makanan berat lauk pauk,nasi dan sayur-sayuran. Depa dah besar panjang ni pandai dah memilih menu alternatif untuk menggantikan menu berat dengan kandungan khasiat dan zat yang sama. Kadang-kadang pelbagai idea menu yang mereka masak sendiri atau sama-sama mencuba. 

Contohnya, kalau tak makan nasi pun tak apa ibu, asalkan kita ambil korbohidrat, protein dan vitamin C dari sumber berlainan selain dari makanan lazim yang ana masak. Betul juga kan. Sebab tu di rumah ni ana sentiasa sediakan stok makanan pelbagai dari yang segar hingga lah menu segera di dalam tin. Cuma ana pastikan memilih produk yang dipercayai dan kandungan yang Halal pastinya. Kalau di Malaysia ni sebut sahaja makanan dalam tin pasti teringat Ayam Brand lah kan. Halal dan bersih serta sedap-sedap semuanya. 


Hari ini ana nak berkongsi satu lagi rangkaian produk Ayam Brand yang tak perlu pun sebenarnya di perkenalkan lagi, cuma nak highlight kan kembali sahaja, iaitu Kacang Panggang Ayam Brand. Haa!! Mesti korang semua tahu kan, sedap betul tak ? Boleh je di jadikan menu sarapan, snack mahupun makan malam. Kalau sarapan pagi, anak-anak ana suka makan dengan telur dan juga roti. Lengkap dah satu set menu karbo dan protein . 



Selain itu juga ana jadikan menu makan malam ala-ala western dengan menggabungkan ayam panggang, kacang panggang dan juga side dish lain yang sedap dan berkhasiat. Tambahlah coleslaw atau pun kentang lenyet sedia dah satu menu lengkap untuk makan malam bersama keluarga. 







Khasiat dan kebaikan makanan Super Kacang Panggang Ayam Brand 


Makanan super ialah makanan yang kaya dengan nutrien dan memberi manfaat dan kesejahteraan kepada tubuh badan manusia. Biarpun begitu, makanan super ini biasanya mengikut trend. Masih ingat ketika kale menjadi begitu popular, kemudian avocado, kini benih chia dan benih flax pula ada di mana-mana sahaja. Satu persamaan ketara makanan super ini ialah ia merupakan makanan eksotik dan biasanya mahal.

Adakah korang  sedar bahawa terdapat makanan yang sangat mampu milik, mudah diperolehi dan super klasik di dapur korang? Sebagai contoh, ikan tuna, telur, mil oat, bayam, sardin, yogurt dan makanan kegemaran ramai, kacang panggang. Kacang panggang didatangkan dalam sos tomato enak di dalam tin, satu kombinasi yang padat dengan nutrisi. Ayam Brand™ menghasilkan antara kacang panggang kegemaran rakyat Malaysia yang menggunakan kacang haricot utara terbaik yang diimport dari Amerika Syarikat.



Ini senarai ringkas tentang kenapa Ayam Brand™ Baked Beans di dalam sos tomato patut menjadi pilihan makanan super anda yang sangat mampu milik. Kacang panggang padat dengan serat, protein, besi, likopena dan folat[1]. Kandungan serat yang tinggi di dalam kacang panggang membantu memperlahankan penyerapan gula dalam darah, memberikan rasa kenyang dan tenaga sepanjang hari[2]. Satu tin kacang panggang boleh memberi tenaga sepanjang hari!  

Berikut ialah perbandingan pantas mengenai jumlah serat di dalam 100gram quinoa[3] vs 100gram kale[4] vs 100gram kacang panggang dan harganya.


Kandungan protein di dalam kacang panggang membantu pertumbuhan, meningkatkan kekuatan, pemulihan dan membaiki otot selepas bersenam. Ia boleh menjadi snek yang ideal untuk kanak-kanak yang sedang membesar, wanita mengandung atau mereka yang fokus kepada kesihatan, terutama selepas bersenam.

Kacang panggang sebenarnya bebas daripada lemak tepu – satu cara yang enak untuk mengurangkan risiko penyakit jantung. Memandangkan ia mempunyai kandungan protein yang tinggi, kacang panggang boleh menjadi alternatif terbaik kepada daging buat golongan vegetarian. Secawan kacang panggang (240grams) mengandungi 10 gram protein yang sama dengan protein di dalam 50 gram daging stik.



Kacang panggang di dalam sos tomato merupakan sumber yang kaya dengan zat besi. Ideal untuk golongan vegetarian, vegan dan wanita yang mempunyai tahap zat besi rendah. Zat besi membantu tubuh kita untuk menghasilkan darah yang lebih sihat. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan rasa penat, kurang fokus dan tahap tenaga yang rendah, dalam kes yang serius pula boleh menyebabkan masalah anemia. Siapa sangka dengan menambah kacang panggang ke dalam diet anda boleh memberi begitu banyak kebaikan?

Ia kaya dengan likopena – sejenis anti oksidan yang diekstrak daripada tomato. Likopena boleh mengurangkan sel rosak melalui manfaat anti oksidannya. Bagi wanita yang merancang kehamilan, menambah kacang panggang ke dalam diet mereka tiga bulan sebelum hamil boleh membantu menambah folat yang dapat meningkatkan tahap vitamin B secara semula jadi.  Folat terbukti dalam mengurangkan kemungkinan kerosakan tiub neural pada bayi.




Korang boleh mendapatkan makanan super daripada kedai runcit berhampiran kerana Ayam Brand™ Baked Beans ditawarkan pada harga sangat mampu milik iaitu RM2.20 setin. 

Kacang Panggang Ayam Brand™ Menjadikan Makanan Super Sangat Berkhasiat




Ayam Brand Baked Beans ialah snek yang mudah dan boleh dimakan terus daripada tin. Untuk makanan super yang sangat murah dan mudah dimasak, tiada apa yang dapat menandingi gabungan kacang panggang dengan telur. Di sini adalah beberapa cadangan hidangan: 

Untuk sarapan hujung minggu yang menyeronokkan, apa kata sediakan hidangan berprotein tinggi, kaya serat dan rendah karbohidrat iaitu Kacang Panggang di dalam kuali dengan Telur – yang dimakan terus daripada kuali kecil, pada hari Ahad untuk mode sarapan di atas katil.


Kacang panggang dengan telur di atas roti bakar ialah hidangan yang boleh dinikmati pada bila-bila masa.




Ayam Brand™ Baked Beans didatangkan dalam dua saiz – saiz keluarga 425g dan 230g. Pilih daripada kacang panggang di dalam sos tomato, atau sos tomato dengan keju parmesan sebenar untuk rasa lebih berkrim atau Ayam Brand™ Baked Beans in Light Tomato Sauce yang menawarkan rasa hebat, tetapi diformulasi dengan 54% kurang gula dan 28% rendah garam. Ayam Brand™ Baked Beans boleh didapati di seluruh negara dan ditawarkan pada harga RM2.20 untuk satu tin 230g dan RM3.30 bagi tin 425g.



Mengenai Ayam Brand

Ayam Brand, satu jenama isi rumah di Malaysia dan Asia selama 125 tahun memang terkenal dengan rangkaian luas makanan dalam tin yang sihat dan berkualiti, bebas bahan awet serta tidak mengandungi MSG tambahan. Produk Ayam Brand dikilangkan di kemudahan canggih yang mematuhi standard antarabangsa paling tinggi, persijilan (HACCP, ISO 9001) yang diiktiraf di seluruh dunia dan diakui halal. Selama empat tahun berturut-turut mulai 2013 hingga 2016, Ayam Brand dipilih sebagai Top 10 jenama FMCG pilihan di Malaysia, berdasarkan kepada Kaji Selidik Kesan Jenama oleh Kantar Worldpanel Brand Footprint Study. 

10 Comments

  1. jarang makan kacang panggang ni tapi bila baca khasiat dia terus rasa wajib ada dalam rumah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu ada je stok kat rumah kak ana ni FJ :)

      Delete
  2. SA belum masak lai kak ana...weekend ni tka berapa sihat..sejak sakit belikat ni memang aktiviti memasak tu jadi slow

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu SA, semoga cepat2 sihat hendaknya..Aamiin

      Delete
  3. Kacang panggang ni antara stok kena ada kat rumah. Masa sarapan dan snak petang makan dengan roti bakar pun dah memadai..kenyang !

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah Azie, ada je stok kan senang lapar2 goreng telur pun dah kenyang makan dengan nya :)

      Delete
  4. Kalau beli kacang panggang dalam tin ni mesti pilih Ayam Brand sebab brand yang lain rasa tak yakin :)

    p/s : baru tahu ada kacang panggang keju.. hehehee.. nanti nak try!

    ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah ada 3 variasi kacang panggang ni Ain :)

      Delete