Puding roti laici ? Pernah dengar tak ? Hehe!! Rare kan. Ini resepi olahan ana sendiri jer. Banyak sangat lebihan roti di rumah, jadi ana terfikir nak jadikan puding roti, tapi anak-anak tak suka pula kalau letak kismis macam yang selalu orang buat tu, jadi ana terfikir kalau gantikan dengan laici pun sedap juga kan, dan terhasillah resepi mudah ni,puding roti laici. 




Laici tu cuma sebagai tambahan sahaja pada menu ini. Asasnya masih yang sama ada puding roti, kuah susu dan juga laici. Kalau korang dah terre masak puding laici ni  kacang je lah kan. Tapi ana nak kongsikan juga resepi puding roti laici untuk mereka yang belum pernah mencuba . 

Puding roti laici kukus


Bahan-bahan nya :

Kepingan roti putih di potong empat dan buang bahagian tepinya.
Susu segar 
Sedikit mentega
2 biji telur
Susu cair
Gula secukup rasa
1 tin laici -ambil isinya

Cara buat puding roti :

1. Rendam kepingan roti ke dalam susu segar hingga lembut.




2. Satukan lebihan susu segar tadi, bersama dua biji telur, mentega dan gula - blend hingga kembang.



3. Susunkan kepingan roti selapisan.



4. Tuangkan adunan blend susu dan mentega.
5. Selang selikan dengan roti hingga habis.
6. Kukus dalam setengah jam sehingga masak. Sejukkan.



7. Didihkan susu cair hingga agak pekat. Sejukkan.




8. Potong puding roti dan hidangkan bersama buah laici serta sos susu cair. 

Selamat mencuba 

4 Comments