Resepi puri tanpa yis
Kisah buat puri ni kejadiannya malam tadi, dah jam 10 malam tiba-tiba Adik Ika mengadu lapar. Adoiyai.. malam dah tu. Nasi dalam periuk ada lagi dengan kari ayam siang tadi. Budak-budak kat rumah ni kalau dah malam jarang sangat nak jamah nasi kecuali ana jadikan nasi goreng. Makan malam ni selalunya yang panas-panas sahaja boleh masuk kan. Sebab tu rasanya dah bertahun tak makan nasi campur sebelah malam. Kami sekeluarga makan yang ringan-ringan sahaja selalunya.
Balik pada cerita malam tadi tu, memandangkan kari ayam masih ada, ana terfikir nak buat roti puri sahaja lah. Tapi kali ni resepi sempoi versi anajingga dot com. Dah nama lagi lewat malam kan, kita olah sahaja lah dari bahan yang ada di dapur, nasiblah menjadi atau tidak hasilnya. Tapi bila dah di goreng eh!! Nampak menjadi naik gelembongnya. Haha :) Puri kalau tak gelembong tu maknanya tak jadi, tapi bila di goreng jadi kembong tu kira jadi lah kan. Rasanya pun sedap pula, rangup di bahagian tepi lembut kat tengahnya. Hehe :)
Pasni boleh lah ana guna pakai sahaja resepi roti puri ni sebab mudah sangat dan kejap sahaja nak buat. Resepi ini tidak menggunakan yis, tapi tetap naik gelembong. Ana coretkan disini bahan-bahannya buat rujukan masa depan, In Shaa Allah.
Resepi roti puri tanpa yis
Bahan-bahannya :
Tepung gandum
Marjerin
Garam
Minyak untuk menggoreng
Sedikit air panas
Cara membuat puri tanpa yis:
Kesemua bahan di atas ana agak-agak sahaja sukatannya dan hasilnya ana dapat 8 keping puri bersaiz sederhana dalam sejengkal diameternya, cehh!! Bukan main diameter bagai.
Mula-mula panaskan marjerin sehingga cair. Ketepikan.
Satukan tepung gandum dengan secubit garam. Masukkan cairan marjerin yang masih panas tadi, hati-hati lah ye takut melecur jari pula nanti. Gaul sebati hingga menjadi seperti serbuk roti. Uli bahan dan masukkan air panas sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak melekat pada jari. Jadikan satu doh dan perap seketika dalam setengah jam.
Kemudian bulat-bulatkan bulatan kecil dan canai dengan pencanai sehingga mendapat bentuk bulat walaupun ana buat tak lah bulat sangat. Pastikan canai sehingga nipis supaya adunan mudah kembong bila di goreng nanti. Gunakan tepung gandum lebihan sekiranya adunan masih melekat. Tabur-tabur kan sahaja.
Panas kan minyak dan pastikan telah benar-benar panas sahaja baharulah masukkan tepung puri tadi. Goreng sehingga ia mula kembong dan terbalikkan. Goreng sehingga kuning dan tak terlalu lama kerana adunan tepung mudah hangus nanti. Bila masak, angkat dan alaskan dengan tisu dapur supaya meresapkan lebihan minyak.
Dah siap boleh lah di makan bersama kari atau pun cicah sambal sardin pun sedap. Adik Ika kata puri ibu rasa kulit karipap Ikea malam tu hehe. Ianya rangup tapi lembut. Boleh lah mencuba ye, resepi mudah ya amat ni.. :)
8 Comments
bole cuba ni
ReplyDeletecuba kay Cik Itah :)
DeleteNak kena agak-agak ye bahan-bahannya.
ReplyDeleteikut banyak mana yang kita perlukan, mudah je kan :)
DeleteSedaaap kan roti puri ni, Nani selalu jugak buat sebab senang. Heheh :)
ReplyDeleteselalu kalau ada sardin atau kari kak ana suka buat puri ni Nani :)
DeleteRoti puri ni saya suka buat bila dah buntu nak sarapan apa. Senang. Lawan dengan sambal sardin atau gulai lemak :)
ReplyDeletekann Farrah selalunya kak ana buat untuk dinner bila ada lebihan kuah kari tengahari tu :)
Delete