Serius banyak kali ana failed dalam mendapatkan telur separuh masak atau half boiled egg yang ngam-ngam cantik kejadiannya. Maksud nya ngam-ngam jadi , hat putih telur dia lembut tapi dan hat kuning telur tu bila pecah masih boleh mengalir likat. Try and error banyak kali kadang-kadang ia jadi keras terus, dah macam telur rebus, kadang-kadang masih mentah ada cecair kuning lagi pada bahagian telur putihnya. 

Dua hari lepas Kak Long dapat info dari laman web masakan dan bagi tips cara nak dapatkan telur setengah masak yang sempurna. Dan kami cuba dua kali dahulu sebelum ana terbitkan entri ni dah Alhamdulillah berhasil lah telur separuh masak yang macam kat kedai tu. Ana terbitkan semula disini untuk rujukan sendiri dan perkongsian dengan pembaca yang tersayang. 





Cara dapatkan telur setengah masak yang terbaik 


Langkah pertama : 
Didihkan air dalam periuk dan dengan menutup periuk tersebut. Bila air dah mendidih, matikan api.

Langkah kedua :
Masukkan telur ayam yang dah di basuh ke dalam periuk air mendidih, buka penutupnya dan tunggu sehingga 6 minit. Pastikan 6 minit dan jangan terlebih atau terkurang naa.. Set je kat HP korang tu timer.




Dan boleh lah korang try pecahkan selepas 6 minit. In Shaa Allah korang akan dapat hasil macam yang dalam gambar di atas, hasil experiment Kak Long dua hari lepas sebanyak dua kali berturut, hehe :) 



Cara buat roti goyang di rumah 



Dah dapat hasil telur setengah masak yang ngam-ngam cun macam tu, boleh lah makan roti goyang,kan. Pas ni kami tak payah pergi kedai nak makan roti goyang dah. Roti tu korang sapukan marjerin, dan panaskan atas kuali leper non-stick. Balik-balik kan sehingga garing. Pecahkan telur, letakkan kicap dan lada sulah. Makan dengan kacang panggang.. Dah siap satu menu sarapan pagi yang berkhasiat dan sedap. Selamat mencuba :) 

12 Comments

  1. wak biasanya pakai bekas plastik yang buat rendam telur setengah masak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh ada ye WAk , tak yah ada timing ke agaknya ye :)

      Delete
  2. terima kasih kak kongsi tips.. sesekali makan camni sedap jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana suka lak Rodiah makan telur setengah masak ni hehe :)

      Delete
  3. Wah terbaik tips ni.. 1 lagi kalau nak senang bleh beli egg timer kat daiso.. terus nampak goyang2 nya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh ada ye Syaza, nanti kak ana pii cari :)

      Delete
  4. fuhhhh terbaik lah resipi ni. Nanti nak cuba jugak!

    ReplyDelete
  5. menarik tipsnya nanti saya cuba ya kak ana. terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete