Rasa macam ana pernah sebelum ni terbitkan tutorial buat hand bouquet coklat ni, tapi tak apa kita share sekali lagi. Ana yakin ramai yang berminat nak buat sendiri coklat bouquet ni sebagai hadiah khasnya buat anak-anak kan. Boleh sahaja hadiahkan untuk majlis graduasi tadika, atau sekolah ataupun untuk hari lahir. Nampak comel dan simple .



Coklat bouquet ni pada ana lebih relevan dari fresh flowers blouquet sebabnya coklat tu boleh di makan. Fresh flower akhirnya akan layu dan bukan murah juga kos nya. Lebih berbaloi buat coklat bouquet, cari lah coklat yang sedap-sedap kan macam Cadbury ke Kitkat ke, buh teddy bear comel. Nanti coklat anak-anak makan, teddy bear boleh je simpan kan. Jom lah tengok cara-cara buat coklat bouquet comel ni, terima kasih dan kredit buat pemilik gambar Sweet Pie Surprise Planner untuk toturial ini. Semoga bermanfaat ilmu yang di kongsikan bersama, In Shaa Allah. 



Cara buat coklat hand bouquet




Bahan-bahan yang di perlukan:

Kertas hadiah 
Lidi 
Kepingan coklat
Teddy bear 
Gunting
Selotape
Glu gun
Ribben
Foam atau gabus kecil 


Cara buat coklat hand bouquet :



1. Lekatkan kepingan coklat pada lidi dengan menggunakan selotape atau glu gun pun boleh. Begitu juga dengan teddy bear. 




2. Susun dan lekatkan pada gabus kecil mengikut kreativiti masing-masing. 



3. Bahagikan kertas hadiah kepada 4 bahagian. Dua bahagian lebih besar dan dua bahagian lagi bersaiz kecil. 




4. Lipat mengikut gambar rajah di atas langkah demi langkah dan selesai ikatkan dengan riben agar kemas dan cantik. Dan terhasilkan satu coklat hand bouquet yang comel kan.. 


12 Comments

  1. waa...kreatif. senang aje rupanya nak buat.

    ReplyDelete
  2. Nampak macam senang buat, beli siap lagi senang

    ReplyDelete
  3. Senang je kan tapi tu lah malas hahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jer order kan Rodiah kalau tak nak diy hehe :)

      Delete
  4. Macam tahu-tahu je AJ kita tgh dok cari idea nak buat chocolate bouquet ni :) Tq sharing

    ReplyDelete
  5. kertas hadiah tu kene dua keping ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah dua keping di bahagi 4 kalau tak silap dari gambar tutorial tu :)

      Delete