Alhamdulillah, semakin hari semakin ramai wanita memilih untuk menutup aurat dengan sempurna dengan memakai tudung atau hijab. Bukan semua kita bertuah di lahirkan dalam keluarga ustaz dan ustazah, namun Allah swt itu Maha Adil , Maha Bijaksana dan Maha Pengasih dan Penyayang. Biarpun di awal kehidupan hambaNya itu tidak lah bergitu sempurna amalannya namun dengan izinNya jua dan hikmahNya In Shaa Allah lama-kelamaan kita akan berusaha untuk menjadi lebih baik, memperbaiki dan saling berpesan untuk ke arah yang lebih indah akhlak dan sifatnya. 

Menutup aurat itu tuntutan agama dan wajib atas kita hambaNya mentaatinya dengan sepenuh hati. Berhijab bukan sahaja ketika keluar rumah, malahan bila di dalam rumah sekali pun dengan ada nya bukan mahram di sekitar, wajib kita menutup aurat. Jadi bila terlalu lama berada dalam pemakaian hijab pasti akan ada rasa ketidakselesaan pada kulit kepala. Kerana itu lah hari ini, ana nak berkongsi tips penjagaan rambut dan kulit kepala yang mudah dengan memilih produk yang di yakini dan selamat di gunakan. In Shaa Allah...


credit photo safi.com.my 




10 Tips Penjagaan Rambut Untuk Masalah Kelemumur 


1. Pastikan kalau korang mencuci rambut, keringkan dengan sempurna terlebih dahulu sebelum memakai inner tudung dan juga tudung kepala. Ini kerana rambut yang basah kemudian di tutupi tudung boleh mengakibatkan rambut berbau kurang enak atau bau masam lah kan. Silap-silap boleh dapat jangkitan pada kulit kepala mahupun berkelemumur pula. Jadi keringkan elok-elok baharu lah memakai hijab. Haa!! Jangan bagi alasan takut lambat nak tunggu kering, jadi pandai-pandailah bajet masa bila yang sesuai untuk korang cuci rambut tu, betul tak ?? 

2. Sentiasa tukar anak tudung korang. Rajinlah tukar anak tudung tu , basuh selalu agar ia sentiasa berbau harum dan tidaklah berbau nanti. Rambut sihat , kulit kepala pun sihat dari segala jangkitan dan bauan. Tak mahal mana pun anak tudung, jadi belilah stok yang mencukupi untuk stok seminggu. 

3. Pakai tudung jenis fabrik yang ringan. Ini salah satu cadangan sahaja lah kan, memandangkan cuaca di negara kita agak panas jadi pilih lah fabrik tudung yang ringan dan selesa di pakai. Ringan tu tak bermaksud yang jarang ye anak-anak, ringan tu maknanya tidak berat sehingga peluh di rambut dan kulit kepala tidak begitu cepat terhasil yang boleh menjejaskan kesihatan kepala kita. Tapi ingat ye ringan bukan jarang tau, kerana jarang tidak menepati tuntutan menutup aurat dengan sempurna.




4. Pilih syampu yang sesuai dengan jenis kulit kepala agar rambut kita tidak berkelemumur. Untuk ana sendiri, bersyampu tiga hari sekali pun dah memadai, ikut keperluan dan aktiviti yang kita lakukan sepanjang hari jika banyak berada di luar kena lah lebih kerap lagi bersyampu. Untuk Adik Ika khasnya yang agak aktif di luar rumah dengan aktiviti seharian di kolej , ana memilih untuk dia menggunakan Shampu Safi Shayla Anti Kelemumur . Kenapa Shampu Safi Shayla Anti Kelemumur ini baik untuknya ialah kerana : 

~ Syampu Safi Shayla Anti Kelemumur dengan Micro Bamboo Charcoal + Habbatus Sauda & Micro ZPT Complex berkesan menghapuskan 99.9% kulat yang menyebabkan kelemumur dari cucian pertama dengan keharuman segar sehingga 48 jam

~ Micro Bamboo Charcoal
Arang buluh Mikronisasi adalah bahan semulajadi yang diaktifkan untuk mrnghilangkan minyak dan bau kepam dari kulit kepala dan rambut

~ Habbatus Sauda
Menghalang pembiakan bakteria, menyihat, melindungi dan mencantikan rambut

~ Micro ZPT Complex
Agen anti-kelemumur yang berkesan untuk menghapuskan kulat yang menyebabkan kelemumur 




5. Jangan lupa gunakan juga Conditioner atau perapi selepas bersyampu untuk mengekalkan rambut yang sihat dan lembut. Rangkaian penjagaan rambut Safi Shayla juga mempunyai perapi rambut yang sesuai untuk di gunakan setiap hari untuk mempastikan rambut lembut dan terurus. Tak lah keras macam dawai rambut sudahnya kan. 


Image result for perapi rambut safi shayla


6. Gunakan serum khas untuk rambut. Serum rambut juga perlu. Hanya sapukan pada bahagian rambut sahaja, kulit kepala tidak perlu. Ianya adalah bagi memberi vitamin untuk rambut  tumbuh lebih sihat. Serum rambut Safi Shayla ada dua pilihan sama ada untuk hitam menawan dan juga licin terurus. Pilihlah ikut keperluan rambut korang naa :) 



Image result for serum rambut safi shayla

7. Jangan ingat wajah sahaja perlukan masker, kulit kepala pun perlukan rawatan dengan penggunaan masker. Adik Ika baru-baru ni mencuba sendiri Safi Shayla Masker Penyegar Kulit Kepala Kawalan Kelemumur & Gatal kerana selalu mengadu kegatalan kulit kepalanya. Masker Penyegar Kulit Kepala Safi Shayla Kawalan Kelemumur & Itch-free kini dengan Micro Bambo Charcoal + Minyak Organik , Habbatus Sauda & Menthol membantu mengurangkan kelemumur ke atas 100% subjek daripada cucian pertama. Tiada lagi kulit kepala gatal, bau kepam dan minyak diserap agar kulit kepala sentiasa segar. Harumannya juga mampu kekal selama 48 jam pada rambut. 

~ Micro Bamboo Charcoal
Menghilangkan minyak dan bau kepam dari kulit kepala dan rambut

~ Minyak Organik Habbatus Sauda
Kaya dengan nutrien yang membantu melindungi dan menyuburkan kulit kepala

~ Menthol
Menyegarkan dan menyamankan




8. Boleh juga mencuba menggunakan Minyak Rambut khas untuk wanita. Pastilah ana nak kongsikan dengan korang Minyak Rambut Safi Shayla Anti Kelemumur ni yang melengkap kan penjagaan rambut Adik Ika waktu ini. Minyak Rambut Safi Shayla Anti Kelemumur menjadikan rambut lebih lembut, licin dan memberikan kilauan rambut dan sihat menawan. Ia mengurangkan kelemumur dengan berkesan, melegakan kulit kepala yang gatal dan memberikan kesegaran kepada kulit kepala dengan sensasi dingin. Rambut lebih selesa bersama haruman yang mampu kekal sepanjang hari sehingga 8 jam. 

~ Minyak Organik Habbatus Sauda
Memberikan kelembutan kepada rambut, nutrien, anti bakteria dan perlindungan matahari

~ Minyak Zaitun Tulen
Memelihara/memberikan kelembapan kepada rambut kering, kusam atau kerinting

~ Ejen Anti-Kelemumur & Menthol
Mengurangkan kelemumur, minyak & gatal kulit kepala serta memberikan kesan sensasi dingin dan kesegaran kepada kuli kepala dengan penggunaan berterusan.





9.  Tidur dalam keadaan rambut tidak berikat dan kering. Ini juga penting kerana bila rambut kering dan tidak basah pastilah ia lebih selesa dan tidak berbau sebab kita tidur beralas bantal boleh juga menyebabkan rambut berbau. Tidak perlulah ikat rambut ketika tidur, bebaskan. 

10. Bolehlah sekali sekala manjakan rambut dengan membuat rawatan ke salon. Tak salah kan, bukan tubuh dan wajah sahaja perlukan rawatan spa dan facial, rambut juga perlu juga mendapat rawatan yang sewajarnya tapi ikut bajet lah juga kan. Kalau agak tak mampu tu cukup dengan hanya menjaga nya sendiri di rumah. 



Amacam setuju tak dengan tips yang ana kongsikan disini. Haa!! Ana yakin ramai di antara korang memang pengguna tegar rangkaian penjagaan rambut Safi Shayla ni kan. Eh! Sebelum terlupa ana nak share dengan korang yang sekarang ni, ketika entri ini di terbitkan ada promosi best untuk pembelian mana-mana produk Safi Shayla dengan pembelian RM35 ke atas korang akan dapat sling beg comel bertema kan We Bare Bears limited edition macam kat atas tu.  

Ada 4 pilihan untuk korang dan serius semuanya comel-comel sangat untuk di gayakan. Mesti korag kenal kan 3 watak comel We Bare Bears ni dan korang boleh sahaja miliki Sling Bag Ice Bear, Panda, Grizzly Bear atau pun tiga-tiga dalam satu tu. Ana dah pun lengkap kan koleksi Sling Bag We Bare Bears ni untuk Adik Ika dan Kak Long. Mudah sahaja kan, pergilah ke mana-mana farmasi dan pasaraya terpilih berdekatan atau pun terus ke laman web : safi.com.my/ . Jomm shopping !! 


4 Comments

  1. Safi jenama yang di yakini dan selalu je update dengan keperluan pengguna. Love sangat syampoo Safi, wangi dan harga pun jimat.. hehehee.. :)

    ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Ain lama dah kita menggunakan SAFI ni :)

      Delete