Buat kebab sendiri di rumah ?

Boleh ke buat kebab di rumah ? Boleh tapi bukanlah kebab original, ianya ala-ala kebab jerr. rupa macam kebab tapi intinya dengan daging kisar bukan daging kebab. Daging kebab asli tu kena panggang dengan api dan dihiris barulah di isi dalam roti pita. Tapi hat yang ana buat ni ala-ala kebab gitu, beza pada dagingnya yang ana tumis. Rasa.. mestilah kebab asli lagi sedap, tapi kalau setakad nak makan dengan anak-anak tu kira acii laa kan. 

Sebelum ni ana pernah try buat ala-ala kebab ni dengan menggunakan daging burger. Kali ini sebab ada lebihan daging kisar Ramly, ana olahkan jadikan inti kebab versi anajingga.com . Puas juga makan malam dengan keluarga, boleh isi inti dan mayonya banyak-banyak, nama lagi homemade kan.. Korang nak ke resepi ala-ala kebab ana ni.. Tak nak pun ana nak kongsikan juga lah hehe :) 





Cara buat kebab homemade 


Bahan-bahan : 

Roti pita ( boleh beli di pasaraya )
Daging kisar Ramly
bawang holland - 1 biji di dadu
timun - dihiris kecil dan halus
tomato - di dadu kecil
Mayo
Lada sulah
Sos cili
Garam 




Cara buat kebab di rumah yang simple


1. Tumiskan bawang holland hingga kuning.

2. Masukkan daging kisar dan kacau jangan berketul hingga masak.

3. Masukkan hirisan timun dan tomato, gaul sebati.

4. Rasakan dengan sos cili, serbuk lada sulah dan garam secukup rasa. Gaul sebati dan matikan api. 

5. Panaskan kepingan roti pita yang di belah dua di atas non-stick pan. . 

6. Buka roti pita dan isikan dengan daging tadi. Masukkan mayo dan selang seli dengan daging hingga penuh. 

7. Dah siap apa lagi makan lah bersama anak-anak roti pita ala kebab kita tu.. 

Selamat mencuba :) 

Buat kebab sendiri di rumah ? Buat kebab sendiri di rumah ? Reviewed by Ana Jingga on August 20, 2019 Rating: 5

12 comments:

  1. Ya allah kak ana...sedapnya...nanti nak buat la..nak plak SA tengah jaga pemakanan ni..bleh buat untuk bekal pergi kerja kan?

    ReplyDelete
  2. kadang kita buat sendiri lagi puas hati. setuju kan? heheheehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah UN, buat sendiri ni puas makan dengan anak-anak :)

      Delete
  3. Kebab memang suka buat sendiri. Isi padat.

    ReplyDelete
  4. wahhh terbaekk ibu! sangat menggoda dan menyelerakan! hhehhehee. nak cikeddddd

    ReplyDelete
    Replies
    1. aik!! Ibu tunggu kakcik buat kan untuk ibu jer lah :)

      Delete
  5. Nampak pun dah terliur sis, harus LZ cuba resepi kebab ni..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.