Macam selalu lah bila balik kampung merayap cari bunga-bunga wancu. Kali ni sebab cuti raya haji singkat dua hari sahaja balik pun malam raya, lepas solat raya haji sibuk pula beraya dengan adik beradik, ada majlis tahlil sampai malam pun ada aktiviti keluarga. Hanya pagi raya kedua sahaja sempat pusing rumah wancu melawat pokok-pokok bunga yang ada. Sempatlah juga ambil 4 keping gambar bunga dan yang best pulak tu ke empat-empat gambar bunga berwarna ungu. 




Bunga kangkung kami panggil kat kampung, mungkin sebab daunnya macam daun kangkung kan. Kembang berwarna ungu kebiruan. Wancu tanam pada para dan jenis yang menjalar. Setahu ana masa sekolah dulu kami panggil ni pokok bunga seri pagi kan ataupun morning glory






Dua variasi bunga di atas ni mak ana panggil bunga maman ataupun spider plant . Nama saintifiknya Cleome gynandra Sebab daunnya pun macam daun pokok maman. Pokok maman ni hidup meliar di kampung dan dulu mak buat jeruk je dengan nasi sejuk, sedap makan dengan nasi hehe :) Tapi bunga ni pun cantik kan. Di rumah wancu ni ada dua warna pink dan purple atau ungu. 




Hat ni tak tahu la pulak namanya pokok apa, tapi berwarna ungu juga. Jenis pokok renek dan berdaun lebat. Apapun bagi pencinta alam dan pokok bunga tak kisahlah bunga apa pun asalkan cantik di pandang mata tetap kami tanam dan jaga sebaik mungkin kan.. :) Mengkagumi ciptaan Tuhan. 

10 Comments

  1. Cantiknya.. seronok kan Ana dapat jalan-jalan kat kawasan rumah yang ada tanam pokok-pokok bunga.. tenang rasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah arwah opah ni memang banyak pokok bunga Sue hehe :) sekarang mak saudara ana yang jaga .

      Delete
  2. Semua bunga tu kesukaan saya. Ada tanam kat rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah bila tengok bunga2 ni pasti teringat tanaman bunga kak Mala, inspired sangat nak buat macam kak Mala :)

      Delete
  3. cantik bunga2 yg walau tak komersial kan

    ReplyDelete
  4. seronok ada pokok2 bunga dekat rumah. kalo CT malas jaga tapi bila da bunge cemni kite sukala juga hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. perlu kan masa CT nak jaga pokok2 bunga ni :)

      Delete