Sebelum ni kami pernah buat dumpling goreng, sedap rangup je kulit wantan tu bila di makan dengan isi inti udang. Ada lebihan kulit wantan segera yang kami simpan dan kebetulan ada pula separuh lagi daging kisar Ramly dalam petisejuk, Adik Ika ajak buat dumpling kukus pula buat sajian minum petang. Macam selalu lah, bila anak-anak cuti ni nak makan saja kerja depa, ana pun seronok dan barulah ada selera nak masak sebab ada teman nak makan dan sediakan bahan masakan. 

Resepi dumpling kukus ni versi kami dua beranak je tau. Ikut bahan mentah yang ada dalam petiais sahaja. Tapi sedap lahh pulak bila di makan, licin..Alhamdulillah. Selalunya orang buat dumpling ni isi inti udang atau ayam, kami try buat guna daging kisar dan olah dengan sedikit sayuran segar seperti cendawan enoki. Itu pun kebetulan cendawan enoki ada di rumah. Kalau nak try versi dumpling kukus Anajingga ni boleh lah ana share kan bahan-bahannya. 





Resepi Dumpling Daging Kukus 


Untuk kulit wantan , Ana beli yang segera dipasaraya dan pastikan yang dengan logo Halal Jakim. 

Bahan-bahan inti dumpling daging :


Separuh daging kisar Ramly
2 ulas Bawang merah - di dadu kecil
Seulas Bawang putih - pecahkan sahaja 
1 pek cendawan enoki 
Daun bawang atau daun kucai pun boleh
Serbuk cili - ikut pedas masing-masing
Sos tiram 
Kicap manis
Garam 
Gula 
Minyak untuk menumis



Cara masak inti dumpling :


1. Tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.

2. Masukkan daging kisar dan gaul rata , kacau hingga masak. 

3. Tambahkan sedikit air jika terlalu kering agar daging empuk. 

4. Masukkan serbuk cili, sos tiram dan kicap manis, gaul sebati. 

5. Bila dah masak masukkan cendawan enoki yang dipotong pendek-pendek dan juga daun bawang.

6. Rasakan dengan garam dan gula, matikan api dan sejukkan seketika. 

7. Bentangkan kulit wantan segera tadi dan isi kan inti di bahagian tengah dan tutup rapat. Boleh sahaja sealkan dengan air supaya ia melekat. Jangan dedahkan kulit wantan terlalu lama pada suhu bilik kerana ia cepat mengering, nanti koyak bila di isi intinya. Sama lah kekdahnya macam kulit popia kan. 




8. Panaskan kukus dan susun dumpling di dalam pinggan dan kukus dalam 10 minit. 

9. Angkat dan sejukkan seketika dan bolehlah di makan dengan sos Thai atau sos wantan yang korang boleh try buat sendiri. Kami makan macam tu sahaja tak cicah sos pun . 

Selamat mencuba naa :) 


8 Comments

  1. ala akak tak tunjuk cara lipat la saya suka makan dumpling. buat tak reti

    ReplyDelete
    Replies
    1. lipat dua je Rodiah macam karipap tu pastu klim kan kelilingnya senang bangat nii hehe :)

      Delete
  2. aduii kak ana...pebret ni tau..kita suka dumpling yang kukus ni dari yang goreng...sedapnya...nak jugaklah try buat sendiri nanti

    ReplyDelete
  3. Teringat dumpling kat Mohd Chan. Sedapnya..

    ReplyDelete