Baru-baru ini ana adalah join satu group FB Gubahan Bunga Cantik . Mula-mula ada lah friendlist yang join dan bila ternampak posting engagement lalu lalang kat feed , tertarik pula ana nak join. Mana lah tahu dapat idea-idea menarik nak gubah bunga kan. Lebih menarik lagi group Gubahan Bunga Cantik ni ramai yang tak kedekut ilmu, mereka berkongsi cara-cara dan tutorial membuat bunga serta menggubah bunga. Lebih menarik minat ana lagi ada juga tutorial membuat bunga dan di gubah cantik-cantik dengan menggunakan pelbagai bahan terpakai atau reuse. 

Ada juga bunga dari sabun mandi, bunga dari kertas, bunga dari plastik dan sebagainya. Kreatif sungguh kan. Ana pinjam beberapa keping foto dan kongsikan pula di sini dan semoga dapat terus panjangkan lagi perkongsian ilmu yang bermanfaat ini, In Shaa Allah. Minta izin pada pemilik-pemilik foto dan group Gubahan Bunga Cantik ya :). 




Gubahan Bunga Dari Bahan Terpakai Yang Cantik 


Bunga dari hasil benang kait 
Bunga ros ini di hasilkan dari kaitan dengan benang. Masyaa Allah dah lama ana tak melihat orang sekarang ni pandai mengait. Dulu benang kait ini aktiviti ramai surirumah dalam pertubuhan WI dan Kemas yang mak saudara ana masuk. Pelbagai produk yang di hasilkan dengan mengait seperti alas meja, alas TV masa tu TV kembong lah kan ada alas dia berbentuk segi tiga, siap ada yang buat baju sejuk anak-anak lagi , kotak tisu dan sebagainya. Sekarang ni ana rasa tak ramai yang pandai mengait dah agaknya termasuk lah ana sendiri. Dah pernah mak saudara ajar kan dulu masa remaja sampai hari ini tak pandai juga mengait, hehe :) Ruginya laa.. 


Bunga dari beg plastik 

Hat ni pula gubahan bunga yang di hasilkan dari pada beg plastik kata nya. Cantik kan. Ana rasa ia diperbuat daripada plastik kegunaan harian warna merah dan putih tu, yang orang Kelate panggil supik gelenyaa hehe. Teringat kat Kak Ipar ana duk sebut plastik tu gitu. Jenuh nak faham rupanya sebab plastik tu duk bunyi-bunyi jadi depa sebut supik gelenyaaa. Kreatif sungguh gubahan dan hasilan puan .



Bunga dari bekas telur 

Dua gubahan di atas itu pula adalah terhasil daripada bekas atau sarang telur tu. Masyaa Allah.. tak pernah terfikir ana boleh menjadi satu seni gubahan yang amat lah indah. Memang sangat kreatif dan idea yang cantik sangat. Daripada terbuang begitu sahaja, kan boleh di jadikan hiasan. Atau pun boleh juga korang buat bunga hiasan hantaran, sah-sah tak membazirkan. 


Bunga sabun 


Dan yang putih bersih ni pula di hasilkan daripada sabun mandi atau bunga sabun. Ana pernah melihat sendiri bunga sabun ni dan ia memang cantik dan berbau wangi. Wangian daripada sabun tu lah kan. Cuma perlu cermat dalam penghasilannya kerana ia agak rapuh. Nak membentuk kelopak bunga ros sebegitu pun memerlukan bakat dan kreativiti. Cantik kan. 


image
Bunga dari straw 

Dan yang berwarna pink comel bagaikan bunga daisy ni pula terhasil dari gubahan batang straw. Begitulah kalau dah kreatif boleh sahaja terfikir pelbagai idea dengan padanan warna yang cantik-cantik kan. Dah siap nanti boleh di gubah dan dijadikan hiasan sudut rumah. 

Banyak lagi sebenarnya kalau kita google dan cari pelbagai hasil kreativiti orang ramai dalam menggunakan semula produk-produk dari di buang begitu sahaja. Syabas dan tahniah kepada mereka yang rajin dalam penghasilan bunga-bunga hiasan yang sangat cantik. Anda memang berbakat dan tidak Alhamdulilla tidak lokek ilmu untuk terus berkongsi. 


2 Comments

  1. Yang Allah... bunga straw tu mengimbau memori sungguh kak ana..! pernah jadi fenomena suatu masa dulu. kat mana2 rumah pun mesti ada paling tidak satu pasu bunga straw. macam2 rupa dan warna. Ain pun terjebak juga masa tu.. ke mana2 sentiasa bawa straw sebab nak "mengulit" straw jadi bunga.. hehehehee.. :)

    Rindu zaman tu.. :)

    ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ain, kebanyakan yang di atas pernah kak ana buat dan hiasi ruang rumah masa di kampung dulu2 :0

      Delete