Honey Hub Life Elixir - Khasiat Madu Tualang Premium
Madu Tualang antara madu asli yang semua orang tahu akan kebaikan khasiat dari khazanah alam semulajadi. Tapi jangan mudah terpedaya kerana di pasaran sekarang ni pelbagai jenis madu ada di jual. Untuk mengetahui keaslian madu bukan lah mudah kecuali kita memang arif dalam menilainya. Pelbagai kebaikan dan khasiat madu yang di percayai berkurun lama nya di seluruh dunia. Madu adalah hasil terbaik dari pengumpulan sang lebah dan untuk mendapatkan madu asli ianya tidak di campurkan dengan bahan lain.

Honey Hub Life Elixir
Bercakap soal madu tualang asli ni, ana telah diperkenalkan dengan produk Honey Hub Life Elixir baru-baru ini. Semua sedia tahu, pada usia pertengahan 40-an ni, sakit sendi khasnya pada lutut nak bangun bila dah duduk tu, adalah masalah biasa dialami di kalangan kita. Ana sendiri alaminya sejak kebelakangan ini sehinggakan nak daki tangga dalam rumah pun kadang-kala terasa kengiluan. Bila diperkenalkan dengan produk Honey Hub Life Elixir ni teringin pula nak cuba sendiri.

Ana mengambil 1 sudu kecil ( gunakan sudu plastik kerana sudu logam dikatakan boleh menghilangkan khasiat madu asli ) sebelum sarapan pagi, ketika perut kosong. Kemudian satu sudu kecil lagi sebelum tidur. Selepas hampir seminggu, terasa ringan sedikit ngilu pada sendi lutut apabila mendaki tangga. Lega lah sedikit berbanding sebelum ini, kan. Dan mungkin dengan pengambilan yang konsisten dapat lebih melegakan kesakitan yang di alami, In Shaa Allah.

Apa yang ingin ana kongsikan disini ialah beberapa perkara yang kita perlu tahu dalam pengkelasan produk berasaskan madu yang berada di pasaran. Terdapat perbezaan harga produk madu dipasaran kerana pengkelasn mengikut gred nya, jadi jangan terpedaya dengan madu yang lebih murah kerana pasti ia dari gred yang rendah lah kan. Ada madu yang diusahakan secara komersil, madu yang diternak di ladang dan juga madu yang diproses semula. Malahan madu liar asli dan madu ternakan juga mempunyai 4 gred pengkelasan lagi iaitu :
Gred D - kadar kelembapan 25% ke atas
Gred C - kadar kelembapan 22%
Gred B - kadar kelembapan 20.5% ke atas
Gred A - kadar kelembapan 20% ke bawah
Madu Premium - kadar kelembapan di bawah 18%
Dan Honey Hub hanya menggunakan Madu Premium 100% asli dengan sokongan laporan ujian makmal UNIPEQ UKM dalam semua penghasilan produk mereka.

Untuk produk Honey Hub Life Elixir ini pula merupakan campuran herba semulajadi yang kaya dengan khasiat seperti American Ginseng, Astragalus, Black curmin dan lain-lain bahan herba. Memang terasa kepekatan bahan herba bila ana sendiri mengambilnya. Di campur dengan madu tualang asli 100% Royal Jelly .
Cara pengambilan Honey Hub Life Elixir adalah seperti berikut :
1. 1 sudu di waktu pagi sebelum sarapan dan 1 sudu waktu malam sebelum tidur.
2. TIDAK boleh menggunakan sudu logam.
3. TIDAK perlu di campurkan dengan air, ambil terus dari dalam botol.
4. Selepas pengambilan , kita perlu mengelakkan makanan dan minuman sejuk.
Untuk beberapa testimoni dari mereka yang pernah mendapat khasiat dari Honey Hub Life Elixir boleh lah ke SINI .

Untuk keterangan lanjut layari terus ke
12 Comments
Madu salah satu antara makanan sunnah yg elok diamalkan. Besar juga botol dia tu.
ReplyDeletebesar lama nak habiskan ni Fiza :)
Deletemadu asli pulak tu. terbaik
ReplyDeletemadu tualang asli MM :)
DeleteMakanan kesihatan
ReplyDeletekan WAk :)
Deletemadu asli , adalah makanan sunnah dan kesihatan yg terbaik.
ReplyDeletebetul tu Nieyl :)
Deletekita suka ayam kepak madu kak ana oii
ReplyDeletejauh nau menyimpang ko Kolin hehe :)
Deletewow madu tualang. nak amek kat dalam hutan bukan nya senang ni. alhamdulillah sekarang dah mudah utk kita nikmati ^_^
ReplyDeletekan UN, mudah dah sekarang ni dah ada di pasaran :)
Delete