Hukum menyimpan patung permainan kanak-kanak

Ana tak nafikan ramai yang musykil tentang persoalan mengenai hukum menyimpan patung permainan kanak-kanak di rumah. Memang ana akui sendiri ketika anak-anak ana masih kecil dahulu, selalu juga membelikan mereka mainan anak patung sebagai barang permainan. Ini kerana ana dahulunya juga suka bermain anak patung bersama sepupu-sepupu di kampung. Macam-macam anak patung ada termasuk lah anak patung kertas atau paper dolls tu selain dari mainan masak-masak. 

Namun bila dah makin besar dengan sendirinya permainan ni hilang entah ke mana. Ada yang dah rosak dan ada yang dah beri pada anak-anak buah. Sekadar permainan zaman kanak-kanak sahaja dan bila anak-anak dah membesar pun dengan sendiri mereka dah tak nak main anak patung dah kan. Bagi menjawab persoalan di atas macam biasa, ana akan serta kan disini rujukan dari mereka arif dalam bidangnya dan pastilah dari Instagram Mufti Wilayah Persekutuan, Dato' Seri Dr Zulkifli Muhamad Al Bakri yang menjawab persoalan " Hukum menyimpan patung permainan kanak-kanak di rumah ". 






Hukum menyimpan patung permainan kanak-kanak 


Berdasarkan nas al-Quran dan hadith , jelaslah kepada kita bahawa pengharaman patung tersebut adalah berkaitan haram mengukir patung yang menyerupai ciptaan Allah SWT dan haram untuk disembah atau dimuliakan.

Adapun selain daripada perkara tersebut seperti patung sebagai alat permainan dan pembelajaran bagi kanak-kanak, maka hukumnya adalah harus. Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Aisyah RA:

Maksudnya: Aku pernah bermain patung permainan ketika tinggal bersama Nabi SAW, sedangkan aku memiliki beberapa sahabat yang biasa bermain bersamaku. Maka, ketika Rasulullah SAW masuk dalam rumah, sehabat-sahabat aku itu pun bersembunyi dari Baginda. Lalu Baginda SAW menyerahkan mainan padaku satu demi satu lantas mereka pun bermain bersamaku.

Hadis riwayat al-Bukhari: (6130)

Imam Ibn Hajar al-Asqalani dalam mensyarahkan hadith ini berkata: Para ulama berdalil dengan hadis ini tentang hukum harus terhadap patung mainan untuk kanak-kanak. Hadith ini adalah pengecualian dari keumuman hadis yang melarang membuat tandingan yang serupa dengan ciptaan Allah. Keharusan ini ditegaskan oleh al-Qadi ‘Iyadh dan beliau katakan bahawa inilah pendapat majoriti ulama. (Rujuk Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, 10/527)

Hal ini kerana patung permainan kanak-kanak bukanlah sesuatu yang disembah atau dimuliakan. Bahkan, kanak-kanak tersebut dengan tabiatnya akan mematahkan dan merosakkan patung tersebut seperti terputus kepala atau anggota badannya. Ini jelas menunjukkan bahawa ia adalah sebagai patung permainan bagi mereka dan jauh sekali untuk dihormati, apatah lagi disembah.

Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang baik dalam agama serta memberi taufiq dan hidayah kepada kita untuk beribadat dengan ikhlas kepadaqNya. Amin.

WaAllahu a’lam.

kredit sumber dan rujukan http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3596-al-kafi-1331-hukum-menyimpan-patung-permainan-kanak-kanak?fbclid=IwAR2WQr9qXIz2pbnTp8cu_EurOAKOaRCsiF7fgwhsAp70HugZPFjcuUBQw5E
Hukum menyimpan patung permainan kanak-kanak Hukum menyimpan patung permainan kanak-kanak Reviewed by Ana Jingga on August 29, 2019 Rating: 5

8 comments:

  1. Anak Sis memang banyak patung-patung, sampai katil penuh, tapi separuh Sis masuk simpan dalam lemari..memang anak-anak suka, sekali buat bantak golek..huhuhu tak tau macam mana nak buat dah, dah besar panjang dah tu hahahaha

    ReplyDelete
  2. sekarang anak2 addicted dengan my little pony. kami cuma beli sorang satu ja, itu pun untuk buat peluk masa tido :D

    ReplyDelete
  3. TQ atas perkongsian AJ..
    syukur dpt pengetahuan baru ttg anak patung permainan kanak2 ni..

    ReplyDelete
  4. Dulu-dulu ai suka anak patung. Makin lama makin dah tak gemar. So terletak je kat almari dalam bilik.

    ReplyDelete
  5. Dulu selalu belikan anak patung menyerupai orang utk anak-anak saudara, tapi sekarang tak beli dah.. :)

    ...

    ReplyDelete
  6. Terima kasih kak perkongsian..memang dengar banyak pendapat bab ni kak.

    ReplyDelete
  7. Anak2 perempuan memang suka permaianan anak patung ni

    ReplyDelete
  8. untuk permainan budak2 memang boleh la kan, permainan bapak budak yg x berapa ok.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.