Sambal terung ikan masin
Kak ana suka juga masak dan makan sambal terung di rumah ni. Selalunya kak ana masak sambal terung menggunakan terung panjang. Goreng dahulu kemudian sambal kannya dengan ikan bilis. Memang sedap manis pedas rasanya.
Tapi kali ni, besan kak ana bagi terung bulat. Agak banyak juga dalam 6 biji macam tu. Selain dari masak lemak tumis darat dengan ikan masin, kali ini kak ana masak pula sambal juga dengan ikan masin. Pertama kali masak sambal terung dengan terung bulat, tapi sedap juga rasanya.
Sambal terung bulat ikan masin
Kak ana nak kongsikan juga di sini resepi dan cara kak ana masak sambal terung bulat dengan ikan masin . Mudah tapi sedap. Kak ana gunakan ikan masin duri sahaja, mudah sebab ia tak bertulang halus cuma tulang tengah sahaja , kan..
Bahan-bahan sambal terung bulat ikan masin
2 biji terung bulat ( kalau guna terung panjang pun sama sahaja sedap, In Syaa Allah )
Ikan masin ( kak ana guna ikan masin ikan duri keping )
3-4 biji bawang merah ( lagi banyak lagi sedap )
2 ulas bawang putih ( blend bersama bawang merah )
cili kisar ( ikut pedas masing-masing )
1 sudu sos tiram
1 sudu sos cili
garam & gula secukup rasa
minyak untuk menumis
Cara masak sambal terung bulat ikan masin
1. Hiris nipis terung bulat, bersihkan dan goreng hingga layu, ketepikan.
2. Hiris kecil ikan masin , bersihkan dan tumiskan dalam lebihan minyak goreng terung tadi.
3. Masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah di blend.
4. Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak. Tambah sedikit air jika terlalu kering.
5. Masukkan sos tiram dan sos cili jika suka. Masukkan terung bulat yang dah di goreng, gaul sebati.
6. Rasakan dengan garam dan gula secukup rasa dan boleh lah di angkat jika dah masak sempurna.
Sambal terung ikan bilis
Macam kak ana cerita tadi, selalunya kak ana suka masak sambal terung panjang bersama ikan bilis sahaja jika ada terung di rumah. Sama sahaja kaedah dan resepinya cuma ikan masin di gantikan dengan ikan bilis yang di goreng terlebih dahulu.
Cuma secara peribadi kak ana lebih suka makan sambal terung panjang ikan bilis ni kerana ia lebih manis berbanding terung bulat. Sambal tu ikut kreativiti masing-masing.


1 Comments
saya pagi tadi masak terung dengan daging goreng
ReplyDelete