Anak-anak selalu sangat cerita sedapnya makan dessert di Mykori Cafe Seksyen 7 Shah Alam masa depa kat kolej. Rupa-rupanya kat Rawang ni pun dah buka Mykori Cafe kat area Tesco sana tu. Petang Isnin lepas, jiran ana, Ida ajak temankannya makan pencuci mulut di Mykori tu. Ermm.. memandangkan tak pernah lagi rasa, ana ikut je lah Ida, Adik Ika pun pergi sekali, kami temankan Ida dan Raisha walaupun Raisha masih baby bukan boleh makan pun hehe ,sian dia :) 


Menu-menu sedap Mykori Dessert Cafe


Mykori Dessert Cafe ni hanya menjual menu-menu pencuci mulut tapi nampak pun sedap-sedap semuanya dari sajian menu yang di berikan. Signature dish mereka ialah Kakigori dalam bahasa Jepun ataupun shaved ice dessert. Alaa.. macam ais kepal lah lebih kurang tapi ia sangat-sangat halus dan berperisa susu dan yogurt. Memang sedap sangat. Pastu depa ada pelbagai topping pilihan yang menarik macam buah-buahan, kekacang dan sebagainya.



Kiranya tak lah ragu tentang ke halal lannya sebab basic pun ais, susu dan yogurt di satukan dengan buah-buahan. Kalau masih was-was tak perlu makan,senang kan. Lagipun di page Mykori Malaysia turut menyatakan mereka menggunakan produk yang Halal Jakim.Terpulang lah pada individu masing-masing, tak ada paksaan pun kan nak makan ke tak.




Rasa shaved ice yogurt ni memang sedap, tak terlalu manis dan ada masam-masam sikit. Paling ana suka yang dengan taburan kekacang badam, kuaci, dan laici tu, sedap ya amat. Korang kena cuba sendiri baru lah boleh nikmatinya. Jom lah ana kongsikan disini beberapa menu pencuci mulut Mykori Dessert Cafe yang ana dan anak-anak pernah nikmati. Ada masa korang try sendiri naa :) 





Inilah dia Croissant Taiyakie atau pun ikan Jepun menu  snack kat Mykori Dessert Cafe yang ana cuba, ada rasa garing macam pastri wafle garing di luar dan keenakan inti aiskrim di dalamnya. Ada pelbagai pilihan fillings yang korang boleh pilih antaranya kacang merah, kepingan ayam, pisang, aiskrim dan sebagainya. Harga nya cuma RM7 sahaja, sedap dan kena makan panas-panas. 



Hat ni pun sedap Kenko Kakigori korang boleh pilih nak makan yogurt ice atau pun milk ice dengan 3 kekacang dan 2 buah-buahan pilihan untuk topping nya. Harganya RM13 dan RM14 semangkuk. Memang sedap.







Hat yang Kak Long makan kat Mykori Dessert Cafe Seksyen 7, Shah Alam ni pula kata depa yang paling sedap laa. Namanya Mont Mauve Kakigori. Ianya merupakan gabungan mix berry ice, fresh strawberries, blueberries dan rasberries. 




Topping pula dengan whipped cream. So dah boleh bayangkan rasa masam berries dan lemak whipped cream tu kan. Mesti sedap. Hat ni agak mahal sikit lah harganya dalam menu ialah RM25.




Yang ni pula honeydew melon kakigori harganya pun boleh tahan gak RM26 tapi memang dapat makan sebiji honewdew laa depa belah dua isi dalamnya balik dengan shaved ice dan isi buah honeydew tu yang di bentuk bulat-bulat. Habis ais tu korang boleh ce ceduk isi honeydew tu sampai licin. 




Ada pelbagai lagi menu-menu pencuci mulut yang korang boleh cuba di Mykori Dessert Cafe ni. Masa ana pii petang ni Mykori ni dipenuhi oleh pelbagai kaum dan lapisan usia. Memang sedap lah kan petang-petang pekena dessert yang sedap dan segar macam ni. Owh sebelum lupa, Mykori Cafe ni hanya di buka selepas pukul 2 petang di kebanyakan outletnya. Korang carilah di mana Mykori paling dekat dengan kawasan korang untuk mencuba sendiri sebab ia memang banyak outlet sekitar Selangor dan Lembah Klang, luar kawasan ana tak pasti boleh je cari dari info di laman web depa naa.




16 Comments

  1. sedapnya kak ana.. terliur tgk dessert sedap2 kat mykori ni..haha..
    http://www.ceriteraibu.com/2019/07/new-model-pressure-cooker-noxxa-yang.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah Dillah memang sedap2 dessert depa ni :)

      Delete
  2. menarik ni...nieyl suka bab-bab dessert ni...nak cari yg paling hampir ngan nieyl

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada banyak outlet Mykori sekarang ni Nieyl :)

      Delete
  3. alahh.. alahhh.. semua menggoda tau.. :)

    ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu tergoda ke Ain ajak lah pokcik pi try Mykori :)

      Delete
  4. Aduh sedapnya semua kakna. Adussss, memanggil suh cari mykori je ni 😣

    ReplyDelete
  5. Laa..dekt ngn tesco ke??boleh kite try nnt..btw done follow blog kak ana 😊

    ReplyDelete