Kelas Renang Muslimah & Kanak-kanak di Swimrush Academy

Dari kecil lagi ana memang teringin sangat nak pandai berenang. Dulu masa kami membesar di kampung, sungai kat belakang rumah jerr, tapi arwah Tok dan Opah memang melarang sangat kami cucu-cucunya pii sungai tanpa pengawasan orang dewasa. Bila ramai-ramai baru boleh turun ke sungai. Punya lah cemburu tengok adik ana dan sepupu yang pandai berenang ni. Kami main je lah tepi-tepi sungai yang cetek.

Sampai lah ke hari ini, bila dah dewasa sibuk dengan urusan kerja, rumahtangga sampai ke sudah tak pandai berenang. Sedangkan berenang tu bagus sangat, banyak manfaatnya dari segi keselamatan dan kecemasan mahupun sebagai riadah dan senaman. Rugi rasanya tak pandai berenang ni. Jadi korang yang punyai peluang dan kesempatan untuk belajar berenang , eloklah pii belajar. Cuma kebanyakan kelas renang ni agak terbuka, sedangkan kita wanita muslimah ni banyak perkara yang harus kita jaga.




Bila ana terbaca tentang kelas renang untuk muslimah dan kanak-kanak ni, tertarik nak war-warkan pada korang semua. Inilah yang di cari-cari di mana kita boleh belajar berenang bersama anak-anak dalam keadaan yang selesa, mesra muslimah gituew. Yang ana maksudkan ialah di Swimrush Academy.



Keistimewaan Swimrush Academy 


Kekangan utama untuk kita wanita ni nak ikuti apa-apa kelas sekali pun ialah faktor masa lah kan. Sibuk seharian dengan urusan kerja dan rumahtangga. Kebanyakan kelas renang pula di adakan pada waktu hujung minggu, sedangkan waktu begitulah kita nak beriadah bersama keluarga, mengemas rumah dan sebagainya. Alhamdulillah... Swimrush Academy  mengadakan kelas renang pada hujung minggu dan di sebelah malam. Malahan sekiranya korang tak dapat menghadiri kelas, akan di adakan pula kelas gantian. Maknanya dah selesai semua urusan bersama keluarga bolehlah ikuti kelas renang bersama anak di sebelah malamnya. Boleh rujuk jadual di bawah ni : 






Untuk kelas renang kanak-kanak, Swimrush Academy boleh mengajar seawal usia 5 tahun. Lebih mudah melentur anak-anak ni dalam apa bidang sekali pun di usia yang muda, kan. Mereka mempunyai tenaga pengajar yang terlatih dalam bidang renang ni. Kelas renang meliputi teknik berenang Breastroke, Freestyle, Backstroke, Butterfly.

Lebih menarik Swimrush Academy bukan sahaja mengajar teknik asas berenang sahaja malahan meliputi silibus tambahan antaranya menerapkan keyakinan bila berada di dalam air dan juga program keselamatan di dalam air langkah-langkah kecemasan dan lain-lain. Ini amat penting untuk faktor keselamatan kerana walaupun pandai berenang belum tentu selamat jika tidak di dedahkan teknik keselamatan atau water survival skills. 




Dimanakah lokasi kelas renang Muslimah dan Kanak-kanak Swimrush Academy ni ? 


Amboi dah berminat nampak ? Mestilah kan.. Swimrush Academy mempunyai 4 cawangan di lokasi yang berbeza sekitar Kuala Lumpur dan Selangor iaitu : 

1.Batu Caves : Kompleks Renang Seri Siantan
- Terdapat kelas renang lelaki, wanita dan kanak-kanak

2.Bangsar : Jalan Turi Bukit Bandaraya
- Private Pool (Kolam persendirian ) untuk kelas renang kanak-kanak 

3.Cheras : Komples Sukan Desa Tasik
- Untuk kelas renang wanita  dan kanak-kanak

4 Shah Alam Seksyen 14
- Private Pool ( kolam persendirian ) untuk kelas renang wanita sahaja 




Tapi sekiranya korang memilih untuk belajar secara persendirian pun tak ada masalah. Swimrush Academy turut menyediakan private class ( Home to home basis ) di mana jurulatih atau tenaga pengajar boleh datang ke rumah untuk mengajar berenang tanpa caj tambahan pengakutan (no transportation fee). Tapi pastikan lah kediaman korang tu ada kolam renang lah kan :) 

Bukan setakad kelas berenang sahaja, Swimrush Academy juga mempunyai kelas menyelam untuk mereka yang minat menyelam dan travel ke pulau tu. Mereka boleh sahaja mengajar teknik menyelam dalam air 1.2 hingga 1.8 kedalaman air. Nanti boleh lah scuba bila travel ke pulau-pulau peranginan, bestnya. 

Swimrush Academy menjanjikan pengalaman berenang dari  ZERO to HERO Swimmer, In Shaa Allah. 

Untuk keterangan lanjut dan pendaftaran, korang boleh lah layari mana-mana pautan yang ana berikan di bawah : 

Laman web : swimrushacademy.com

Facebook : swimrush

Instagram : @swim.rush


Kelas Renang Muslimah & Kanak-kanak di Swimrush Academy Kelas Renang Muslimah & Kanak-kanak di Swimrush Academy Reviewed by Ana Jingga on August 21, 2019 Rating: 5

2 comments:

Powered by Blogger.