Rahsia Tidur Lena Dengan Bantal Hotel DAG
Korang perasan tak kat jalan raya atau lebuhraya satu billboard ungu gambar lelaki peluk dua biji bantal tu ? Serius kan, ana geram sangat nengok nyaa, bukan apa macam gebu beno rupa bantal yang di peluk nya tu :) Nak nak lagi kalau travel long distance , ana selalu sakat suami yang tengah drive tu, " bang kalau dapat bantal hotel gebu macam mamat tu pegang laa nii kan best, boleh nyenyak tidur sebelah driver ni haa " . Suami balas balik, " Ye laa, ayang tidur abang drive sengsorang ye, mana acii !! ". Itulah dialog penghilang ngantuk kami di jalan raya, abaikan jerr..
Yang sebenarnya saja nak kaitkan billboard tu dengan kisah ana dan bantal gebu. Dah selalu sangat terpandang papan iklan bantal hotel gebu tu, terus terfikir nak try lah sebiji dulu, betul ke gebu bagai yang digambarkan. Kebetulan lah nak carikan bantal untuk Adik Ika balik hostel tak lama lagi ni, kan. Ana teringat iklan kat hiway masa balik dari Sungai Buloh petang semalam, terus layari ke laman web Das Abdul Global.. Tengok-tengok apa yang ada kat sana, berapa harga. Sebab bukan nak beli banyak satu je nak bagi Adik Ika dan kalau okay bagai di iklankan, boleh lah tambah untuk kegunaan sendiri pula nanti.
Rupanya ada 3 pilihan kategori bantal Das Abdul Global ( DAG ) ni untuk dipilih. Berbeza harga dan jenis kriterianya.. Ana berkenan pula nak try yang H-Classic tu, orang lama kan berkenan sangat dengan benda-benda classik ni :) Kalau baca dari penerangan di laman web DAG di katakan Bantal DAG H-Classic ni H-Class koleksi bantal 4 Bintang.
Antara kelebihan bantal DAG H-Classic ni ialah :
Hygiene - tidak berdebu dan anti alergik. Sangat bagus untuk mereka yang asma.
Lembut & gebu - dibuat dari bahan yang empuk. Sesuai dengan tekstur kepala dan bahu. Selesa dan tidak panas
Mudah untuk dicuci & dijaga.Tidak memerangkap lembapan seperti habuk dan peluh yang sebabkan bantal menjadi lembab, busuk, gatal dan tekstur dalaman menjadi lembik.Boleh dibasuh menggunakan washing machine. Haa hat nii ana suka senang lah nanti nak basuh sumbat masuk mesin basuh pun boleh . Beress...Berapa harga bantal DAG ni ? Tuu ada kat atas tu mengikut kategori bantal pilihan korang dan ada harga promosi untuk combo pembelian juga.
Jadi ana pun klik kat slot Tempahan tu, isi butiran yang di minta, macam biasa lah alamat dan nombor untuk di hubungi. Tup Tup!! Esoknya dapat whatsapp dari Cik Nat, admin di DAG katanya. Cik Nat confirmed kan sekali lagi jenis bantal yang di order dan kawasan tempat tinggal sebab nak cari seller untuk hantar tempahan. Owh!! Macam tu rupanya cara nak beli bantal DAG ni, patutlah DAG - antara jenama bantal taraf hotel yang terbaik di Malaysia . Servis depa tip top cepat respond. Dan petang tu juga dah ada seller yang hubungi ana dari Selayang, Puan Zana namanya. Kami borak-borak kenal-kenal dulu, confirmed kan harga dan cara nak penghantaran.
Mula-mula ana janji nak ambil sendiri di Selayang hari Ahad lepas sebab memang nak ke sana atas urusan lain, tiba-tiba Puan Zana ada kecemasan terpaksa ke Melaka. Tak apa lah kan dah ada hal kecemasan dan Puan Zana janji nak hantar malam tu ke rumah. Alhamdulillah jam 11 malam Puan Zana sampai dengan suami ke rumah hantar bantal DAG, Masyaa Allah terbaik sungguh servis seller DAG ni. Kalau ada orang Rawang, Selayang dan sekitar nya nak beli Bantal Hotel Das Abdul Global (DAG) ni korang boleh lah contact Puan Zana di whatsapp : 012-257 4492
Esok pagi-pagi tak sabar dah nak buka dan try sendiri empuk ke idak bantal nya. Taraa!! Ana buka plastik try dulu baring-baring.. Yuhuu !! Best korang.. lembut.. empuk.. gebuuu.. tenggelam bila baringgg.. Ana sarungkan dulu dan gunakan sebelum Adik Ika bawa balik hostel. Biar ibu rasmikannya terlebih dahulu.
Alhamdulillah.. memang sangat berbaloi untuk membeli bantal DAG ni kerana bantal hotel DAG amat berkualiti tinggi . Betul-betul sama macam bila kita tidur di hotel-hotel tu, lembut, gebu dan selesa. Tidur pun lena guna Bantal Hotel DAG Pillow . Jangan terlajak bangun Subuh sudah ye :) Kunci alarm tu .
Untuk ana sendiri lah, tidur lena di waktu malam amatlah penting untuk kesihatan dan kecerdasan di pagi keesokkannya. Kalau tak cukup tidur mula lah sakit kepala, mood pun jadi kurang baik dan untuk anak-anak ni juga sama penting supaya mereka dapat fokus pada pelajaran dan pekerjaan sepanjang hari. Kerana itu kita sangat perlukan bantal untuk tidur lena dengan selesa sepanjang malam. Dan rahsia tidur yang lena adalah dengan bantal yang empuk , suasana kamar tidur yang tenang dan mendamaikan , dan yang paling penting amalkan membaca surah-surah pilihan sebelum tidur lah kan.. Kalau ana, In Shaa Allah pastikan Al-Mulk baru tidur.
Satu lagi ciri menarik untuk ana tambah pembelian lagi lepas ni ialah bantal DAG senang dan mudah untuk dijaga . Tidak perlu bersusah payah atau memerlukan alatan khas, bantal DAG boleh dibasuh dengan menggunakan mesin basuh ataupun boleh dijemur sahaja. Dengan penjagaan yang baik boleh bertahan sekurang-kurangnya 2 tahun . Jangan lupa bantal ni pun ada expired date juga tau. Bukan boleh pakai sampai lusuh hehe..
Ana yakin dengan jaminan kualiti dan servis yang baik dari pengalaman ana sendiri membeli dan menggunakan bantal DAG - adalah antara jenama bantal taraf hotel yang terbaik di Malaysia . Walau bagaimana pun korang kena cuba sendiri dan dapatkan bantal Das Abdul Global untuk merasai sendiri lena nya tidur berbantalkan bantal yang empuk dan lembut bertaraf hotel ni.
Mengambil kata-kata A good pillow is key to a good night's sleep. Everyone must choose a right pillow for a better sleep cause good pillow is as important as having a comfortable, supportive mattress for a good night's sleep. Ana yakin Das Abdul Global - antara brand bantal terbaik di Malaysia .
Sekiranya korang berminat untuk membeli dan mencuba sendiri bantal Das Abdul Global , boleh layari
Laman sesawang : www.dasabdulglobal.com/
DAG Home Bolster - produk terbaharu DAG |
Untuk update terkini dan promosi bolehlah singgah ke :
Facebook : Das Abdul Global
Instagram : @dasabdulglobalofficial/
INGAT DAG , INGAT BANTAL HOTEL
#DasAbdulGlobal #DASabdul #DAGtidurLenaSepertiDiHotel #BantalHotelDAG #DAG® #DAGpillow #bantalhotel #hotelpillow
4 Comments
iklan DAG ni memang menghantui .. terngiang2 kat kepala ni. belum campur iklan kat billboard.. merata2 ada.. bagus betul team marketing diorang.
ReplyDeletekan Tatie good marketing, mudah orang kenal penjenamaannya :)
DeletePeta dia betul2lah.
ReplyDeleteBukan peta kejadian
kena cari produk ni
hehe peta dunia tu Wak, ramai seller bantal ni Wak buat je tempahan di laman web dasabdulglobal nanti seller akan hantar ke rumah :)
Delete