Rawang Dah Ada Restoran Marrybrown di Caltex Sungai Choh

Pagi ni bukan main excited nak pii majlis perasmian pembukaan cawangan Marrybrown terbaharu dan yang best sangat tu ianya di Rawang ni haa!! Seronok lah kan ada satu lagi pilihan restoran makanan segera di bandar Rawang. Boleh lah tukar-tukar selera sekali sekala. Kalau korang belum tahu lagi nii nak bagitau laa nii, Marrybrown dah buka secara rasmi di stesen Caltex, Sungai Choh tuu. Haa bijak Marrybrown kan, duk tengah-tengah. Mudah orang Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Sungai Buaya, Sungai Choh dan bandar Rawang nak pii makan sebab duk tengah-tengah semua kawasan padat penduduk tu. 


sama pulak tudung dengan kotak Marrybrown :) 


Restoran Marrybrown, Sungai Choh, Rawang





Kalau korang nak tahu, Marrybrown merupakan restoran rantaian makanan segera Halal tempatan yang pertama dan terbesar di Malaysia ni dan di Caltex Sungai Choh ni pula adalah cawangan yang terbaharu mereka dan merupakan Marrybrown pertama lah untuk daerah Rawang nii. Patut lah meriah benar majlis perasmiannya yang telah dberlangsung pagi tadi oleh Dato' Joshua Liew , CEO Marrybrown Malaysia bersama Tuan Shahid Ahmed yang merupakan Country Chairman Chevron Malaysia Limited. Memang happening sangat dengan kehadiran kami geng lifestyle and food blogger Malaysia, khasnya yang tinggal sekitar Rawang ni. Memang seronok sangat sekali sekala berkumpul kan. 





Dato' Joshua Liew , CEO Marrybrown Malaysia


Tuan Shahid Ahmed yang merupakan Country Chairman Chevron Malaysia Limited


Ianya juga merupakan jalinan kerja sama pertama antara Caltex dengan Marrybrown Malaysia yang memilih Caltex Sungai Choh ni sebagai lokasi mereka. Paling tidak pun penduduk Rawang boleh lah menikmati pelbagai menu lazat di sini kan. 






Ana sendiri penggemar beberapa menu sedap dari Marrybrown ni antara menu pilihan ana pastilah Marrybrown Crispy Chicken dan Mee Kari MB yang pekat melekat tu. Ayam goreng MB ni ana suka pada bahagian kulit nya tu rangup sangat kan. Kali ni senang dah nak makan sebab dah ada cawangan yang tak lah berapa jauh dari rumah. Kalau tak sebelum ni kena pergi jauh tak pun balik Teluk Intan baru dapat makan Marrybrown ni sebab kat sana pun ada cawangannya. 







Marrybrown telahpun memenuhi berjuta citarasa penduduk dengan lebih daripada 500 buah cawangan restoran mereka di 16 buah negara dengan objektif memberikan servis yang berkualiti tinggi, terbaik, menjaga kebersihan ruang dan makanan untuk menjadikan pengalaman makan di restoran Marrybrown sesuatu yang sempurna, gitu.. 






Banyak pilihan menu dari restoran Marrybrown yang korang boleh nikmati dengan harga yang berpatutan dan mampu makan. Dan sempena dengan hari perasmian pembukaan cawangan Marrybrown di Caltex, Sungai Choh ni menawarlan menu pilihan secara percuma kepada 100 pelanggan terawal selama 3 hari mulai hari ini 15.9.2019 hingga 17.9.2019 . 


15hb Ogos 2019 ( Khamis ) - *Percuma Nasi Marrybrown
16hb Ogos 2019 ( Jumaat ) - *Percuma Chicken Burger 
17hb Ogos 2019 ( Sabtu ) - *Percuma 1 ketul MB Crispy Chicken 

*dengan satu pembelian dari menu Marrybrown untuk seorang pelanggan





Untuk keterangan lanjut dan pelbagai promosi di Marrybrown korang bolehlah ikuti di :

Instagram : Marrybrownmy
Youtube ; MarrybrownTV 






Rawang Dah Ada Restoran Marrybrown di Caltex Sungai Choh Rawang Dah Ada Restoran Marrybrown di Caltex Sungai Choh Reviewed by Ana Jingga on August 16, 2019 Rating: 5

3 comments:

  1. Wah.. bestlah.. Bolehlah menyinggah nanti..

    ReplyDelete
  2. Untung orang sana, ada MaryBrown dah.. :)

    ...

    ReplyDelete
  3. kite sukaaa nugget udang n bubur nasi marrybrown..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.