Masih nak bercerita kisah masakan menu dari daging korban. Walaupun cuma bawa balik sekilo dari kampung, tapi dua kali masak juga dapat. Sebab nya kat rumah ni jenis makan nasi sekali sehari, kami makan nasi tengahari je, malam tak berapa nak masuk makan nasi campur, boleh lah sekadar nasi goreng atau pun menu ringan-ringan pengalas perut. 




Kalau di kampung sebelum ni ana masak daging korban menu rendang hitam daging, balik rumah hari tu sempat lah goreng kunyit daging dan kali ni ana menu kan daging masak kicap berempah. Haa!! Masak kicap berempah kerana ana menggunakan rempah masak kicap Mak Siti lah. Tak habis-habis lagi dengan Rempah Ratus Mak Siti kan, sebab ianya mudah dan sedap. Produk orang kita kan, wajar lah kita war-war kan. Meh la ana kongsikan cara mudah masak daging masak kicap berempah dengan Serbuk Rempah Masak Kicap Mak Siti ni. In Shaa Allah sedap. 



Resepi Daging Masak Kicap Berempah 



Bahan-bahan : 

Daging 
Kicap lemak manis - Ana guna kicap Jalen 
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Lada hitam - di tumbuk kasar
Gula perang
Serbuk Rempah Masak Kicap Mak Siti
Tomato ceri
Daun bawang
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara masak daging masak kicap berempah 

1. Perap daging yang di potong nipis dengan kicap lemak manis , gula perang dan lada hitam yang ditumbuk kasar dalam se jam atau lebih. 



2. Tumbuk lumat bawang merah, bawang putih dan halia. 

3. Panas kan minyak dan tumis hingga naik bau. 

4. Bancuhkan Serbuk Rempah Masak Kicap Mak Siti dengan sedikit air sehingga menjadi pes yang pekat. 

5. Masukkan ke dalam tumisan dan biar masak seketika, barulah masukkan daging dengan air perapannya sekali. 

6. Masak hingga mendidih dan tambahkan sedikit air jika terlalu kering. 

7. Rasakan dengan garam kerana kicap lemak manis tidak terlalu masin. 

8. Bila daging dah empuk barulah masukkan tomato dan daun bawang. 

9. Sedia untuk di makan dengan nasi putih panas-panas. Rasa menu ini ada rasa rempah dan manis daging. 




Selamat mencuba.


9 Comments

  1. sedapnyaa! saya paling fav kalau daging masak kicap😍

    ReplyDelete
  2. alahaii..sedapnya...
    cuma kat sini agak susah nak cari instant rempah mcm Mak Siti ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Siti sekarang boleh beli secara online Atie :)

      Delete
  3. Nak cari juga la serbuk rempah mak siti tu. Macam sedap je

    ReplyDelete