Adik Ika lah yang beriya sangat nak ajak kami pi Balai Seni Lukis Negara ni, sebab dia tengok banyak orang duk upload kat Instagram. Lepas kenduri rumah kawan suami, lepas Zohor tu kami terus lah ke Balai Seni Lukis Negara yang terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Selalu je lalu lalang tapi tak terfikir pun nak singgah sebab biasa lah Balai Seni Lukis ni ada pameran lukisan sahaja lah kan. Dan kami pun pernah je masuk sebelum ni dan serius boring, tak faham pun tengok lukisan tergantung sana sini.





Balai Seni Lukis Negara , Kuala Lumpur 




Rupanya sekarang ni memang happening sangat kat area Balai Seni Lukis ni. Ana tak pasti ianya setiap hujung minggu atau ada event tertentu ke, tapi masa kami mai tu ramai sungguh orang kat sana. Ada pameran dan jualan seni di sekitar luar balai dan turut ada persembahan buskers serta live band di pentas-pentas utama. Penuh anak-anak muda lepak-lepak kat sana, yang tak berapa muda pun ada juga lah kan :)



Kami pun masuk ke dalam ruang pameran di Balai Seni Lukis Negara ni, masuk PERCUMA sahaja. Ada beberapa dewan pameran yang ada kat dalam ni. Setiap pameran akan bertukar mengikut tema dalam tempoh masa tertentu. Ada beberapa arca dan ruang pameran dan di dalam ni boleh ambil gambar dan posing-posing. Sebab tu ramai yang duk upload kat Instagram. Tak caya korang pi la tengok kat #BalaiSeniLukisNegara tu . Kalau pandai pose dan cari sudut yang sesuai memang cantik-cantik dan berseni lah hasil foto korang.




Setiap arca atau tema yang dipamerkan di sini sama ada artifak seni atau lukisan ada kisah yang ingin di sampaikan oleh pengkarya nya di terang kan dengan jelas di sudut pameran. Memang kreatif lah persembahan seni visual yang di pamerkan di dalam galeri pameran. 






Kak Long dan Adik Ika je yang banyak bergambar. Ana macam biasa lah cari bahan untuk blog. Dan di bawah ni ana kongsikan beberapa keping foto di ruang-ruang pameran Balai Seni Lukis Negara. Ia dibuka setiap hari mulai jam 10 pagi hingga ke 6 petang. Terletak di No. 2, Jalan Temerloh, Off Jalan Tun Razak,53200 Kuala Lumpur . Bersebelahan Istana Budaya. Untuk mengetahui pameran-pameran terkini di sana korang boleh lah layari ke http://www.artgallery.gov.my/



























4 Comments

  1. Bagusnya dgn IG ni, anak-anak muda suka cari port bergambar yg cantik/rare sampaikan Balai Seni ni pun depa terjah. At least tahu juga kewujudan & kegunaannya kan AJ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah PH, bila depa posting secara tak langsung tempat2 ni jadi tarikan pada yang lain untuk pergi :)

      Delete