Bunga pink menghias laman

Lama pula rasanya tak terbitkan entri Wordless Wednesday, selalu mesti ada yang di bebelkan ye tak. Hari Rabu ni ana tak ada apa nak story mory panjang lebar, sekadar nak berkongsi keindahan bunga mawar dan bunga tapak kucing berwarna pink yang sedang mekar di halaman. Walaupun cuaca berjerebu, kuntuman bunga masih mekar mengharum menghiasi laman teratak kami. Subhanaallah..indahnya ciptaanMu Ya Allah.. 


Bunga ros pink 









Bunga tapak kucing ( torenia flower ) 



torenia


Pokok bunga tapak kucing ni pemberian Kak Long, hadiah buat ibu bila dia menerima gaji pertamanya untuk internship baru-baru ni. Bunga ni nama nya ialah torenia ( selepas meng Google baru tahu ), tapi kalau kat kampung mak bagitau ni bunga tapak kucing sebab kalau tengok betul-betul macam paws anak kucing kan hehe :) Terima kasih Kak Long, In Shaa Allah biji benihnya mudah tumbuh anak pokok baharu nanti boleh lah tahan hendaknya, Aamiin. Pokok bunga torenia ni setahu ana, ada dua  warna satu hat pink putih ni dan satu lagi ungu putih, kan :) 


Bunga pink menghias laman Bunga pink menghias laman Reviewed by Ana Jingga on September 11, 2019 Rating: 5

6 comments:

Powered by Blogger.