Serius ana memang tak pernah ambil sebarang job dari luar negara ni, walaupun banyak juga tawaran di email. Pertamanya agak kurang yakin dan was was sama ada ianya benar atau salah satu taktik scammer, keduanya ana tidak mempunyai akaun Paypal waktu itu. Semua job dari luar negara termasuk lah dari negara jiran sendiri adalah di bayar dalam mata wang USD ataupun matawang mereka sendiri.

Namun segalanya berlaku secara kebetulan, bila baru-baru ini, ana menerima email tawaran untuk backlink pada salah satu entri yang ana terbitkan. Maknanya PR menawarkan sejumlah bayaran yang di nyatakannya dalam Ringgit Malaysia untuk mereka meletakkan satu backlink di dalam entri di www.anajingga.com . Agak lumayan juga untuk satu backlink. Ana terima lah tawaran tersebut dan bila dah siap paste , email kan semula dan PR meminta akaun Paypal untuk urusan pembayaran. Ah! Sudah.. Ana tak ada pun akaun Paypal ni. Dan bila ana reply, PR suruh ana buka, Percuma sahaja katanya sebab dia tak boleh nak transfer payment kerana PR adalah dari India.






Ermm.. Mula-mula cuak juga dah, kali pertama deal dengan company dari India sedangkan backlink yang di post adalah dalam negara. Cuma pengurusan adalah dari negara India sana. Ana hubungi blogger Sis Hawa sebab ana pernah lihat Awa terbitkan satu entri cara-cara membuka akaun Paypal. Dengan bantuan Awa, akhirnya ana berjaya juga buka akaun Paypal dan Alhamdulillah payment telah pun selamat masuk ke akaun bank ana. Dan ana ingin kongsikan pengalaman ana ni pula bersama pencari info yang lain semoga dapat pula membantu mereka yang baru nak buka akaun Paypal dan cara menggunakannya sehinggalah wang tersebut selamat masuk ke personal akaun kita. 

Banyak tutorial ada di internet termasuklah dari blog dan Youtube tentang cara-cara membuka akaun Paypal ni. Untuk tutorial di blog yang ana gunakan adalah terbitan Sis Hawa sendiri di SINI dan Youtube pun ada beberapa terbitan yang ana jadikan panduan. Mudah untuk di fahami. 

Cara mendaftar akaun Paypal : 


1. Mula-mula perlulah ke laman web Paypal .

2. Di penjuru atas kanan, klik pada pautan Sign Up


Image result for cara daftar akaun paypal


3. Di sini kita diberi pilihan untuk memilih akaun sama ada " Buy with Paypal " atau pun " Receive Payments With Paypal " . Ana di ajar oleh Awa untuk memilih option kedua, kerana kita bakal menerima bayaran dari client melalui akaun Paypal kita nanti. 

4. Seterusnya kita di minta Sign Up dengan email dan password. Pastikan kita menggunakan email yang benar-benar aktif dan password tu catat lah kay. Ia bagaikan kita membuka akaun online banking juga sebenarnya kerana segala transaksi akan di notifikasikan melalui email yang di daftarkan. Begitu juga password untuk urusan Log in nanti. 

5. Selepas itu kita akan di bawa ke kolum-kolum butiran peribadi yang diperlukan dan isi lah dengan betul untuk mempastikan ia mudah di akses kemudian. Dari pembacaan ana di internet majoriti menyatakan semua data peribadi kita adalah selamat di Paypal. In Shaa Allah. Sampai step terakhir di mana kita dikehendaki klik pada button " Agree and Continue " . 

6. Kita akan menerima email pengesahan dari Paypal dan klik melalui pautan di email untuk pengesahan email dan teruskan lagi dengan melengkap profile serta maklumat link ke akaun bank kita. Selesai lah proses pendaftaran Paypal . 

Cara menggunakan akaun Paypal :



kredit foto TheHaikal ( Youtube ) 


Untuk menerima bayaran daripada client ke akaun Paypal, kita perlu menghantar invoice kepada client dari akaun Paypal kita sendiri.


Image result for cara create invoice akaun paypal


Selepas Log in ke akaun Paypal, klik pada bahagian Manage Invoice dan Creat untuk melengkap butiran invoice ke dalam template yang telah sedia ada. Kita cuma perlu masukkan alamat email client, jumlah bayaran serta butiran description job atau task dan klik pada button " Send " Ia akan di hantar terus kepada client melalui email dan selepas menerima bayaran, sekali lagi Paypal akan menghantar notifikasi kepada kita melalui email yang kita daftar.

Selepas bayaran di terima, kita bolehlah withdraw dan transfer ke personal akauan bank pula. Atau ada juga yang suka menyimpan wang terus di Paypal dan withdraw kemudian bila dah banyak. Ikut lah kan. Dan perlu di nyatakan bahawa yuran Paypal untuk withdraw jumlah kurang dari RM400 kalau tidak silap ana ( ada terbaca di internet ) adalah RM3. Paypal menyatakan urusan transfer adalah dalam 2-5 hari bekerja tetapi Alhamdulillah, ana menerima masuk ke akaun bank pada keesokkannya sahaja.

14 Comments

  1. tahniah
    rezeki daripada luar negara

    ReplyDelete
  2. Tahniah kak ana! Semoga terus dimurahkan rezeki

    ReplyDelete
  3. Yup, laju masuk akaun juga...1 hari je duit masuk dah..caj RM4..bagus guna paypal ni..bisnes ebay lagi lah terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus kan EJ, berguna untuk urusan dengan matawang luar negara

      Delete
  4. Akaun ni insha Allah selamat n secure sebab dah guna dekat 4,5 tahun juga. Pernah dapat tawaran backlink tersebut dan amat mudah bila dah ada akaun paypal ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari pembacaan AJ di internet pun ramai yang menyatakan ianya selamat kerana maklumat akaun personal kita tidak di dedahkan :)

      Delete
  5. Sy pun baru saja buka akaun paypal mmg selamat.. nak beli brg luar negara pun senang dgn adanya paypal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Nurul sebab maklumat perbankan kita tak di dedahkan :)

      Delete