DUNKIN’ DONUTS KINI Di SHOPEE SECARA E-DAGANG

Siapa pengemar Dunkin’ Donuts kat sini...?? Siapa tak suka kan, donut gebu geban dengan aneka pilihan topping yang sedap-sedap pulak tu.  Haa!1 Hari ni ana ada berita gembira buat korang. Rangkaian donat Dunkin’ Donuts baru-baru ini memperluaskan saluran perdagangannya dengan Shopee, platform membeli-belah dalam talian No.1 di Malaysia. Matlamat kerjasama ini adalah untuk memberi pengalaman membeli yang terbaik kepada pelanggannya.

“Perjalanan e-dagang kami bermula pada September tahun lepas, apabila kami mula melancarkan kedai dalam talian kami. Kami kemudian bekerjasama dengan syarikat teknologi penghantaran makanan dan minuman atas talian seperti Foodpanda dan Grab untuk menambah baik pengalaman perkhidmatan pelanggan kami. “Kami telah memerhatikan perkembangan perniagaan cawangan-cawangan kami yang telah bekerjasama dengan syarikat perkhidmatan penghantaran makanan atas talian. Pemerhatian ini menunjukkan bahawa perkhidmatan penghantaran makanan menyumbangkan hampir 10% daripada jualan keseluruhan cawangan-cawangan ini,”  kata Jesrina Liew, Pengurus Besar Dunkin’ Donuts Group.




DUNKIN’ DONUTS BEKERJASAMA DENGAN SHOPEE UNTUK MEMPERKASA PERJALANAN E-DAGANGNYA


Beliau menambah bahawa pelanggan hari ini melihat operasi dalam dan luar talian melalui satu kanta tunggal dan perkhidmatan dalam talian mesti disediakan dalam perniagaan makan dan minum. Liew menambah bahawa walaupun masih ramai pelanggan yang gemar mengunjungi premis-premis perniagaan, terutamanya perniagaan makan dan minum, namun tidak dapat dinafikan bahawa ramai juga pelanggan yang gemar mencari maklumat serta promosi dalam talian sebelum membeli di premis makanan.


“Oleh itu, kami beranggapan bahawa pasaran dalam talian seperti Shopee, dengan taktik pemasaran inovatif dan agresif mereka seperti kempen 7.7 Orange Madness dan 9.9 Super Shopping Day boleh membawa maanfaat dan melengkapi perkhidmatan di cawangan-cawangan kami. "Mengambil contoh Kempen Super 9.9 Shopee– kami menganggarkan bahawa pengunjung platform tersebut akan meningkat sebanyak empat kali ganda dan berharap bahawa kempen tersebut boleh memanfaatkan promosi donat RM0.99 serta diskaun pembelian minuman dan barangan kami,” katanya.


Jesrina Liew, Pengurus Besar Dunkin’ Donuts Group


Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopy berkata, “Urusniaga makan dan minum di bawah kategori Tiket dan Baucer Shopee adalah segmen yang baru diperkenalkan. Pada mulanya, kami memaparkan tawaran boucer hotel dan kafe. Memandangkan sambutan pembelian boucer makanan dan minuman kian meningkat, kami menyedari bahawa tiada apa-apa yang menghalang kami daripada bekerjasama dengan lebih banyak lagi rangkaian makan dan minum seperti Dunkin’ Donuts . "


Dunkin’ Donuts Malaysia membangunkan sayap e-dagang untuk meransang perniagaan 


Sejak melancarkan kedai dalam taliannya di Shopee pada 26 Jun 2019, Dunkin’ Donuts telah mendapat sambutan yang sangat positif dari rakyat Malaysia. Ia telah menjual lebih 5,000 donat dalam talian sepanjang kempen 7.7 Orange Madness dan 9.9 Super Shopping Day yang akan berakhir pada 9 September. Di samping itu,  tawaran minuman Dunkin’ Chocolate dan Dunkin’ Coffee juga mendapat sambutan yang memberansangkan.


Di samping itu, kedai maya Dunkin’ Donuts juga mencatatkan peningkatan dalam pesanan harian sepanjang kempen 9.9 Super Shopping Day, berbanding dengan kempen 7.7 Orange Madness. Boucar 9-donut Dunkin’ Donut habis dijual dalam masa tiga hari, menjana peningkatan 1.6 kali dari kempen sebelumnya.


Shopee memuji Dunkin’ Donuts yang telah mengorak langkah kehadapan dan memperluaskan perniagaan makan dan minumnya secara dalam talian kerana ia bukanlah sesuatu yang mudah. Ho berkata, “Kejayaan promosi Dunkin’ Donuts di platform Shopee disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah proses penebusan boucer yang mudah, tawaran dan diskaun eksklusif dalam talian yang hebat. Lebih dari itu, rangkaian donat itu juga mempunyai kesediaan teknologi dan sumber-sumber asas untuk memasarkan produk dan jenama mereka kepada pasaran atas talian yang belum pernah ditembusi sebelum ini.


“Kami akan sentiasa bersedia untuk membantu Dunkin’ Donut, tidak kiralah dari segi pemasaran atau kempen bersama supaya perniagaan atas taliannya terus berkembang dengan jayanya di seluruh negara. Sebagai rakan kerjasama, senarai aset kami seperti sepanduk atas talian, teknologi pemberitahuan (push notification) dan pengirim langsung elektronik (EDM) sudah tersedia untuk dimanfaatkan oleh Dunkin’ Donuts. Selain itu, Dunkin’ Donuts juga boleh memanfaatkan ciri-ciri aplikasi Shopee yang lain seperti Shopee Quiz dan Shopee Live untuk mendekati pelanggan mereka dan memberi pengalaman membeli-belah yang lebih bermanfaat.”




Selain daripada tawaran donat RM0.99, Dunkin’ Donuts juga adalah salah satu jenama yang ditawarkan dalam pek boucer RM9.90 Super Shopping Day 9.9. Melalui promosi ini, pelanggan yang membeli Pek boucer RM9.90 dapat menikmati diskaun daripada pelbagai jenama termasuklah Dunkin’ Donuts. Jumlah diskaun yang diberi penjimatan kepada pelanggan sehingga 17 kali ganda daripada jumlah yang telah dibelanjakan.


Mulai sekarang hingga 9 September, promosi 9.9 Super Shopping Day akan menampilkan diskaun sehingga 90%, dan tawaran harian dari serendah RM1 dalam jualan Shocking Sale dan permainan ONE OR NOT. Pengguna juga akan dapat menikmati penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM9.


Untuk menikmati diskaun hebat Dunkin’ Donut, Sila layari, 



 “GET 'DONUTS HERE IN SHOPEE FOR E-commerce”
Make use of Shoppee Coupons and get good discounts.


Mengenai Dunkin’ Donuts
Dunkin’ Donuts adalah rangkaian café terkemuka di dunia yang diasaskan pada tahun 1950 dan berkembang secara global sejak tahun 1970. Jenama Dunkin’ Donut mempunyai lebih daripada 12,000 cawangan di 50 negara di serata dunia. Dunkin’ Donut menjejaki pasaran Malaysia pada tahun 1987 dan kini mempunyai hampir 90 cawangan di seluruh negara. Rangkaian café ini bermatlamat untuk menghidangkan sumber tenaga positif kepada pelanggannya dengan menawarkan makanan dan minuman yang berkualiti dan perkhidmatan yang baik.


DUNKIN’ DONUTS KINI Di SHOPEE SECARA E-DAGANG DUNKIN’ DONUTS KINI Di SHOPEE SECARA E-DAGANG  Reviewed by AJ on September 06, 2019 Rating: 5

5 comments:

Powered by Blogger.