Hantaran pertunangan gubahan bunga segar

Dua hari lepas kawan baik ana, Nonie hantar lah beberapa keping foto gambar hantaran pertunangan anak buahnya yang bakal berlangsung di Endau Rompin. Punya lah impress tengok lawa ya amat, nampak grand sungguh dan cozy. Bila tengok balik rupa-rupanya hantaran pertunangan ni menggunakan fresh flowers atau bunga-bunga segar. Patutlah lain macam lawa nya kan. Di tambah pula dengan aksesori tambahan kilauan reflek kaca memberikan sentuhan impak mewah pada dekorasi idea gubahan hantaran-hantaran ni. 



Hantaran pertunangan gubahan bunga segar 





Tak pasti pula Nonie sewa atau pun tempah hantaran-hantaran ni, lupa pula nak tanya, tak pun hasil kreativitinya sendiri agaknya, kan ? Sebab bila ana tanya hari tu jawapan mudah kawan baik ana ni, import!! Tu je. Ana pun tak tanya lebih lanjut dah hehe :) Kenal sangat bff ana ni, busy la tu sebab dia seorang business woman yang sibuk sokmo, tapi sentiasa update kawan lama nya ni dalam apa juga urusan personal dan bisnes nya. So proud of her , kami ni kawan lama dah pun dari darjah satu gitu. 




Bila Nonie dah selesai majlis baru sempat minta izin nak share kat sini beberapa keping foto-foto kirimannya hari tu. Mana lah tahu kan simpan buat rujukan masa depan esok, In Shaa Allah. Dan kalau ada yang sedang tercari-cari idea nak siap kan hantaran perkahwinan atau pertunangan dengan gubahan fresh flowers boleh lah dapatkan serba sedikit idea dan inspirasi dari gubahan hantaran ni, kan. Sharing is caring gituew :) 





Apapun, terpulang lah pada bajet masing-masing dalam menyediakan gubahan dan isi hantaran itu sendiri. Kalau mampu tak salah berbelanja lebih untuk meraikan majlis yang istimewa dan hadiah buat insan yang tersayang. Kalau agak-agak kurang berkemampuan, sediakan lah sekadar yang termampu. Perkara tak wajib pun kan, cuma sekadar tuntutan adat perkahwinan Melayu kita yang kaya dengan seni keindahan dan keraiannya. Jangan sampai membazir sudah lah kan. 


hantaran tepak sireh




Di kesempatan ini juga ana ingin merakam kan ucapan tahniah dan selamat bertunang buat anak buah Nonie, Muhd Iqbal dan pasangannya Raihanah. Sedap nama Raihanah ni kan. Semoga dipertemukan jodoh kalian berdua  menuju ke mahligai impian syurga idaman, Aamiin, In Shaa Allah. 




Hantaran pertunangan gubahan bunga segar Hantaran pertunangan gubahan bunga segar Reviewed by Ana Jingga on September 04, 2019 Rating: 5

10 comments:

  1. Wahhh fresh flower mmg cntik la gubahannya. selamat bertunang

    ReplyDelete
  2. Cantik dalam kesederhanaan. Orang tangan berseni ni, buat simple2 pun menjadi :)

    ...

    ReplyDelete
  3. ada pulak tu trend hantaran sekarang yg jenis bungkus. rahsiaaaaa isi dalamnye.. agittewww~ hehehe

    ReplyDelete
  4. Bunga segar walau sekuntum dua di letak pun sudah dapat menyerikan sesuatu hantaran itu.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.