Bila lama tak makan tu ada ketikanya rasa teringin balik. Suami ana suka sangat makan kuih buah melaka ni. Kadang-kadang kalau  jumpa di gerai tu dia beli satu pek 4 biji RM1 . Lepas lah kempunan dia sorang. Petang semalam, ajak Kak Long dengan Adik Ika menggetel di rumah kuih buah melaka ni sebab ada gula melaka seketul dalam bekas di kabinet dapur. Beli sepeket tepung pulut dan uli-uli jadilah doh buah melaka. 

Masa nak gentel ni teringat masa kecil-kecil nak nak lagi bulan puasa. Mak akan ajak kami sama-sama gentel buah melaka rasa nak berguling-guling nak siap kannya. Sebab selalu kalau di kampung dulu, mak akan buat banyak, habis kan sepeket tepung tu lah. Ye lah, hat kat rumah tu ramai pastu nak sedekah pula bertukar juadah dengan mak-mak sedara kat sebelah menyebelah. Mau tak banyak nak siap kan. Lenguh tangan pastu lari, tinggallah mak siap kan sampai ke sudah. 


kuih onde-onde buah melaka

Buah melaka ni senang sangat nak buat. Bahan pun tak banyak. Macam biasa asas resepi orang-orang lama tepung, santan, gula. Itu lah basic nya dan terjadi lah pelbagai menu tradisional. Dan warna pula kebanyakan kuih-kuih lama ni hijau kerana warna dari daun pandan dan aromanya kan. Ana kongsikan juga di sini, kut kut ada yang mencari resepi dan cara nak buat buah melaka, boleh lah try versi kami ni naa :) 

Resepi kuih onde-onde - buah melaka 


Bahan-bahan :

1/2 peket tepung beras pulut
Secubit garam
1 cawan air 
1 buku gula kabung atau gula melaka
Kelapa parut
Pewarna hijau 
Sehelai daun pandan


adunan tepung dan inti kuih onde-onde buah melaka


Cara buat buah melaka :


1. Satukan tepung beras pulut dan secubit garam, titik kan pewarna hijau. 

2. Perlahan-lahan masukkan air sedikit demi sedikit sambil merata kan dan menguli sehingga lah doh tidak melekat pada jari dan kering. Jangan tuang semua air takut doh terlalu lembik nanti kena tambah tepung beras pulut. 

3. Potong kecil-kecil gula kabung atau gula melaka.

4. Gentel kan adunan tepung bulat-bulat dan lubang kan bahagian tengah nya. Isikan inti gula melaka tadi dan kaup kan kembali tepung dan bulatkan semula cantik-cantik.

5. Didihkan air di dalam periuk dan masukkan sehelai daun pandan untuk aroma nya. 

6. Bila air dah mendidih masukkan sebiji demi sebiji buah melaka dan tunggu sehingga timbul. Bila timbul tu maknanya dah masak lah kuih buah melaka kita, angkat dengan penapis dan toskan sekejap airnya.

7. Siapkan kelapa parut dan campurkan secubit garam. Golekkan terus buah melaka dari dalam penapis ke mangkuk kelapa parut agar tidak melekat antara satu sama lain.

Siap lah kuih buah melaka atau onde-onde menu warisan Melayu lama yang perlu di kekalkan. In Shaa Allah. 

6 Comments

  1. Makan dia ni tak boleh gigit2
    Ngap terus satu biji dalam mulut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. adoi Wak jangan tercekik sudah hehe :) tepung pulut tu :)

      Delete
  2. kalau ramai yang nak makan memang berbaloi buat je. Awal-awal kecil comel, bila dah penat jadi besar-besar. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa gituewww Sal, bila dah lenguh ambik ko beso2 jadinya nak cepat habis kan hehe :)

      Delete
  3. lapar pulak bila tengok kuih ni petang petang camni.

    ReplyDelete