Masyaa Allah.. hampir setiap tahun negara kita di landa jerebu, ada ketikanya tak lah berapa serius namun tahun ni dari awal bulan September nampaknya kian hari kian teruk. Bacaan IPU pun tinggi saban hari. Risau sangat dengan anak-anak yang berada di luar rumah untuk aktiviti pelajaran mereka. Tak kiralah di sekolah mahupun IPTA/IPTS. Begitu juga dengan mereka yang terdedah pada cuaca sepanjang hari dalam pelbagai urusan. 

Ianya salah satu bukti kerosakan di muka bumi ini adalah dari tangan-tangan manusia itu sendiri. Letih dah alam ni dengan kerakusan manusia, pencemaran sana sini. Tak cukup dengan jerebu di tambah pula asap kenderaan, asap rokok dan sebagainya. Buat lah kempen apa sekali pun kalau jiwa minda insan tu tak ingin berubah, akan begitulah ke akhirnya. 

Tertarik untuk ana kongsikan disini perkongsian dari Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai langkah-langkah yang perlu di lakukan ketika cuaca berjerebu teruk. Jadikan ia sebagai satu panduan dan tindakan untuk menjaga kesihatan kita dan insan-insan tersayang, In Shaa Allah. 





Langkah-langkah yang perlu di lakukan ketika cuaca jerebu 


1. Kurangkan aktiviti di luar rumah dan cuba berada di dalam bangunan .

2. Pakai penutup muka yang sesuai ketika berada di luar rumah, khasnya bagi penunggang motorsikal yang terdedah terus pada persekitaran jerebu sepanjang perjalanan. 

3. Banyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari . 

4. Pastikan udara di dalam rumah sentiasa bersih, kurangkan sumber pencemaran dalaman seperti asap rokok dan pembakaran terbuka di kawasan kediaman. 

5. Apabila memandu gunakan penghawa dingin dan gunakan mode kitaran dalaman. 

6. Basuh muka dan tangan dengan air bersih dan sabun selepas melakukan aktiviti di luar. 

7. Dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat sekiranya tidak sihat. 

Sama-sama kita berdoa agar masalah jerebu ini akan hilang dengan segera dan kembali bernafas dalam udara yang bersih di bumi Allah swt ini. Aamiin Ya Rabb. 

4 Comments

  1. Nice tips Ana. Sesuai dengan keadaan sekarang. Take care Ana! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. you too VS, sama-sama kita jaga kesihatan diri dan keluarga kan :)

      Delete
  2. Kaka ana n famili pun jaga diri ye. Banyak cuti tapi tulah terperap kat rumah. Huhuhu

    ReplyDelete